Posts

Showing posts from July, 2009

Mengapa Kenderaan Anda Perlu Dilindungi Insuran?

Bayangkan pada suatu hari anda terlibat dalam satu nahas jalanraya yang dahsyat dan ngeri, serpihan kaca dan komponen kenderaan bertaburan di atas jalan, manakala tumpahan darah merah membasahi jalan tersebut. Dalam kemalangan ini, anda didapati mengalami kecederaan patah tulang femur dan patah tulang radius and ulna , manakala kenderaan anda pula remuk dan mengalami kerosakan teruk, berkemungkinan boleh ditaksirkan sebagai total loss . Siasatan pegawai penyiasat trafik pula mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga. Secara ringkasnya akibat tragedi ini anda telah menjadi orang kurang upaya sementara, penganggur terhormat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan anda seperti biasa akibat masalah kesihatan yang anda dialami selepas kemalangan tersebut. Manakala itu, kenderaan anda terbiar sepi dan tersadai di luar premis membaiki kenderaan tanpa apa-apa tindakan untuk melindungi kepentingan dan kerugian anda dalam kemalangan ini kerana sebenarnya

Bagaimana Pampasan Anda Ditaksirkan

Image
Setiap kali berjumpa dengan orang ramai ketika menjalankan seisi rundingcara berkaitan kes kemalangan jalanraya. Perkara yang akan disentuh dan menjadi fokus utama adalah jumlah pampasan yang bakal diterima oleh mereka?apakah jumlah itu sama dengan nilai yang telah diterima oleh rakan, jiran ataupun ahli keluarga mereka. Perbandingan yang selalu menjadi kayu ukur adalah maklumat kecederaan atau kematian secara spekulasi tanpa merujuk kepada laporan perubatan atau laporan bedah siasat, umpamanya jika prospek tersebut mengalami kecederaan patah tangan, beliau berpendapat jumlah pampasan yang patut diterima oleh beliau adalah sama dengan nilai telah diterima oleh jiran mereka yang juga patah tangan, sedangkan tahap kecederaan dan sumbangan kecuaian tidak pula diambil kira. Sebenarnya sikap dan pemikiran sebegini adalah salah dan songsang kerana membiarkan diri sendiri membuat satu kesimpulan dan perbandingan hanya melalui maklumat spekulasi semata-mata tanpa pengetahuan undang-undang sec

Kemalangan Jalanraya di Malaysia

Statistik kemalangan jalanraya makin meningkat saban hari, makin banyak lebuhraya dan jalanraya dibina, makin hebat dan canggih pembinaannya, makin kerap kemalangan berlaku. Begitu banyak korban nyawa, kepayahan, kesusahan, keperitan, kerosakan harta benda yang diakibatkan oleh kejadian malang tersebut. Makin banyak kemalangan berlaku, makin banyak korban nyawa, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda serta kerugian wang ringgit terjadi. Semua ini berpunca dari sikap manusia itu sendiri iaitu pemandu yang cuai, lalai, mementingkan diri sendiri, tidak cekap, tidak mahir, gopoh ketika memandu, tidak mempunyai lesen memandu, membawa muatan berlebihan dan membawa muatan tersebut secara tidak selamat. Bayangkan betapa banyak kerugian nyawa, harta benda dan wang ringgit dialami oleh mangsa dan bukan sedikit kesukaran dan kepayahan dialami oleh mangsa tersebut. Oleh itu di bawah undang-undang negara ini, mangsa kes kemalangan boleh memperoleh kedua-dua remedi sivil dan jenayah dan bu