Posts

Showing posts from September, 2010

JENAYAH DAN KESALAHAN SIVIL

Kesilapan biasa orang awam ialah menyangka bahawa seorang pengamal undang-undang secara eksklusifnya menitik beratkan undang-undang jenayah sahaja. Pada hakikatnya undang-undang sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu jenayah dan sivil, sementara itu bahagian yang lebih besar adalah undang-undang sivil. Oleh sebab itu sifat pembahagian undang-undang ini mesti difahami dari awal dengan jelas. Perbezaan utama tidak terletak dalam sifat perbuatan salah itu sendiri, contoh suatu kesalahan jenayah mungkin juga menjadi satu kesalahan sivil. Sebagai contoh seorang pemandu bas awam telah memandu dengan cuai dan mengakibatkan kemalangan jalanraya sehingga ada kehilangan nyawa akibat tragedi tersebut. Kecuaian pemandu tersebut boleh dikira sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. Tetapi perbuatan dan tindakan beliau juga boleh disifatkan sebagai suatu tort kecuaian terhadap waris mangsa kemalangan maut tersebut dan su