Justifikasi Saman Sivil Tuntutan Akibat Kemalangan Jalanraya, Apakah Tindakan Tepat Yang Perlu Defendan Lakukan

Semalam ketika saya sedang sibuk bermesyuarat dengan bos besar firma berkaitan satu perbicaraan kes yang terpaksa ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada pihak polis melengkapkan siasatan berkaitan satu kemalangan maut. Kami sedang cuba untuk mencari alternatif, strategi dan plan perancangan supaya perbicaraan kes ini dapat berjalan dengan jaya dan sukses pada tarikh akan datang, tiba-tiba saya diganggu dengan bunyi nada dering dari telefon bimbit saya, ternyata ada panggilan. Saya bingkas menjawab panggilan tersebut, pemanggil memperkenalkan dirinya, beliau dalam masalah dan ingin meminta bantuan nasihat berkaitan satu saman sivil yang beliau terima berbangkit daripada satu kemalangan jalanraya yang beliau pernah terlibat. Saya berjanji akan menghubungi beliau selepas saya selesai bermesyuarat dan terus mematikan perbualan telefon tersebut.

Selesai bermesyuarat, saya merehatkan diri sambil minum teh tarik di gerai mamak bawah pejabat saya, lalu saya teringat bahawa saya perlu menghubungi pemanggil tadi seperti mana yang telah dijanjikan. Pemanggil itu memberitahu saya bahawa beliau telah merujuk hal ini kepada kawan-kawan beliau termasuk juga pengamal undang-undang, tetapi selepas banyak berjumpa dengan ramai orang dan mendapat pelbagai input beliau bertambah cemas kerana beliau telah dinasihati untuk melantik peguam dan membela saman tersebut sedangkan beliau tidak mampu untuk membayar fee peguam dan kos pembelaan tersebut. Saya terus bertanya kepada beliau apakah pada masa kemalangan beliau mempunyai polisi insuran yang sah ke atas motorkar yang beliau pandu?beliau menjawab motorkar beliau ada polisi insuran yang sah. Saya terus menasihati beliau supaya bertenang, apa yang perlu beliau lakukan hanyalah majukan saman sivil tersebut kepada syarikat insuran yang melindungi motorkar tersebut, selebihnya syarikat insuran yang berkenaan akan melantik peguam untuk membela saman itu dan sekaligus melindungi kepentingan syarikat insuran selaku insurer kepada motorkar tersebut. Semua liabiliti, kos dan apa-apa bayaran penghakiman akan ditanggung dan dibayar oleh syarikat insuran, pemegang polisi hanya perlu memaklumkan dan memajukan saman tersebut serta terikat kepada perjanjian di bawah polisi yang mereka sertai, dimana sekiranya wujud apa-apa tindakan yang dibawa oleh mana-mana orang terhadap apa-apa perbelanjaan dan gantirugi yang terbit atau berbangkit akibat penggunaan ataupun pemanduan sesuatu kenderaan bermotor yang dilindungi syarikat insuran, maka pemegang polisi hendaklah memberi kerjasama penuh kepada syarikat insuran untuk membela tindakan tersebut termasuk memberi keterangan kepada pihak polis dan keterangan di mahkamah. Dan sekiranya gagal insurer atau syarikat insuran berhak di bawah polisi tersebut untuk memulakan apa-apa tindakan bagi tujuan menuntut semula apa-apa wang penghakiman, pampasan, termasuk faedah dan kos daripada pemegang polisi tersebut.


Situasi ini telah menginsafkan saya betapa bukan semua pengamal undang-undang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam semua hal berkaitan undang-undang, sebaliknya mereka mungkin pakar dalam hal-hal atau bidang yang mereka ceburi, pengamal undang-undang juga seumpama doktor, dimana semua doktor mempunyai ilmu asas kedoktoran, tetapi untuk menjadi mahir dalam satu bidang doktor tersebut perlu fokus kepada cabang perubatan yang beliau ingin amalkan sebagai contoh doktor gigi, doktor gigi mempunyai asas perubatan seperti juga doktor awam, tetapi beliau lebih mahir, pakar dan mempunyai ilmu yang mendalam dserta beramal sebagai doktor gigi. Hakikatnya begitu juga pengamal undang-undang, mereka mempunyai asas ilmu perundangan tetapi kemahiran dan kepada kepakaran mereka lebih kepada bidang dan jurusan yang mereka dalami dan amalkan sebab itu ada peguam yang pakar dalam kes jual beli hartanah, kontrak, perbankan, jenayah, perlembagaan dan sivil litigasi serta runner matter (kemalangan jalanraya).

