Kenapa Perlu Laporan Maklumat Pertama Dalam Kadar Segera

1. Apakah Laporan Maklumat Pertama?
Laporan maklumat pertama adalah laporan pertama berkenaan suatu kemalangan jalanraya oleh orang lain selain daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian kemalangan tersebut dan dibuat di bawah Seksyen 107 KAJ.
2. Siapakah Yang Perlu Membuat Laporan Maklumat Pertama?
Setiap individu atau sesiapa sahaja yang melihat, berada dan/atau mengetahui mengenai suatu kemalangan jalanraya dimana kejadian tersebut berlaku.
3. Dimana Laporan Maklumat Pertama Perlu Dibuat?
Kebiasaannya laporan maklumat pertama boleh dibuat di mana-mana balai polis berhampiran dimana kejadian itu berlaku ataupun terus membuat laporan di balai trafik berhampiran dengan tempat kejadian itu berlaku.
4. Apakah Maklumat dan Fakta Yang Perlu Dimasukkan Dalam Laporan Maklumat Pertama Tersebut?
Oleh kerana laporan maklumat pertama lebih bersifat dengar cakap walaupun pengadu melihat dan berada di tempat kejadian tetapi ia masih belum melangkaui pengetahuan pihak yang terlibat dalam kemalangan seperti pemandu dan mangsa kemalangan kerana hanya mereka yang tahu, melihat dan merasai bagaimana kejadian tersebut terjadi berbanding orang lain walaupun mereka berada di tempat yang sama. Oleh itu, fakta yang perlu dimasukkan dalam laporan maklumat pertama adalah tarikh kemalangan, lokasi kemalangan, kenderaan terlibat dan mangsa yang terlibat sahaja.
5. Apakah Pentingnya Membuat Laporan Maklumat Pertama?
Laporan maklumat pertama sangat-sangat penting untuk mengerakkan siatan pihak polis berkenaan suatu kejadian kemalangan jalanraya. Dengan adanya laporan maklumat pertama pihak polis boleh terus serta merta mengerakkan siasatan mereka, pegawai penyiasat boleh bergegas ke tempat kejadian dan mengesan pelaku salah jalanraya dengan pantas bagi mengelakkan kes langgar lari dari berlaku. Dengan ada laporan maklumat pertama yang segera pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan cekap dan sempurna, bahkan pelaku salah dapat dikemukan ke muka pengadilan. Dan yang paling penting nasib mangsa yang mengalami kecederaan, kehilangan dan kerugian dapat dibela dan tidak menjadi sia-sia.
6. Kesimpulan
Penulis menyeru kepada warga yang setia untuk menjadi warganegara yang bertangungjawab kepada masyarakat dan negara dengan mengubah paradigma dan pemikiran primitif kepada satu corak pemikiran yang maju, dimana setiap anggota masyarakat adalah tanggjawab kita bersama tanpa mengira fahaman, agama, warna kulit ataupun kaum. Oleh itu adalah menjadi tangungjawab setiap anggota masyarakat untuk melaporkan atau menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan suatu kejadian kemalangan jalanraya yang ketahui dan dilihatnya tanpa melihatkan kepada kepentingan diri sendiri semata-mata agar pelaku kesalahan di atas jalanraya dapat diadila dan didakwa dengan sewajarny dan nasib mangsa kemalangan tidak menjadi sia-sia dan terbela.

Comments

  1. `Hi..bukan semua orang atau individu yang tidak terlibat boleh membuat FIR berkenaan sesuatu kejadian. Prinsip locus standi "The right of a party to appear and be heard before a court" Contoh bagi kes CBT, seorang pekerja yang mengetahui pengurusan tertinggi telah melakukan CBT tidak mempunyai kedudukan untuk membuat FIR. Mreka yang mempuyai Locus Standi adalah ahli lembaga pengarah dalam membuat FIR. Thanks...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.