Posts

Showing posts from May, 2010

TPBID: Kerajaan, Bank Negara perlu selesai segera

Oleh Mumtaz Md Nawi Pada tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan suatu skim bagi menggantikan perlindungan pihak ketiga iaitu No-Fault Liablity Scheme (NFL). Setelah mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia, persatuan-persatuan pengguna, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans, skim tersebut tidak diteruskan. Semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa BNM akan memperkenalkan dan melaksana suatu skim baru bagi perlindungan kecederaan dan kematian pihak ketiga yang dinamakan Skim Asas Perlindungan Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga (TPBID). Melalui skim TPBID ini, BNM memaklumkan bahawa suatu syarikat baru (Newco) akan ditubuhkan untuk mengawal selia skim ini. Syarikat (Newco) ini juga akan membayar ganti rugi yang dituntut oleh pemohon (mangsa kemalangan). Di bawah skim TPBID ini juga dicadangkan bahawa jumlah pampa