Oleh itu adalah penting kepada pembaca budiman untuk mengetahui dan mendapat perkhidmatan yang tepat dari seorang pengamal undang-undang. Contohnya pengamal undang-undang kes jenayah, beliau ada kemahiran dan ilmu asas undang-undang berkenaan Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, beliau mengetahui tatacara dan susun atur prosiding secara basis di kedua-dua mahkamah tersebut secara asasnya, tetapi mereka tidak pakar dalam hal-hal teknikal, strategi, autoriti-autoriti berkaitan sesuatu kes kecuali mereka adalah pakar dan beramal dalam jurusan dan bidang tersebut, contohnya firma kami adalah pakar dalam kes sivil berkaitan tuntutan kemalangan, tetapi kami kurang mahir berkaitan kes-kes koprat.

Pembaca budiman, sebenarnya saman sivil akibat kemalangan jalanraya sama seperti saman sivil lain, tertakluk kepada cara dan kaedah di bawah Aturan 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 1980 dan semua saman mestilah mengikuti format dalam Borang 1 yang disediakan. Malahan penyampaian saman, afidavit, apa-apa permohonan dan penghakiman juga tertakluk kepada Kaedah yang sama, cuma apa yang berbeza kes saman akibat kemalangan tertakluk dan terikat kepada Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987

96. "Kewajipan penanggung insurans untuk menunaikan hukuman terhadap orang-orang mengambil insuran berkenaan dengan risiko pihak ketiga.

(1) Jika, setelah suatu perakuan insurans diserahkan di bawah subsekyen (4) Seksyen 91 kepada orang yang kepadanya sesuatu polisi telah dikuatkuasakan, penghakiman berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang dikehendaki dilindungi oleh sesuatu polisi di bawah perenggan (b) subsekyen (1) 91 (iaitu liabiliti yang dilindungi oleh terma-terma polisi itu) diberi terhadap mana-mana orang yang diinsurankan oleh polisi itu, maka walaupun apa pun penangung insuran berhak mengelak atau membatalkan, atau telah pun mengelak atau membatalkan polisi itu, penanggung insurans tersebut hendaklah, tertakluk kepada seksyen ini, membayar kepada orang-orang yang berhak mendapat faedah penghakiman itu, apa-apa jumlah wang yang kena dibayar di bawah polisi itu berkenaan dengan liabiliti tersebut, termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar berkenaan dengan kos dan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar berkenaan bunga bagi jumlah wang itu menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bunga bagi penghakiman."

Secara ringkasnya ini bermakna apa-apa tindakan yang dimulakan oleh pihak ketiga berhubung risiko pihak ketiga terhadap pemegang polisi insuran, maka penanggung insuran (syarikat insuran) hendak menunaikan kewajipannya membayar apa-apa wang pampasan, penghakiman, kos dan faedah tetapi masih tertakluk kepada perjanjian polisi insuran yang diambil oleh pemegang insuran tersebut. Justeru itu, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan kemudiannya menerima saman sivil dari mangsa yang tercedera, anda dinasihati untuk memaklumkan tindakan ini kepada syarikat insuran yang melindungi kenderaan anda pada masa kemalangan tersebut.

