Posts

Showing posts from December, 2010

Justifikasi Saman Sivil Tuntutan Akibat Kemalangan Jalanraya, Apakah Tindakan Tepat Yang Perlu Defendan Lakukan

Semalam ketika saya sedang sibuk bermesyuarat dengan bos besar firma berkaitan satu perbicaraan kes yang terpaksa ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada pihak polis melengkapkan siasatan berkaitan satu kemalangan maut. Kami sedang cuba untuk mencari alternatif, strategi dan plan perancangan supaya perbicaraan kes ini dapat berjalan dengan jaya dan sukses pada tarikh akan datang, tiba-tiba saya diganggu dengan bunyi nada dering dari telefon bimbit saya, ternyata ada panggilan. Saya bingkas menjawab panggilan tersebut, pemanggil memperkenalkan dirinya, beliau dalam masalah dan ingin meminta bantuan nasihat berkaitan satu saman sivil yang beliau terima berbangkit daripada satu kemalangan jalanraya yang beliau pernah terlibat. Saya berjanji akan menghubungi beliau selepas saya selesai bermesyuarat dan terus mematikan perbualan telefon tersebut. Selesai bermesyuarat, saya merehatkan diri sambil minum teh tarik di gerai mamak bawah pejabat saya, lalu saya teringat bahawa saya perlu meng

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

Image
Setelah sekian lama melayari laman blog saya ini, baru sebentar tadi saya sempat membaca sepenuhnya komen-komen dalam ruangan chit chat yang disediakan untuk kemudahan pembaca laman blog ini berkomunikasi secara interaktif dengan saya. Dalam pelbagai komen yang terdapat di situ, komen daripada saudari Mas2 dan Ifa menarik perhatian saya kerana persoalan dan isu yang dikemukakan kepada saya adalah berkisar dengan nilai pampasan untuk kecederaan akibat kemalangan. Jelas daripada komen-komen tersebut, saya berpendapat penulisnya sebenarnya keliru ataupun tidak mendapat penjelasan yang lengkap daripada peguam yang mewakili mereka. Di sini saya suka menarik perhatian pembaca bahawa dalam kes tuntutan akibat kemalangan terdapat dua isu yang dipertikaikan iaitu isu liabiliti dan juga isu kuantum. Isu liabiliti berkisarkan kepada tort kecuaian dalam pengawalan ataupun pemanduan sesuatu kenderaan yang mengakibatkan suatu kecelakaan jalanraya, dimana dalam mana-mana kecelakaan jalanraya mesti