Kemalangan Maut, Bagaimana dan Cara Pampasannya Ditaksirkan Dalam Kes Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya

Baru-baru ini Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia telah mengumumkan bahawa pada tahun lalu Kerajaan menanggung kerugian akibat bayaran pampasan insuran berjumlah 9.4 billion yang diakibatkan oleh statistik kemalangan yang tinggi di negara ini. Salah satu penyumbang yang tinggi yang mengakibatkan kerugian tersebut adalah daripada tuntutan kemalangan maut.

Bagaimanapun bukan semua kemalangan maut akan menghasilkan nilai pampasan tinggi dan banyak sepertimana persepsi dan andaian kebanyakan masyarakat di negara ini. Tidak sukar untuk mencari jawapan terhadap senario ini, ini boleh berlaku kerana kemungkinan masyarakat lebih bersandarkan kepada emosi mereka, sikap & berfikir secara logik dan mudah terpengaruh kepada persekitaran yang tidak tepat. Menanggani kes kemalangan maut memang sukar kerana memerlukan kebijaksanaan, keikhlasan dan sifat empati yang tinggi dalam diri pengamal undang-undang kerana kebiasaannya waris simati akan lebih emosional dan mudah terpengaruh kepada persekitarannya, jika persekitarannya berkitar kepada maklumat yang tepat dan betul, maka tiada masalah yang wujud.


Tetapi jika, mangsa berada dalam lingkungan persekitaran yang tidak betul umpamanya berada dalam kalangan orang yang gemar memandai-mandai walaupun sebenarnya tidak mengetahui suatu perkara itu secara mendalam, apatah lagi secara tepat. Di sini pengamal undang-undang yang mengendalikan kes itu, perlu mempunyai dan mempraktikkan bijaksana dan sikap empati yang tinggi dalam diri mereka. Tetapi apa utama ialah dapat memberi nasihat dan penerangan yang benar bagi melenyapkan prasangka buruk dan memperbetulkan fakta yang salah dalam diri waris simati. Kita perlu bersikap profesional dan memilih untuk berkata benar dalam memberi nasihat yang tepat berbanding memperkatakan sesuatu yang kurang tepat dan berbelit-belit semata-mata untuk memberi kelegaan dan kegembiraan yang kosong kepada waris itu, walaupun sikap itu akan mendatangkan prasangka buruk kepada waris simati dan pahit untuk diluahkan.


Lebih separuh daripada waris simati yang ditemui, berpendapat pampasan kemalangan maut semestinya melibatkan jumlah amaun yang tinggi kerana pampasan untuk kecederaan badan sahaja sudah melibatkan nilai pampasan sehingga mencapai angka RM ratusan ribu ringgit, apatah lagi jika melibatkan kehilangan nyawa sudah tentu pampasan melebihi RM ratusan ribu berbandingkan hanya kecederaan badan sahaja. Pendapat ini sebenarnya silap dan salah, sama sekali langsung tidak mencerminkan ianya bergantung kepada fakta dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini.

Tuntutan maut akibat kemalangan sebenarnya di bawa melalui Seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956 (pindaan) 1987. Akta ini memperuntukkan bahawa waris simati berhak mendapat pampasan seperti berikut:-

1. Kedukacitaan berjumlah RM10,000.00 sekiranya:-

(a) simati pada masa kematiannya berumur bawah 18 tahun (budak) dan tidak berkahwin, ibu bapa yang sah berhak membawa tuntutan ini; saudara mara, datuk, nenek tidak berhak kepada tuntutan ini;

(b) simati pada masa kematiannya berumur melebihi 18 tahun dan telah berkahwin, suami isteri yang sah sahaja berhak membawa tuntutan ini, saudara mara, datuk, nenek tidak berhak kepada tuntutan ini;

(c) simati berusia 18 tahun ke atas dan tidak berkahwin, ibu bapa yang tidak berhak kepada tuntutan kedukacitaan, tetapi berhak membawa tuntutan untuk kehilangan sumbangan dan gantirugi khas.

