Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

Jika anda berhasrat atau ingin memulakan tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya, tindakan pertama dan utama yang perlu dibuat sebelum memulakan suatu tindakan adalah melantik perundingcara tuntutan kerana beliau berfungsi dan bertugas seperti berikut:-
1. penghubung atau jambatan yang membina hubungan anda dengan peguamcara yang bakal dilantik mengendalikan kes anda di mahkamah. Kesilapan melantik peguamcara yang tiada pengalaman akan menyebabkan kes anda bukan sahaja dikendalikan dengan tidak efisien, tetapi melalui prosedur yang salah dan tidak teratur, lebih buruk lagi kepentingan diri tidak terjaga dan terbela dengan sewajarnya dan tiada pertahanan dari ditembusi oleh pihak lawan.
2. pengurus dan penasihat yang menjaga semua kepentingan diri anda sebagai penuntut termasuk memandu anda untuk mencapai suatu jumlah tuntutan yang munasabah berdasarkan award-award terkini yang diputuskan di mahkamah mengikut trend semasa.
3. menguruskan, menjaga dan memajukan semua keperluan anda termasuk keperluan kewangan dari awal sehingga kes anda diselesaikan sepenuh kepada pihak berkaitan.
4. pemudahcara dan perundingcara untuk mencapai persetujuan atau penyelesaian di luar mahkamah yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak penuntut (Plaintif) dan penentang (Defendan).

Anda mempunyai akses untuk menghubungi saya seperti berikut:-
1. email: karlz_kampau75@yahoo.com.
2. mobile phone: 017-2803908

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.