Kehilangan Pendapatan Masa Depan

Isu pokok yang sering menjadi pertikaian di antara peguamcara Plaintif dan peguamcara Defendan (syarikat insuran) adalah apakah seseorang Plaintif yang mengalami kecederaan mempunyai locus standy yang kukuh untuk membawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan masa depan & pendapatan pra bicara. Mari kita kembali kepada isu asas dalam pertikaian ini, dari segi undang-undang tuntutan ini dibawa melalui Seksyen 28A(c) (i), (ii), (iii) dan (d) Akta Undang-undang Sivil 1956, dimana peruntukan undang-undang ini memerlukan Plaintif memenuhi kelayakan seperti berikut:-

(a) Plaintif mestilah berusia tidak melebihi umur 55 tahun pada tarikh kemalangan itu berlaku;

(b) Kehilangan tersebut mestilah dibuktikan atau diakui bahawa Plaintif jika tidak kerana kecederaan itu, Plaintif berada dalam keadaan sihat, telah menerima hasil pendapatan dari aktiviti atau pekerjaan beliau sebelum beliau tercedera;

(c) hanya amaun berkaitan dengan pendapatan seperti yang dinyatakan pada kemalangan;

(d) apa-apa pengurangan dari mana-mana jumlah amaun tersebut mestilah dibuktikan atau diakui sebagai perbelanjaan sara hidup Plaintif pada masa kemalangan;

(e) Sekiranya Plaintif berusia 30 tahun atau kurang pada tarikh kemalangan tahun belian adalah 16 tahun;

(f) Sekiranya berada dalam lingkungan di antara 31 - 54 tahun pada tarikh kemalangan, bilangan tahun belian adalah 55 - umur semasa kemalangan dibahagi dengan angka 2.

Secara mudahnya kelayakan untuk membawa tuntutan ini adalah seperti berikut:-

1. Pada tarikh kejadian Plaintif berkeadaan sihat, berpendapatan dan menerima faedah daripada sumber pendapatan beliau;

2. Plaintif mestilah berusia di bawah 55 tahun;

3. Amaun pendapatan yang diambilkira adalah amaun dari pendapatan pada masa kejadian kemalangan itu berlaku;

4. Bagaimanapun kos sara hidup Plaintif mestilah ditolak dari amaun pendapatan tersebut, bagaimanapun kos sara hidup ini perlulah dibuktikan oleh Plaintif;

Walaupun peruntukan undang-undang di atas kelihatan mudah dan ringkas, tetapi adalah menjadi pertikaian yang hebat dalam perbicaraan dimana kebanyakkan kes yang dikemukan Plaintif tiada rekod pendapatan yang konsisten dan kukuh, tiada slip gaji, tiada rekod EPF, tiada penyata akaun bank. Situasi ini terjadi kerana adalah sebahagian mangsa kemalangan bekerja sendiri atau bekerja secara kontrak, bagaimanapun ini bukanlah halangan untuk tidak menyediakan satu rekod pendapatan yang kemas, satu-satu rekod pendapatan yang kemas adalah apa yang diakui daripada rekod pihak LHDN. Sementara itu bagi pekerja kontrak perlu akan surat pengesahan majikan dan bukti-bukti rekod bayaran kerja kontrak seperti slip bayaran dan rekod bayaran yang teratur dan konsisten.

Sebagai contoh dan perbandingan dalam kes Tan Ching Seng vs Abdul Samat & Anor (1981) 2 MLJ cxxxii (Vohrah J) 1 Nov 1980 Mahkamah mengawardkan Plaintif sebanyak RM200 sebulan dengan tahun belian adalah 10 tahun, dimana pada masa kemalangan Plaintif bekerja penjual kek dengan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM300 sebulan, dimana Mahkamah telah menolak RM100 sebagai kos sara hidup Plaintif. Jumlah keseluruhan bagi tuntutan ini adalah RM18,500.

Baru-baru ini di hadapan saya ada satu kes unik dimana Plaintif telah menerima surat tawaran pekerjaan dan beliau perlu melaporkan diri pada 1hb. Oktober Malangnya pada 29hb Sept beliau terlibat dalam suatu kemalangan dan mendapat cedera parah yang mengakibatkan beliau gagal melapor diri. Akibat itu, surat tawaran Plaintif dibatalkan dan ini menyebabkan Plaintif akan mengalami kehilangan pendapatan masa depan.

Apa yang menjadi isu pertikaian di sini ialah Plaintif telah berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan semata-mata untuk memberi keutamaan kepada jawatan dan pekerjaan baru yang ditawarkan kepadanya. Pada masa kemalangan Plaintif masih belum menikmati faedah dan manafaat dari pekerjaan baru beliau, kerana beliau hanya akan dapat menikmati manafaat ini sekiranya beliau berjaya dan hadir melaporkan diri pada 1hb Okt, tetapi malangnya beliau sama sekali gagal dan tidak berjaya untuk melapor diri sepertimana yang diminta kerana telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Justeru surat tawaran tersebut telah dibatalkan dan ini akan menyebabkan beliau akan mengalami kehilangan pekerjaan dan pendapatan masa depannya, tetapi isunya disini layakkah beliau untuk tuntutan ini berdasarkan peruntukkan di atas?. Walaupun terdapat peninggalan dan kelompongan, kami berharap suatu taksiran baru akan dapat dibuat untuk kes ini demi keadilan kepada semua pihak.








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.