Posts

Showing posts from August, 2010

Rawatan Di Pusat Perubatan Swasta, Apa Kesannya Kepada Tuntutan Anda?

Memang sudah menjadi lumrah bahawa manusia memang memerlukan perkhidmatan dan rawatan perubatan terbaik pada kos yang berpatutan dan murah. Sebahagian kebanyakan daripada kita, apabila ditimpa kecelakaan atau kemalangan lebih suka dan selesa untuk mendapat rawatan di pusat perubatan swasta, tidak sukar untuk mencari jawapan kepada senario ini. Memang diakui bahawa pusat perubatan swasta menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang pantas dan selesa dengan kemudahan serta kelengkapan yang mencukupi. Namun harga dan nilai yang perlu dibayar oleh penggunanya adalah mahal dan tinggi, amat jarang sekali pengguna akan bersetuju untuk dirujuk kepada pusat perubatan swasta sekiranya dia tidak memiliki polisi insuran perubatan dan kemalangan kerana rata-rata rakyat di negara ini tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan yang tinggi tersebut. Namun ada kes terpencil dimana ada segelintir pengguna yang agak berada tetapi pada hakikat sebenarnya mereka masih tidak mampu untuk menanggung kos bil

Kemalangan Maut, Bagaimana dan Cara Pampasannya Ditaksirkan Dalam Kes Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya

Baru-baru ini Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia telah mengumumkan bahawa pada tahun lalu Kerajaan menanggung kerugian akibat bayaran pampasan insuran berjumlah 9.4 billion yang diakibatkan oleh statistik kemalangan yang tinggi di negara ini. Salah satu penyumbang yang tinggi yang mengakibatkan kerugian tersebut adalah daripada tuntutan kemalangan maut. Bagaimanapun bukan semua kemalangan maut akan menghasilkan nilai pampasan tinggi dan banyak sepertimana persepsi dan andaian kebanyakan masyarakat di negara ini. Tidak sukar untuk mencari jawapan terhadap senario ini, ini boleh berlaku kerana kemungkinan masyarakat lebih bersandarkan kepada emosi mereka, sikap & berfikir secara logik dan mudah terpengaruh kepada persekitaran yang tidak tepat. Menanggani kes kemalangan maut memang sukar kerana memerlukan kebijaksanaan, keikhlasan dan sifat empati yang tinggi dalam diri pengamal undang-undang kerana kebiasaannya waris simati akan lebih emosional dan mudah terpengaruh kepada persek

Isu Multi-Representasi Makin Mengudis Dalam Sektor Perkhidmatan Amalan Guaman

Saya bersyukur kepada kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan dan mengurniakan saya sedikit ilmu pengetahuan dan kemahiran berbanding orang lain dalam bidang perundangan dan major saya adalah dalam kes tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya. Saya berharap dengan kelebihan ini saya dapat mencari rezeki yang halal bagi menampung kehidupan dan keperluan seharian, selain itu dapat pula beribadah kepada Allah S.W.T dan membantu masyarakat mengikut kemampuan dan kesesuaiannya. Apa yang penting saya harus menjalankan kewajipan fardu kifayah untuk memenuhi keperluan umat islam yang memerlukan alternatif dalam sektor perkhidmatan guaman yang selama ini dipelopori oleh golongan bukan islam. Selama hampir 14 tahun terlibat dalam kes tuntutan sivil akibat kemalangan, saya berasa kecewa dan sedih dengan sikap, pemikiran dan tindakan sebahagian orang islam khusus orang melayu yang berurusan dengan firma tempat saya bertugas. Sikap dan tindakan mereka langsung tidak mengambarkan keperibadian d

Mengapa Pengguna Terus Dimangsakan?

Dalam artikel lalu saya ada menyentuh mengenai sikap buruk pengguna yang menjadi punca kepada kejadian dan tragedi penipuan yang amat berleluasa mutakhir ini. Semasa mempersiapkan diri ke majlis berbuka puasa anjuran IKMAL semalam, saya telah diganggu oleh panggilan bertalu-talu, pemanggilnya amat saya kenali. Beliau mengadu masalah keretanya belum siap diperbaiki dan masih tersadai di sebuah bengkel di Bangi. Pemilik bengkel mendakwa kereta itu masih tidak diperbaiki disebabkan insuran pihak ketiga belum meluluskan tuntutan pampasan. Tetapi apabila hal ini dirujuk kepada syarikat insuran, beliau mendapati fail kes ini tidak diuruskan dengan teratur, beberapa dokumen penting seperti laporan adjuster tidak dimajukan untuk disemak oleh pegawai tuntutan syarikat insuran tersebut, dalam fail syarikat insuran itu, hanya ada beberapa dokumen sahaja, antara laporan polis dan gambar kerosakan kenderaan. Oleh demikian, syarikat insuran tidak dapat memproses tuntutan beliau tersebut, walaupun be