Syarikat insuran akan melantik peguamcara untuk membela apa-apa tindakan yang dimulakan oleh pihak ketiga (mangsa yang tercedera) terhadap anda, sekiranya diputuskan apa-apa wang perlu dibayar kepada pihak ketiga maka syarikat insuran akan menunaikannya termasuklah wang penghakiman, faedah dan kos. Tetapi anda semua terikat kepada kontrak perjanjian di bawah polisi insuran untuk memberi apa-apa bantuan yang perlu, patut dan munasabah supaya syarikat insuran dapat membela apa-apa tindakan oleh pihak ketiga tersebut, ini termasuklah hadir memberi keterangan bagi membela tindakan di mahkamah. Dan seandainya gagal, syarikat insuran berhak memulakan apa-apa tindakan terhadap anda bagi mendapatkan semula apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pihak ketiga termasuk faedah dan kos yang berpunca daripada ketidakhadiran dan ketidakkerjasamaan anda dalam membela tindakan tersebut sehingga mengakibatkan suatu penghakiman dimasukkan tanpa kehadiran anda selaku Defendan pada tarikh pendengaran kes.

Saya tidak pasti mengapa syarikat insuran tidak mengaktifkan klausa perjanjian ini, sedangkan ketika berkhidmat di firma guaman yang mengendalikan kes pembelaan bagi pihak insuran, saya mendapati begitu banyak orang yang langsung tidak mahu bekerjasama dengan pihak kami untuk membela tindakan tersebut, sedangkan mereka tahu diri mereka telah disaman dan dinamakan sebagai Defendan dalam sesuatu saman, tetapi sebaliknya melepaskan bulat-bulat hal ini kepada syarikat insuran untuk menandatangani atas alasan semata-mata mereka sudah beli polisi insuran, oleh itu syarikat insuran perlu tunaikan tanggungjawabnya membayar apa-apa pampasan terhadap risiko pihak ketiga. Ini adalah pemahaman yang salah sebenarnya syarikat insuran boleh mengelak dari menanggung risiko ini sekiranya anda tidak memberi kerjasama yang diperlukan oleh syarikat insuran tersebut untuk membela apa-apa tindakan saman yang dibawa oleh pihak ketiga, walaupun mereka menunaikan tanggjawab tersebut dengan membayar apa-apa penghakiman kepada pihak ketiga. Saya fikir syarikat insuran perlu mengubah pandangan dan tindakan mereka dalam hal ini, mereka perlu mengambil tindakan tranformasi dan pembaharuan semata-mata bagi membuka mata kebanyakan pembeli insuran kenderaan bermotor yang tidak pernah cuba membaca apatah lagi memahami kandungan perjanjian polisi insuran tersebut, dimana kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu ditunaikan, tetapi seringkali pihak insuran dimangsakan oleh pemegang polisi apabila mereka enggan bekerjasama dengan peguamcara dan syarikat insuran untuk membela apa-apa saman yang diambil ke atas mereka. Kita perlu berubah bermula pada masa kini dan detik ini untuk menjadi bangsa yang maju dan berilmu, ilmu penyuluh hidup.

Comments

  1. assalamualaikum, bagaimana pula jika saya adalah dipihak mangsa kemalangan, saya dilanggar daribelakang ketika menunggang motorsikal oleh pemandu yg tidak dpt mengawal kenderaannya.
    Beliau memandu terlalu laju dan melanggar saya dan sebuah lagi motorsikal lain dan kami terhumban ke atas sebuah kenderaan lain dihadapan dan terseret serta jatuh diatas jalan raya.
    Saya mengalami kecederaan patah tangan, kecederaan/luka2 badan dan sangat trauma dengan keadian terebut.
    Motor saya mengalami kerosakan sgt teruk dan kemungkinan tdk boleh dibaiki lg. Saya ingin tahu selain dari tuntutan insurance kenderaan tersebut apakah saluran undang2 yang boleh memihak kepada saya sebagai mangsa kemalangan untuk menuntut pampasan atas kejadian yg berlaku kerana saya mengalami trauma yg kronik, kesakitan yg saya tanggung, kesukaran hidup selapas kejadian kerana sy seorang ibu tunggal yg menanggung 2 anak yg masih kecil tidak dapat keluar mencari rezeki, wlupun sya msh mendapat gaji ketika dlm MC ini tp semasa sya sihat saya sering keluar kerja part time mencuci pinggan di restoran. Saya merasakan diri saya di pihak teraniaya apabila org yg melanggar saya pada mulanya berjanji membantu saya tetapi sering mengelakkan diri dari saya dan membiarkan saya tanpa pembelaan malah menuduh saya mengganggu dia apabila saya menghubunginya utk mendapatkan bantuan.
    Mmg pada mulanya saya tdk mahu mengambil tindakan undang2 kerana tdk mahu memanjangkan kisah, tapi kini saya berubah fikiran. Sila beri tunjukajar bagaimana cara saya boleh melaksanakan proses undang2 ini. Terima kasih. Pn Nurlela (nukilan Pn Rohani 017-3612267)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,