2. Kehilangan sumbangan pendapatan simati tertakluk:-

(a) simati mestilah pada masa kematiannya mempunyai pendapatan dan telah memberi sumbangan pendapatan itu kepada warisnya, waris itu merujuk kepada 1 (a) dan (b) di atas;

(b) pendapatan simati itu mesti ditolak dengan jumlah perbelanjaan sara hidupnya sendiri;

(c) Jika simati pada masa kematiannya berumur bawah 30 tahun, jumlah pendarapan sumbangan itu adalah selama 16 tahun x 12 bulan;

(d) Jika simati pada masa kematiannya berumur atas 30 tahun jumlah pendarapan ini adalah 55 tahun - usia kematian simati bahagi (/) 2 x 12 tahun.

3. Gantirugi Khas untuk perbelanjaan pengurusan jenazah, pengebumian dan majlis kenduri tertakluk kepada resit perbelanjaan dan bukti yang kukuh.

Masih terbayang di mata saya perasaan sayu dan sedih satu keluarga akibat kehilangan simati yang terkorban dalam suatu kemalangan di Slim River. kira-kira 8 bulan yang lalu. Simati berusia awal 30-an dan merupakan ibu tunggal serta mempunyai 2 orang anak perempuan. Simati tinggal bersama ibu bapanya. Simati pada masa kematiannya bekerja sebagai pekerja am dengan menerima bayaran gaji RM650 sebulan. Dalam kes ini, waris yang berhak membawa tuntutan ini adalah anak-anak dan ibu bapa simati.

Oleh kerana pendapatan simati adalah RM650 sebulan, jumlah sebanyak RM200 adalah munasabah dikira sebagai perbelanjaan sara hidup simati. Oleh demikian nilai sumbangan simati adalah sebanyak RM450 sebulan setelah ditolak kos sara hidup simati itu. Sementara itu, disebabkan simati telah melepasi usia 30-an, maka pendarapannya adalah 55 tahun - 32 tahun / 2 = 11.5 tahun x 12 bulan = 138 bulan x RM450 = RM62,100.00. Keluarga simati tidak berpuashati dengan nasihat dan penerangan saya, mereka menuduh saya tidak bersimpati dan tidak mengambil kira akan kehilangan nyawa simati. Apa yang lebih buruk lagi mereka cuba dan telah membandingkan nilai pampasan yang diterima jiran mereka yang mengalami kecederaan patah tulang peha yang telah dipampaskan sebanyak RM45,000.00.

Akhirnya saya memujuk mereka bahawa jika mereka tidak berpuashati dengan nasihat dan konsultansi saya, mereka boleh merujuk kepada pengamal undang-undang lain. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran yang disebalik peruntukkan Seksyen 7 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956 (pindaan) 1987. Sekiranya masyarakat tidak berpuashati dan berpendapat undang-undang ini sudah tidak relevan dengan kehidupan, kadar inflasi dan nilai mata wang pada masa kini, mereka boleh berjumpa dengan YB Ahli Parlimen untuk meminta peruntukkan ini disemak dan dibahaskan untuk pemindaan yang bersesuaian kerana Akta ini akan sentiasa berkesan dan diguna pakai selagi tiada pindaan dibuat ke atas di sidang Parlimen.






Comments

  1. salam encik...saya nak tanya dan nak cerita sikit pasal kes adik saya nieh.

    pada jam 7 pagi yang lalu, adik saya bersama kawannya menaiki sebuah motor hendak pulang ke rumah,semasa melalui sebuah jalan raya. sebuah van penebangan tersohor telah melawan arus bertentangan lalu merempuh adik saya bersama kwnnya. kwnnya telah meninggal di tempat kejadian manakala adik saya patah tulang belakang no 4 dari bawah.

    beberapa bulan selepas kejadian adik saya lumpuh dan kini alhamdulillah boleh berjalan seperti biasa cuma adik saya dah tak boleh melakukan kerja seperti biasa kerana sering sakit di bahagian belakang dan mengakibatkan kehilangan kerja dan kini punca pendapatan sudah tiada.

    kami telah pun melantik peguam kami. dan kes ini telah pun berjalan minggu lalu. syarikat penebangan tersebut hendak membayar ganti rugi pada adik saya sebyk 1 ratus ribu sahaja. adakah ini berbaloi..atau perlu melantik peguam lain dalam kes ini?

    atau encik ada nasihat atau cadangan lain dan cara2 nya??

    umur adik saya 22 tahun semasa kemalangan pada tahun 2011. skrg 23 tahun.

    dan umur si mati pada ketika itu 21 tahun..


    anak muda generasi akan datang nieh bukan x ada nilai kot??

    peguam kami ketika itu menjanjikan tuntutan sebanyak 1 juta. Adakah boleh dapat? atau mustahil? adik saya skrg cacat kekal.


    saya harap encik dpt memberi maklum bls dgn segera..terima kasih.


