Apakah Objektif Perkhidmatan Karlz_Kampau

Objektif ini lahir daripada keperluan masa lampau saya, suatu ketika dahulu, sekitar Oktober 1995, saya pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Pada masa itu saya tiada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran perundangan, ini menyebabkan saya dalam keadaan keliru, bercelaru dan tertekan. Pelbagai informasi, cadangan dan pandangan diberikan oleh pelbagai individu sama ada ketika mula-mula mendapat rawatan di hospital, ketika membuat laporan polis atau ketika berehat di rumah semasa cuti sakit.
Namun semua ini adalah informasi dan cadangan yang agak baik, tetapi tidak praktikal kerana informasi, cadangan dan pandangan tersebut hanya satu pandangan yang tidak berpaksi kepada fakta melainkan hanya sangkaan dan kesimpulan sempit pihak berkaitan.
Akhirnya, saya menerima cadangan abang ipar saya, Mohd Zaini Hj Hamzah untuk melantik peguam Kunasekaran sebagai peguamcara saya dalam kes tersebut. Oleh kerana saya tiada perunding perkhidmatan guaman, saya tidak ada akses yang mencukupi tentang bagaimana dan apa prosedur yang perlu dilepasi oleh saya sebelum saya berjaya mendapat pampasan gantirugi daripada syarikat insuran. Saya membiarkan peguamcara saya melaksanakan tuntutan ini tanpa pemantaun kerana saya tiada maklumat, akses dan kemahiran. Saya mempercayai bulat-bulat apa yang dilakukan oleh peguamcara saya.
Dalam semua peringkat prosedur kes ini saya dalam keliru, tiada bermaklumat dan akhirnya saya terpaksa membiarkan kes tersebut berjalan sendiri tanpa monitor ataupun pemantauan. Bagaimanapun, akhirnya kes saya berjaya diselesaikan secara penyelesaian. Pengalaman ini memberi kesedaran kepada saya betapa penting dan perlunya khidmat seorang perunding perkhidmatan guaman, jika saya mempunyai dan mendapatkan perkhidmatan tersebut, tentu kes saya berjaya lebih sempurna, licin dan teratur kerana perunding saya akan mengendalikan semua perkara tersebut untuk saya, bermula dari proses membuat laporan polis, mendapatkan laporan perubatan, pemantauan progres kes dan juga perbincangan penyelesaian dan terakhir sekali proses menuntut cek pembayaran.
Oleh itu, anda tidak perlu melalui detik dan pengalaman yang sukar seperti saya semata-mata untuk mendapatkan hak anda. Objektif perkhidmatan karlz_kampau services adalah:-
1. mengurus tuntutan anda dengan efisen, sistematik dan terancang;
2. merundingcara dan menjadi perantara yang efisen, bermaklumat dan sentiasa bertindak balas terhadap keperluan anda;
3. merapatkan ruang dan jarak anda dan peguamcara anda;
4. memberi kepuasan dan input berkenaan tuntutan anda secara terkini;
5. mengenal pasti masalah tuntutan anda dan cuba menyelesaikannya dalam tempoh yang paling singkat;
6. melindungi tuntutan dan hak anda sentiasa terkawal dan terjamin.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.