      Pada hemat saya, kebanyakan orang keliru mengenai saluran yang perlu diikuti untuk mendapatkan pembelaan apabila menjadi mangsa dalam suatu kemalangan.

      Sepertimana yang saya telah tulis dalam artikel terdahulu, saya suka untuk remain semula maklumat yang telah dikongsi bersama pembaca.

      Apabila berlaku suatu kemalangan, pasti ada 2 saluran yang boleh diambil untuk mendapatkan pembelaan. Saluran pertama melalui kerajaan, dimana apabila IO telah selesai menjalankan siasatan satu cadangan akan dikemukakan kepada TPR untuk mendakwa orang yang melakukan kesalahan dalam suatu kemalangan sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian mengikut kesesuaian tuduhan dibawah mana-mana rule ataupun akta yang berkaitan.

      Saluran kedua adalah saluran sivil melalui peguamcara, dimana peguamcara akan membawa 1 tindakan sivil terhadap pemandu dan/atau pemilik kenderaan bagi maksud untuk mendapatkan apa-apa pampasan bagi kecederaan, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan hilang sumbangan tanggungan hidup akibat kemalangan dalam suatu kemalangan.

      Dalam kes puan, puan boleh merujuk kepada peguam untuk memulakan prosiding tindakan sivil terhadap pemandu tersebut. Tetapi sekiranya puan telah melantik peguamcara, puan tidak boleh atau dihalang untuk membawa tindakan baru terhadap pemandu tersebut kerana tiada tindakan sivil yang berulang-ulang untuk pampasan yang serupa yang diakibatkan daripada kejadian kemalangan yang serupa.

      Delete
  2. Askm, Tuan,

    Saya ingin minta pandangan tuan mengenai dua perkara dalam menjawab persoalan ini.

    1. Apakah dan bagaimana tuntutan insuran yang boleh di buat jika kita terlibat dengan kemalangan dengan kenderaan kerajaan (tiada r/tax dan insurans)contohnya kenderaan polis atau tentera.

    2.Apakah liabiliti kita apabila kerosakan kenderaan yang kita langgar melebihi jumlah nilai insuran kita miliki.

    Harap tuan dapat jelaskan keadaan ini dari sudut perundangan dan kesan kesan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,

      Bagi soalan pertama saya suka menegaskan bahawa kenderaan kerajaan walaupun tidak dilindungi oleh syarikat insuran, tetapi sekiranya terlibat dalam kemalangan, mangsa yang mengalami kerugian, kecederaan & kehilangan akibat kecuaian pemandu kenderaan kerajaan tersebut boleh membuat tuntutan kepada Kerajaan Malaysia melalui perlantikan peguamcara untuk memulakan saman sivil di mahkamah.

      2. Kewajipan insured adalah memberi kerjasama sepenuhnya kepada syarikat insuran untuk membela & melawan apa-apa tuntutan sivil daripada pihak ketiga apabila wujud saman sivil atau tuntutan terhadap kenderaan yang diinsurankan, sedangkan syarikat insuran berkewajipan untuk menjelaskan atau menanggung semua pampasan yang perlu dibayar kepada penuntut apabila kes itu berjaya dibuktikan dengan sahih.

      Bagaimanapun jika insured gagal memberi kerjasama yang wajid diberikannya kepada syarikat insuran itu, maka semua jumlah pampasan yang telah dibayar kepada penuntut yang diakibatkan oleh keengganan kerjasama dari insured boleh dituntut kembalikan kepada insured tersebut melalui 1 saman sivil yang difailkan oleh peguamcara yang dilantik oleh syarikat insuran untuk tujuan tersebut.