    ReplyDelete
  2. ini petikan dari paper metro tgganu.

    Pemuda Maut Motosikal Rempuh Van di Dungun

    Seorang pemuda, Che Mat Khamizan Che Habu Hanifah, 21, maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah van di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) pagi kelmarin.

    Mangsa dan pembonceng motosikal itu, Mohamad Kusyairie Sutling Mohamad, 22, terbabit dalam nahas kira-kira pukul 6.30 pagi setelah bertembung dengan sebuah van.

    Ketika kejadian, mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya selepas selesai minum pagi di sebuah warung di Pekan Paka.

    Kejadian dipercayai berlaku apabila van milik sebuah syarikat penerbangan itu dikatakan bergerak melawan arus untuk ke tempat membuat pusingan U sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.

    Rakan mangsa dan pemandu van terbabit, Wan Rusdi Wan Jusoh, 39, yang mengalami cedera ringan, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

    Ibu mangsa, Faridah Awang, 48, berkata, anaknya baru tamat menjalani kursus untuk bekerja di kawasan Industri Petrokimia di Kerteh.

    Menurut Faridah, anaknya itu sebelum ini tidak pernah keluar rumah pada awal pagi dan terkejut apabila diberitahu dia mendapat kemalangan sebelum bergegas ke Hospital Dungun.

    “Luluh hati saya sebaik sahaja tiba di Hospital Dungun dimaklumkan anak saya itu telah meninggal dunia,” katanya sedih.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kemalangan itu.

    Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah memandangkan pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak kenderaan di atas jalan raya.

    ReplyDelete
  3. 3 thn lepas sy ada terlibat dlm kemalangan.. mahkamah memutuskan bahawa kemalangan tersebut berlaku atas kecuaian sy.. namun dapatkah sy membuat pampasan kerana terdapat kecederaan dimana tempurung lutut sy pecah dan retak..setahun sy cacat sementara kerana lutut x dpt lurus.. bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan insuran dari pihak insuran kereta? Lagi satu masalah sy x tahu insuran kereta yg sy pandu ketika itu kerana kereta tersebut milik kawan sy dan sy telah lost contact dgn dia.. mohon bantu..

    ReplyDelete
  4. adik saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. motorsikal yang dinaiki adik saya mempunyai insurans dan cukai jalan. penunggang motorsikal yang melanggar didapati tidak mempunyai lesen dan motorsikalnya tidak mempunyai insurans dan cukai jalan. Bagaimana cara saya hendak menuntut pampasan untuk kematian adik saya?

    ReplyDelete
  5. Izinkan saya bertanya..
    Apakah hukuman bagi pesalah jalanraya yang telah mengakibatkan kematian?
    Adakah sekadar hukuman penjara?
    Saya baru saja menyaksikan 1 kemalangan maut yang melibatkan kematian dan kemalangan itu berpunca dari kesilapan pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk..

    ReplyDelete
  6. Bagaimana dengan kemalangan maut disebabkan kecuaian mangsa itu sendiri..adakah si pelangar yg tidak sempat mengelak itu kena hukuman dan denda yg berat..misalnya si mangsa itu tidak memakai helmet, membelok mengejut tanpa memberi isyarat atau signal dan keadaan mangsa yg oku dan wrga emas yh mmbwa mngikut citarasa mreka sndri... Dlm undg2, smemngnya kita tidak boleh mnylhkan mgsa, kerana beliau sudah mningl.. Namun adkh kes ini jadi teraniaya pada si pelangar yg tidak dapat mngelak dan mgkibatkn beliau ke penjara..

    ReplyDelete
  7. Saya nak bertanya..arwah abah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dilanggar kereta.kami ada hire peguam untuk buat tuntutan insurans terhadap pemandu tersebut.namun peguam tersebut maklumkan bahawa tuntutan tidak dapat dibuat disebabkan pemandu tu tak ada insurans. Jadi saya nak tahu lebih lanjut adakah memang tal boleh untuk claim atau ada cara lain yg boleh dibuat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.