Posts

Showing posts from March, 2010

Mengapa Anda Perlu Peguam Untuk Mengendalikan Tuntutan Insuran Pihak Ketiga?

Di negara terdapat pelbagai polisi insuran yang ditawarkan oleh syarikat insuran kepada pengguna, terpulangkan kepada kebijaksanaan, keperluan, kepentingan dan kemampuan kewangan anda untuk memilih polisi insuran yang anda sukai, bersesuai, perlu dan mampu anda miliki. Hanya tuntutan terhadap pihak ketiga yang memerlukan khidmat peguamcara untuk mewakili penuntut, sekiranya mangsa ataupun penuntut berniat untuk menuntut gantirugi akibat kerugian, kehilangan, kerosakan dan kecederaan yang dialami daripada sama ada pemilik ataupun pemandu kenderaan pihak ketiga. Dan di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalanraya, pihak insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga wajib dan perlu untuk melindungi kepentingan insured mereka ini termasuklah membayar apa-apa pampasan atau tuntutan yang dihadapi oleh insured tersebut. Apakah Tuntutan Terhadap Pemilik atau Pemandu Kenderaan Bermotor Pihak Ketiga? (a) Suatu tindakan untuk menuntut apa-apa gantirugi sama ada gantirugi khas dan gantirugi am

Kenapa Anda Perlu Berada Dalam Situasi Tenang Ketika Membuat Laporan Polis Berkaitan Kemalangan

Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa laporan polis adalah satu dokumen dan aspek pertama, utama dan penting yang akan dilihat, diperhati dan semak secara berulangkali oleh eksekutif tuntutan syarikat insuran, bahkan peguamcara yang dilantik ketika mereka menilai dan memberi tindak balas terhadap suatu tuntutan yang dibawa ke hadapan mereka untuk dipertimbangkan. Selepas berpuashati dengan kandungan, fakta serta keterangan dalam laporan polis berkaitan tuntutan berkenaan, barulah pemerhatian tersebut akan berpindah kepada dokumen selainnya seperti lakaran rajah kasar, gambar polis di lokasi kejadian, laporan perubatan, bil dan resit, slip gaji dan surat pengesahan majikan. Justeru itu, adalah perlu anda sedari dan memberi perhatian penuh terhadap suatu kenyataan bahawa laporan polis yang ringkas tetapi penuh fakta yang patut, benar dan betul adalah suatu keperluan yang amat mustahak jika anda berniat untuk membuat tuntutan insuran. Anda perlu membuang sangkaan yang tidak ben

Cadangan Penyelesaian Terus Dengan Syarikat Insuran dan Kesannya Terhadap Mangsa

Tidak lama dahulu kira-kira suku akhir 2 tahun lalu iaitu pada tahun 2008, terdapat cadangan daripada kerajaan dan pengendali syarikat insuran untuk mewujudkan dan memperkenalkan satu sistem baru dimana syarikat insuran akan menyelesaikan tuntutan akibat kemalangan dengan mangsa secara terus tanpa melalui proses amalan perundangan dan khidmat peguamcara sepertimana amalan biasa pada masa kini bagi melicinkan dan percepatkan tuntutan insuran, disamping mengatasi masalah penipuan oleh orang tengah. Semasa isu ini hangat dibincangkan, saya masih berkhidmat di sebuah firma guaman di Petaling Jaya yang juga merupakan panel kepada syarikat insuran gergasi di negara ini. Cadangan ini diadaptasikan daripada sistem yang berjaya di Amerika Syarikat, bagaimanapun saya tidak percaya sistem itu akan berjaya di sini, memandangkan situasi, keadaan, sikap, pengetahuan dan cara berfikir rakyat negara ini amat berbeza dengan situasi di negara benua Amerika tersebut. Tambahan pula arwad gantirugi di neg

Gantirugi Am dan Bagaimana Ia Ditaksirkan

Gantirugi Am adalah meliputi satu bentuk gantirugi yang memerlukan taksiran dibuat oleh pihak Mahkamah Yang Mulia. Tuntutan gantirugi am terdiri daripada gantirugi akibat kecederaan, kesakitan dan kecacatan kekal, kehilangan sumbangan dan tanggungan simati di bawah Seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956 (pindaan 1987), kehilangan pendapatan masa depan, kesakitan dan pembedahan masa depan dan kos penjagaan masa depan. Gantirugi am bagi kecederaan, kesakitan dan kecacatan akan ditaksirkan dalam ruang lingkup berdasarkan autoriti-autoriti atau kes terdahulu yang melibatkan kecederaan serupa yang pernah diputuskan di Mahkamah. Ia boleh ditaksirkan mengikut jumlah pampasan paling minima sehingga jumlah pampasan maksima yang pernah ditaksirkan mengikut ciri-ciri dan keserupaan kecederaan tersebut dalam kes-kes terdahulu yang pernah dibicarakan mengikut kedudukan Mahkamah, dimana Mahkamah Rendah perlu terikat kepada keputusan atau penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah yang lebih tinggi seper