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan..
    Bagaimana pula dengan kes dimana:
    saya memandu kereta, memberi signal kira-kira 3 minit untuk masuk ke simpang berhampiran..
    Saya memberhentikan kenderaan sementara menunggu kenderaan di bahagian kanan jalan tiada.
    Selepas tiada kenderaan di bahagian kanan jalan, saya memandu perlahan untuk masuk ke simpang dan secara tiba-tiba sebuah motorsikal (ditunggang dengan sangat laju dan merbahaya-double line,tanpa helmet, tiada lesen) melanggar bahagian kanan kereta dan mengakibatkan kerosakan yang serius. Selepas kemalangan, abang kepada penunggang motorsikal bersetuju untuk selesaikan selepas membuat report polis. Namun, setelah 2 hari keluarga penunggang motorsikal tersebut tidak mahu bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut. Jadi, saya ingin tahu apakah cara yang boleh saya lakukan untuk menuntut kerosakan tersebut?
    untuk makluman tuan, dibelakang saya juga ada sebuah kereta juga memberi signal untuk masuk ke simpang yang sama. (jalan tersebut ada 2 line-belah kiri untuk terus, dan belah kanan untuk masuk ke simpang)
    Bolehkah jika saya saman beliau? Bagaimana prosedurnya?

    ReplyDelete
  4. salam,,,,

    saya nak tanya jika seseorang memandu motor dan mengalami kemalangan maut tetapi tidak mempunyai lesen memandu adakah layak untuk mendapat tuntutan insurans sebab motor adalah hakmilik sendiri dan insurans kemalangan peribadi pun dibeli atas nama sendiri,,,terima kasih

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    minta pndangan tuan..

    sy terlanggar blkg sbuah kereta n then sy n pmndu yang dlnggar dh buat rport polis . kereta sy sdg dibaiki n kereta yg dilanggar tu insurans kelaskan sbg total lost . Pmndu yg sy lnggar tu mendesak sy untuk menambah wang bagi membaiki kereta beliau kerana beliau difahamkan pihak insuran sy hanya bayar 4000 shj jika mahu baiki kenderaan itu dan tidak dikelaskan total lost.kos membaiki adlh 8000..so sy prlu tnggung 2000..mana ada duit..pmndu brkenaan seringkali mnggngu dgn mnghubungi sy n spt mndesak..pd awalnya mmg sy nk mmberi saguhati ats tnda mmhon maaf ttapi oleh krn ada pihak yg mewakili pmndu trsebut campur tgn dgn mnghbungi dan berkasar bhs dgn sy maka sy jd tawar hati utk mbntu..adakah slh apa yg sy lakukan n apa tindakan yg sy bley buat bg menyelesaikan mslh ini.

    mohon pndangan drpd pihak tuan.

    tq

    ReplyDelete
  6. anak buah saya terlibat kemalangan dgn memandu kereta saya.insuran cover atas nama saya.
    i) sekiranya beliau buat laporan polis, insuran saya cover me?
    ii) sekiranya sy report polis utk claim insuran sdgkn bkn sy yg memandu kereta itu, bgmn? adakah sy bleh didakwa buat laporan palsu?
    iii)sekiranya sy claim pd pemandu lg satu, bgmana?
    pemandu lg satu buat u turn pd double line.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan,
    Saya ingin penjelasan tuan tentang tuntutan insuran apabila belaku perlanggaran antara motor dan kereta.
    Dalam hal ini motor melanggar kereta dari belakang.
    Pemandu kereta tidak di saman polis sebaliknya penunggang motor yang disaman polis. Kemudian penunggang motor membuat tuntutan keatas insuran kereta.
    Soalan saya ,betulkah fahaman orangramai dan ejen insuran yang mengatakan "bila yang kecil menlanggar yg besar , yang besar yg akan di persalahkan, walhal yg kecil pon ada insurance sendiri".

    Sekian, terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Saya telah mengalami situasi seperti diatas. Kemalangan berlaku pada tahun 2013 diaman pada masa tersebut insurans masih sah dan laporan polis juga telah dibuat.

