Mengapa Anda Perlu Peguam Untuk Mengendalikan Tuntutan Insuran Pihak Ketiga?

Di negara terdapat pelbagai polisi insuran yang ditawarkan oleh syarikat insuran kepada pengguna, terpulangkan kepada kebijaksanaan, keperluan, kepentingan dan kemampuan kewangan anda untuk memilih polisi insuran yang anda sukai, bersesuai, perlu dan mampu anda miliki.

Hanya tuntutan terhadap pihak ketiga yang memerlukan khidmat peguamcara untuk mewakili penuntut, sekiranya mangsa ataupun penuntut berniat untuk menuntut gantirugi akibat kerugian, kehilangan, kerosakan dan kecederaan yang dialami daripada sama ada pemilik ataupun pemandu kenderaan pihak ketiga. Dan di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalanraya, pihak insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga wajib dan perlu untuk melindungi kepentingan insured mereka ini termasuklah membayar apa-apa pampasan atau tuntutan yang dihadapi oleh insured tersebut.

Apakah Tuntutan Terhadap Pemilik atau Pemandu Kenderaan Bermotor Pihak Ketiga?

(a) Suatu tindakan untuk menuntut apa-apa gantirugi sama ada gantirugi khas dan gantirugi am daripada pemandu dan/atau pemilik berdaftar sesebuah kenderaan bermotor yang diakibatkan oleh kecuaian pemandu kenderaan bermotor pihak ketiga dalam suatu kejadian kemalangan jalanraya;

(b) Tuntutan ini tidak memerlukan penuntut untuk mengisi dan menyempurnakan borang tuntutan insuran;

(c) Penuntut hanya perlu melantik peguam untuk mewakili, menjaga, melindungi semua kepentingan dan mengendalikan tuntutan beliau kerana tuntutan ini melibatkan banyak isu perundungan sama ada dari segi amalan, prosedur dan pelaksanaan;

(d) Tempoh luput tindakan tertakluk kepada Limitation Act;

(e) Legal opinion diperlukan kerana tuntutan ini melibatkan isu liabiliti dan kuantum yang dipertikaikan dan saman sivil perlu difailkan di mahkamah dengan segera;

(f) Penyelesaian akan dibuat sama ada melalui discharge voucher ataupun penghakiman yang direkod di Mahkamah;

(g) Tempoh masa penyelesaian dibuat antara paling awal 8 bulan ataupun memakan masa bertahun-tahun lamanya jika insuran pihak ketiga merasakan tuntutan ini perlu dilawan sehabis-habisnya kerana apa-apa penghakiman ataupun keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah di paling kanan dan tinggi dalam isu liabiliti dan kuantum akan mengikat Mahkamah yang lebih rendah, contohnya jika Mahkamah Persekutuan memutuskan award untuk cedera patah tulang radius and ulna (lengan) adalah 25k, maka Mahkamah yang lebih rendah darinya akan terikat dan terpaksa mengikut keputusan tersebut dan keputusan ini akan dijadikan penanda aras dan perbandingan kepada insuran untuk mengeluarkan tawaran penyelesaian ke atas kecederaan yang serupa, mudahnya insuran tidak akan menawarkan jumlah serupa ataupun lebih tinggi daripada nilai 25k yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut kerana mereka mempunyai autoriti yang kuat dari segi taksiran undang-undang untuk berbuat demikian;

Apakah Tuntutan Insuran Hayat atau Plan Kemalangan Diri?

(a) Tuntutan yang dibuat oleh pemilik polisi insuran terhadap syarikat insuran yang melindungi ataupun menawarkan perlindungan tersebut dengan syarikat pemilik polisi membayar yuran premium secara teratur dan menepati kontrak dalam polisi insuran tersebut;

(b) Penuntut perlu mengisi dan menyempurnakan borang tuntutan;

(c) Penuntut perlu memberi notis kepada syarikat insuran mengikut tempoh masa yang diperlukan oleh polisi tersebut;

(d) Penuntut akan dibantu oleh agen insuran mengenai dokumen dan prosedur tuntutan;

(e) Keseluruhan tuntutan ini akan dikendalikan oleh Jabatan Tuntutan syarikat insuran berkenaan;

(f) Insuran mengeluarkan tawaran, jika penuntut tidak puashati barulah mereka perlu melantik peguam untuk mencabar tuntutan ini di mahkamah.

Justeru itu, sekiranya anda berniat untuk menuntut terhadap pemilik dan/atau pemandu kenderaan bermotor pihak ketiga, apa yang paling utama yang perlu diperhatikan adalah melantik dan memilih peguam yang benar-benar mahir, berpengalaman dan biasa mengendalikan kes ini di Mahkamah kerana prosiding kes ini memerlukan kepakaran perundangan, kemahiran aspek teknikal dan sikap diplomasi yang tinggi semasa berurusan dengan semua pihak yang terlibat.

Selepas itu, barulah anda pergi kepada isu kos tindakan dan yuran guaman, dapat penjelasan yang jelas dan jujur daripada firma berkenaan sama ada melalui peguam atau paralegal firma berkenaan, setelah anda berpuashati dan bersetuju dengan isu ini, barulah anda melantik firma guaman tersebut untuk mewakili anda. Anda dinasihatkan berunding ataupun mengunakan orang tengah@runner untuk perkara ini kerana dikhuatiri dan dibimbangi bahawa orang tengah@runner ini tidak akan memberi input dan maklumat yang benar dan jujur berkenaan isu ini kerana mereka lebih mementingkan komisen dan bayaran perkhidmatan mereka.

Ini kerana sekiranya ada pertikaian melibat isu kos dan yuran guaman di kemudian hari anda akan terhimpit semata-mata dalam isu ini anda tidak mendapatkan pandangan, maklumat dan perbincangan secara langsung dengan firma guaman tersebut tetapi berbincang dengan orang tidak berautoriti dan jauh sekali mewakili firma tersebut kerana orang tengah@runner bukan kakitangan, agen, pengkhidmat dan/atau pekerja firma guaman tersebut.

Comments

  1. Saya pernah mendapat kemalangan pada 2008. Bolehkah saya menuntut ganti rugi lagi?

    ReplyDelete
  2. Assalammua'laikum...saya nak tanya kalau saya dah tandatangan setuju dengan jumlah yg di ofer,masih adakah peluang untuk saya batalkan?berapa lamakah masa yg saya ada? Kerana bila saya buat kiraan rasanya mcm x padan,jika tolak bayaran untuk lawyer. Dan bila nak tandatangan,dia dtg kerumah dengan cara tiba2 dgn alasan baru dpt keputusan hakim dan x cukup masa,kene tandatangan masa tu jugak,esok dia dh xde nak outstation. Dan cara khidmat diberi pun,macam xde perkhidmatan,saya hanya duduk menunggu,dan lawyer guna cara settle blakang.(settle luar).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.