Perubahan Kandungan Artikel Dalam Blog Karlz_Kampau

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung dan pembaca blog ini, tujuan utama mengapa blog ini dilancarkan adalah sebagai perkongsian maklumat, pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan berkenaan isu perundangan dalam kes tuntutan akibat kemalangan yang menjadi kepakaran firma guaman yang saya sertai sejak 14 tahun yang lepas. Artikel dalam blog ini cuba diolah dengan secara ringkas yang boleh, tidak terlalu teknikal dan menggunakan perkataan-perkataan biasa dengan harapan pembaca blog dapat memahami maksud penyampaian yang ingin disampaikan oleh penulis. Namun, saya kini berhasrat untuk mengembangkan kegunaan blog ini kepada tujuan yang lebih luas dan mempunyai sasaran yang besar, tidak hanya membicarakan hal undang-undang, tetapi lebih kepada isu masyarakat, kepenggunaan dan juga kebudayaan. Aspek pertama yang akan saya sentuh adalah berkenaan kewujudan Masyarakat Kampar di Malaysia . Bertunjangkan kepada kesedaran dan perjuangan yang dimulakan oleh Mejar Jeneral (B) Dato

Kesedaran Kepenggunaan Perlu Diperkasakan Dalam Diri Anda

Ramai di antara kita tidak sedar dalam apa jua urusan seharian saya dan anda sebenarnya adalah pengguna, ini termasuklah ketika anda berurusan atau mendapatkan perkhidmatan guaman daripada pengamal undang-undang. Negara ini sebenarnya telah ada peraturan dan undang-undang yang ketat untuk mencegah dan membendung sebarang anasir dan aktiviti penipuan dan penganiayaan terhadap kepentingan pengguna. Saya berpendapat kebolehcapaian informasi kepenggunaan oleh rakyat Malaysia berada pada tahap yang tidak membangga kerana kebanyakkan daripadanya tidak memiliki ilmu pengetahuan mengenai hak pengguna dan undang-undang berkaitan. Saya merasa muak dan tuli telinga setiap kali berjumpa orang ramai ketika memulakan urusan consultansi berkaitan tuntutan akibat kemalangan. Minda dan kepala mereka dimomok dan diberatkan dengan stigma dan persepsi yang salah mengenai tugas, fungsi, tindakan dan amalan firma guaman . Tidak dinafikan sebahagian besar dari kalangan mereka pernah dan mempunyai pengala

Bagaimana Membuktikan Kecuaian Defendan Dalam Kes Kemalangan

Lazimnya, undang-undang memestikan pihak Plaintif (penuntut) membuktikan kecuaian pihak Defendan (orang kena tuntut) dan Defendan tidak dapat menyangkalnya. Tetapi bagaimana cara untuk membuktikan kecuaian Defendan dalam suatu kes kemalangan jalanraya, sedangkan pihak Plaintif tidak dapat menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku sehingga menyebabkan beliau tercedera?, ini satu persoalan yang rumit, tetapi undang-undang memerlukan jawapan dan penghuraiannya. Di sinilah prinsip maksim " Res-Ipsa Loquitor" berperanan membantu mengelakkan kesukaran tersebut agar satu jawapan dapat berikan. Apakah definasi "Res-Ipsa Loquitor" ? dalam istilah undang-undang, ia bermaksud bahawa hakikat berlakunya dengan sendiri adalah mencukupi (jika tiada keterangan daripada Defendan) untuk mewajarkan bahawa kemungkinan besar Defendan telah cuai dan kecuaiannya itu menjadi punca dan sebab kepada kecederaan Plaintif. Secara ringkas dan mudah, ia mentaksirkan bahawa hakikat berlakunya k

Fahami Fungsi Lorong Kecemasan

Pada era moden ini banyak rangkaian lebuhraya dibina disebabkan beberapa faktor antaranya bagi tujuan keselesaan pengguna sama ada untuk penyuraian trafik, penjimatan masa dan juga aspek keselamatan pemandu. Bagaimanapun mutakhir ini kecelakaan jalanraya tidak dapat dielakkan, saban hari statistik kemalangan menunjukkan peningkatan terutamanya melibatkan kemalangan maut dan kecederaan parah yang kelazimannya berlaku di lorong kecemasan dan mangsa adalah tertingginya adalah penunggang motorsikal. Saya berpendapat keadaan ini dapat diatasi dan diubah seandainya pengguna lebuhraya terutamanya penunggang motorsikal diberi pendidikan dan pemahaman yang mencukupi dan betul mengenai fungsi kewujudan lorong kecemasan di lebuhraya dari sudut perundangan dan pelaksanaannya. Hari ini adalah senario biasa apabila kita dapat melihat kebanyakan motorsikal dipandu di lorong kecemasan bukan di lorong memandu yang telah disediakan khas untuk memandu. Senario ini wujud atas pemahaman yang salah dalam