    Kini 2015, pihak planitif telah mnghantar writ kepada kami untuk menuntut ganti rugi atas kemalangan tersebut. Kereta yang dipandu pada masa kejadian telah kami jual pada Sept 2013.

    Mohon pencerahan encik, kerana merujuk kepada nilai kerugian yang dituntut oleh planitif sebagai tidak munasabah mengikut tarikh kejadian tersebut berlaku (RM 32,000.00) utk kerosakan bahagian belakang kenderaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macm kes saya..kmlngn thun 2017..thun 2019 dpt writ juga...
      Boleh saya tahu apa yg awak lakukn yer bile dpt writ tu? Adakah kita perlu hadap ke mahkamah mengikut surat yg dikeluarkan?

      Delete
  9. Bagaimana kalau pesalah mungkir janji untuk membuat bayaran dan enggan memberi kerjasama? Sedangkan sebelum ini sudah berjanji untuk membuat bayaran atau pampasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada saksi dan laporan polis sudag dibuat dan disarankan untuk mangsa membuat tuntutan sivil.. apkah prosedur dan kos2 yang perlu untuk tuntutan sivil? Kereta pula sudah dihantar ke bengkel ntuk repair.

      Delete
    2. Saya ada saksi dan laporan polis sudag dibuat dan disarankan untuk mangsa membuat tuntutan sivil.. apkah prosedur dan kos2 yang perlu untuk tuntutan sivil? Kereta pula sudah dihantar ke bengkel ntuk repair.

      Delete
    3. Kes akak sama dgn saya..sbb saya pun alami kemalangan kereta saya dilanggar di depan..laporan polis sudah buat..pada hari yg sama saksi yg melihat kejadian turut mmbuat laporan.saya mngalami kesukaran untuk claim insuran ke atas individu yg langgar kereta saya sbb dia tidak mengaku kesalahanya.

      Delete
    4. So mcm mna hasil dari kes akak suzana kimp..adakah berjaya claim insurans pemandu tersebuat.

      Delete
  10. Bagaimana kalau pesalah mungkir janji untuk membuat bayaran dan enggan memberi kerjasama? Sedangkan sebelum ini sudah berjanji untuk membuat bayaran atau pampasan..

    ReplyDelete
  11. Salam tuan...
    Blh sy dh no tel tuan..
    Ni email sy hizan89@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan.
    Kereta saya terbabit kemalangan dengan motosikal, saya di laluan lurus dan motosikal masuk simpang sebelah kiri saya secara mengejut tanpa berhenti dipetak menunggu. Jarak terlalu dekat terus terlanggar, kereta saya mengalami kerosakan bahagian dpn. Manakala motosikal rosak teruk dan penunggang patah kaki.
    Saya buat laporan polis dan tuntutan insurance sendiri sudah selesai,kereta sudah siap.
    Baru baru ini pehak ketiga membuat tuntutan saman melalui peguamnya keatas saya dgn notice 14 hari.
    Mohon diperjelaskan apakah tindakan yg perlu saya buat, apakah saya perlu cari peguam utk mewakili saya?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam tuan, baru2 ni kereta suami saya terbabit dlm kemalangan antara kereta dan motor. tetapi bukan suami saya yang bawa kereta tp org yang tidak dikenali kerana dia meminjam kereta suami saya dgn kawan suami kerana pada masa itu kereta suami berada dgn kwn. Jd suami saya dipanggil polis utk buat statment kerana polis kata org yang kena langgar nak claim insuran, jd suami saya mls nak panjang cerita dia pun bgtau polis yang dia bg kebenaran bawa kereta. kami ingatkan benda dah settle tp rupanya lps 6 bln kejadian org yg kena langgar saman suami saya menuntut ganti rugi. Pening memikir jumlah tuntutan yang diminta. suami saya terjerat dengan statment yg dibuat iaitu dia memberi kebenaran org tu bawa kereta dia. apa yang perlu suami saya buat. Sedih jgk bila memikirkan bukan kesalahan suami tp suami terpaksa menanggung. Harap pihak tuan dpt memberi sedikit pandangan.