Gantirugi Khas dan Bagaimana Taksiran Gantirugi Khas Dilakukan

Gantirugi khas adalah elemen yang mesti dan penting diplidkan dalam saman kes tuntutan insuran akibat kemalangan. Tetapi apakah itu gantirugi khas?adakah kita dapat memahami dan mengetahui apa jenis, sifat dan ciri-ciri yang boleh diketegori dalam gantirugi khas?. Gantirugi khas adalah suatu bentuk kerugian, kehilangan dan/atau perbelanjaan yang dikeluarkan dan benar-benar dialami oleh mangsa kemalangan jalanraya; Jumlah kerugian gantirugi khas mestilah dibuktikan dengan kewujudan dokumen tulen seperti bil, resit, laporan dan surat pengesahan dan pembuatnya disoalbalas di Mahkamah berhubung ketulenan dokumen tersebut; Kerugian, perbelanjaan dan kehilangan di bawah ciri-ciri dan sifat gantirugi khas adalah bil perubatan, kos perjalanan lawatan keluarga semasa pesakit dirawat di wad, kos perjalanan untuk rawatan susulan, kos pembedahan, kos rawatan susulan, kos tongkat, kos kerusi roda, kos lampin pakai buang, kos pembelian makanan berkhasiat bagi tujuan pemulihan kecederaan, kos perbel

Orang Tengah, Tugas, Fungsi, Perkhidmatan dan Kesannya Terhadap Tuntutan Anda

Dalam posting terdahulu, saya banyak menyentuh mengenai kewujudan orang tengah@ runner dalam kes tuntutan insuran akibat kemalangan jalanraya. Saya merasa gembira apabila banyak mendapat maklum balas dan pertanyaan dari pembaca blog ini, kebanyakkan masalah yang diutarakan kepada saya berlegar-legar sekitar kelembapan prosiding tuntutan dan kos tindakan yang tinggi. Oleh itu, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulas dan memberi sedikit informasi berhubung permasalahan ini. Sebenarnya memang diakui bahawa kewujudan orang tengah@ runner boleh memainkan peranan penting dan memberi sumbangan yang tidak sedikit kepada kejayaan sesuatu kes tuntutan insuran, jika mereka menjalankan tugas dan perkhidmatan mereka secara profesional, jujur dan berhemah kerana mereka adalah perkakas perhubungan yang boleh mendekatkan anda dengan peguam. Tetapi malangnya kebanyakan mereka tidak mementing aspek-aspek yang dinyatakan tadi, sebaliknya mereka lebih cenderung kepada material, kepentin

Bagaimana Tuntutan Insuran Bagi Kerosakan Kenderaan Anda Dapat Dilakukan Dengan Sempurna

Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini, beliau memperkenalkan diri sebagai Ali dan menetap di sebuah bandar di selatan tanahair. Masalah En. Ali bermula apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya, semasa beliau dirawat di hospital, beliau telah menandatangani satu dokumen yang dikemukakan oleh agen trak penunda tanpa memeriksa dan menyemak kandungan dokumen tersebut, semata-mata beliau dimaklumi bahawa segala urusan penundaan dan tuntutan kerosakan kereta akan dijalankan dengan sempurna. En. Ali memaklumkan bahawa beliau telah dicadangkan untuk membuat tuntutan gantirugi kepada insuran kenderaan pihak ketiga kerana kemalangan tersebut berpunca dari kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga tersebut. Bagaimanapun sehingga kini, setelah melebihi tempoh 1 tahun kereta beliau masih tersadai di bengkel, tetapi lebih malang bengkel tersebut telah pun ditutup dan kereta En. Ali langsung tidak dapat dikesan, beliau hanya dimaklumi oleh pengusaha bengkel bahawa kereta

Kenapa Perlu Laporan Maklumat Pertama Dalam Kadar Segera

1. Apakah Laporan Maklumat Pertama? Laporan maklumat pertama adalah laporan pertama berkenaan suatu kemalangan jalanraya oleh orang lain selain daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian kemalangan tersebut dan dibuat di bawah Seksyen 107 KAJ. 2. Siapakah Yang Perlu Membuat Laporan Maklumat Pertama? Setiap individu atau sesiapa sahaja yang melihat, berada dan/atau mengetahui mengenai suatu kemalangan jalanraya dimana kejadian tersebut berlaku. 3. Dimana Laporan Maklumat Pertama Perlu Dibuat? Kebiasaannya laporan maklumat pertama boleh dibuat di mana-mana balai polis berhampiran dimana kejadian itu berlaku ataupun terus membuat laporan di balai trafik berhampiran dengan tempat kejadian itu berlaku. 4. Apakah Maklumat dan Fakta Yang Perlu Dimasukkan Dalam Laporan Maklumat Pertama Tersebut? Oleh kerana laporan maklumat pertama lebih bersifat dengar cakap walaupun pengadu melihat dan berada di tempat kejadian tetapi ia masih belum melangkaui pengetahuan pihak yang terlibat dalam kem