Gantirugi Khas dan Bagaimana Taksiran Gantirugi Khas Dilakukan

Gantirugi khas adalah elemen yang mesti dan penting diplidkan dalam saman kes tuntutan insuran akibat kemalangan. Tetapi apakah itu gantirugi khas?adakah kita dapat memahami dan mengetahui apa jenis, sifat dan ciri-ciri yang boleh diketegori dalam gantirugi khas?. Gantirugi khas adalah suatu bentuk kerugian, kehilangan dan/atau perbelanjaan yang dikeluarkan dan benar-benar dialami oleh mangsa kemalangan jalanraya;

Jumlah kerugian gantirugi khas mestilah dibuktikan dengan kewujudan dokumen tulen seperti bil, resit, laporan dan surat pengesahan dan pembuatnya disoalbalas di Mahkamah berhubung ketulenan dokumen tersebut;

Kerugian, perbelanjaan dan kehilangan di bawah ciri-ciri dan sifat gantirugi khas adalah bil perubatan, kos perjalanan lawatan keluarga semasa pesakit dirawat di wad, kos perjalanan untuk rawatan susulan, kos pembedahan, kos rawatan susulan, kos tongkat, kos kerusi roda, kos lampin pakai buang, kos pembelian makanan berkhasiat bagi tujuan pemulihan kecederaan, kos perbelanjaan pengurusan jenazah, kos ambulan, kos penjagaan pra bicara, kehilangan pendapatan pra bicara, kos membaiki kenderaan, kos dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan dan laporan pakar, kehilangan penggunaan kenderaan dalam tempoh tersebut diperbaiki dan kos implan;

Adalah menjadi amalan biasa bahawa di bawah arahan amalan guaman bahawa mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti bil dan resit rawatan perubatan akan diterima sepenuhnya tanpa pertikaian. Manakala bil perubatan daripada pusat perubatan swasta hanya diiktiraf setakat 1/3 sahaja dan memerlukan pembuatnya disoalbalas di Mahkamah berhubung ketulenan dan keperluan munasabah yang memungkinkan bahawa rawatan tersebut begitu perlu kepada pesakit dan di hospital kerajaan tiada dari segi kemudahan, kelengkapan, kepakaran dan akses serupa untuk rawatan tersebut;

Manakala lain-lain bil, resit, laporan atau surat pengesahan yang menyokong jumlah gantirugi khas tersebut perlu dikemukan dan pembuatnya akan disoalbalas di Mahkamah untuk mengesahkan keperluan dan ketulenannya.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.