    ReplyDelete
  15. asmlm tuan.
    kalau. kita tak bayar saman atau denda. dalam kes sivil ape yg akan berlaku. bagaimaba kalau kita tak bayar bil celcom. dah langgar perjanjian. ape tindakan yg boleh diambil.

    ReplyDelete
  16. Kenderaan sy telah dilanggar oleh lori semasa sy berkerja dan kenderaan diparking di kawasan kilang sy berkerja. Pihak insurance telah declare utk total lost..dan sy perlu menbayar balance oustanding kerana amount itu tidak mencukupi. Sy telah megemukan tuntuntan kepada pihak lori utk balance outstanding dan pampasan utk kerugian sy serta kesusahan. Tetapi pihak lori tidak mahu menbayar tuntutan sy. Boleh kah sy menyaman syarikat lori tersebut supaya sy mendapat pampasan yg setimpal

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Maaf sy tidak sempat membaca dgn teliti. mungkin persoalan sy tuan pernah menjawabnya. tetapi saya ambil langkah untuk tuan membalas kan nya terus ke email sy bagi memudahkan saya merujuk berulang kali.

    Kisahnya begini saya tidak puas hati dgn amount yg dinyatakan pihak peguam. kerana apa yg diterangkan di mahkamah. itu adalah amaun yg akan dia masukkan kepada sy. tetapi mereka seolah2 cuba memanipulasikan kenyataan tersebut dgn alasan amaun itu belum ditolak lagi kos perkhidmatan dan yg berkaitan dgn hal tuntutan insurans bg anak sy yg telah patah radius and ulna. apa langkah2 yg perlu saya lakukan untuk memastikan jumlah sebenar yang sepatutnya saya perolehi. terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Selamat sejahtera Tuan.

    Saya mengalami kemalangan pada tahun 2017 dimana seorang penunggang motosikal melanggar kereta saya dari arah kanan. Saya sedang menuju ke destinasi saya di sebelah kiri. Dia keluar dari arah sebelah kanan bahu jalan. Dengan laju dia melanggar saya dan kaki dia patah. Dia mabuk dan tak sedar diri.
    Saya yang menalipon ambulan dan hantar ke hospital. Selepas itu saya membuat laporan polis. Sarjan yang mengendalikan kes ini mendapati dia bersalah.

    Sekarang dia telah mefailkan writ saman terhadap saya dan laporan yang diberikan adalah sebaliknya. Saya tidak mendapat apa apa surat dari Mahkamah tapi ada peguam yang talipon saya dan mengatakan dia wakil Tokio Insuran dan mewakili saya.

    Peguam suruh saya hadir ke mahkamah untuk memberi penerangan kerana saya di saman atas kecuaian sedangkan dia yan mabuk dan melanggar saya.

    Apakah nasihat dan boleh saya buat kerana penipuan oleh orang yang kena langar.

    ReplyDelete
  19. Selamat sejahtera Tuan.

    Saya mengalami kemalangan pada tahun 2017 dimana seorang penunggang motosikal melanggar kereta saya dari arah kanan. Saya sedang menuju ke destinasi saya di sebelah kiri. Dia keluar dari arah sebelah kanan bahu jalan. Dengan laju dia melanggar saya dan kaki dia patah. Dia mabuk dan tak sedar diri.
    Saya yang menalipon ambulan dan hantar ke hospital. Selepas itu saya membuat laporan polis. Sarjan yang mengendalikan kes ini mendapati dia bersalah.

    Sekarang dia telah mefailkan writ saman terhadap saya dan laporan yang diberikan adalah sebaliknya. Saya tidak mendapat apa apa surat dari Mahkamah tapi ada peguam yang talipon saya dan mengatakan dia wakil Tokio Insuran dan mewakili saya.

    Peguam suruh saya hadir ke mahkamah untuk memberi penerangan kerana saya di saman atas kecuaian sedangkan dia yan mabuk dan melanggar saya.

    Apakah nasihat dan boleh saya buat kerana penipuan oleh orang yang kena langar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.