Bagaimana Prosedur Tuntunan Anda Dijalankan

Setiap kali bertemu orang awam atau lebih tepat lagi mangsa kemalangan jalanraya, soalan yang lazim yang kerap dikemukakan kepada saya ialah berapa lama kes ini akan berjalan?mengapa kes kemalangan selalunya memakan masa yang lama untuk diselesaikan?. Saya berfikir sebentar dan cuba menganalisa soalan-soalan tersebut. Dari pemerhatian saya, orang ramai pada masa kini sentiasa disogok dengan informasi-informasi yang berbentuk spekulasi atau maklumat yang tidak berfakta. Disebabkan mereka selalu dibekalkan dengan maklumat yang sebegitu akhirnya sikap, fikiran dan tindakan mereka lebih kepada sikap yang negatif dan prejudis.

Oleh itu, bagi membetulkan tanggapan yang kurang tepat tersebut, di sini saya menjelaskan kebiasaannya bagi kes-kes penyelesian terus ianya cuma memakan masa kurang dari 1 tahun dan kes yang dibicarakan di Mahkamah selalunya melebihi 1 tahun kerana banyak prosedur dan peringkat yang perlu dilalui secara tertib, teratur dan tersusun sebelum suatu itu dapat diputuskan dan diselesaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.