Posts

Showing posts from November, 2010

Kehilangan Pendapatan Masa Depan

Isu pokok yang sering menjadi pertikaian di antara peguamcara Plaintif dan peguamcara Defendan (syarikat insuran) adalah apakah seseorang Plaintif yang mengalami kecederaan mempunyai locus standy yang kukuh untuk membawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan masa depan & pendapatan pra bicara. Mari kita kembali kepada isu asas dalam pertikaian ini, dari segi undang-undang tuntutan ini dibawa melalui Seksyen 28A(c) (i), (ii), (iii) dan (d) Akta Undang-undang Sivil 1956, dimana peruntukan undang-undang ini memerlukan Plaintif memenuhi kelayakan seperti berikut:- (a) Plaintif mestilah berusia tidak melebihi umur 55 tahun pada tarikh kemalangan itu berlaku; (b) Kehilangan tersebut mestilah dibuktikan atau diakui bahawa Plaintif jika tidak kerana kecederaan itu, Plaintif berada dalam keadaan sihat, telah menerima hasil pendapatan dari aktiviti atau pekerjaan beliau sebelum beliau terceder a; (c) hanya amaun berkaitan dengan pendapatan seperti yang dinyatakan pada kemalangan; (d) apa-