Posts

Showing posts from 2011

Panik Bila Menerima Saman Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya?Apa Penyelesaian Mudahnya

Saya berterima kasih kepada pembaca budiman yang sudi memanjangkan masalah kepada saya, rata-rata semuanya berkisar kegusaran yang dialami oleh mereka yang disebabkan semata-mata dengan kehadiran dokumen saman daripada peguam yang berpunca daripada satu kemalangan jalanraya yang pernah mereka terlibat atau alami suatu ketika dulu.  Sementara itu, sebahagian daripada mereka selalunya bertanya dan meminta nasihat, pandangan dan cara bagaimana masalah mereka ini dapat diatasi dan diselesaikan, walaupun sebelum ini saya pernah menulis dan menyentuh isu ini dalam artikel yang lalu, namun saya percaya disebabkan penulisan saya terlalu berat, lebih teknikal maka apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat umum ataupun secara tepatnya pembaca budiman tidak dapat mencapai maksudnya atau difahami dengan baik.  Justeru, dikesempatan ini saya ingin meringkaskan penulisan saya yang lalu agar ia jadi lebih mudah dan santai supaya masyarakat umum dapat menerima dan memahaminya dengan mudah

Takungan Air, Kemalangan & Implikasinya

Hujung minggu lalu kebetulan hujan turun dengan lebatnya, ini mengakibatkan takungan air banyak di mana-mana kawasan termasuklah di laluan lebuhraya PLUS di sepanjang kawasan Slim River-Kuala Lumpur. Saya percaya antara faktor mengapa laluan ini mudah digenangi air adalah kerana faktor fizikal jalan yang tidak rata, cara pembuatan dan binaan lebuhraya itu terkeluar daripada standard biasa. Tidak perlu tunggu hujan lebat selama 1 jam, cukup sekadar 15 minit saya yakin laluan di situ pasti akan digenangi air dengan pantasnya. Salah satu kes yang dikemukan ke hadapan saya hujung minggu adalah kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal dan 2 biji m/kar. Saya sukar mempercayai bagaimana penunggang m/sikal itu boleh terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di beberapa anggota badan sahaja, sedangkan beliau sebenarnya telah diseret oleh sebuah m/kar sejauh 4 km jauhnya. Subahanallah!. Saya dimaklumkan kemalangan itu berpunca daripada kewujudan takungan atau lopak air di sepanjang

Jadilah Pengguna Bijak

1. Sekitar April-Mei yang lalu saya terpaksa melalui detik yang amat mencabar dalam karier dan kerjaya saya. Tidak pernah termimpi bahawa saya akan menerima ujian, cabaran dan asakan hebat daripada pesaing saya. Setiap hari pesaing itu akan mengganggu client saya sama ada melalui panggilan telefon atau menghantar bouncer semata-mata untuk memberi tekanan, mewujudkan ketakutan dan rasa tergugat dalam diri client saya, dengan objektif beliau bersedia untuk membuat pusingan u dan kembali semula mendapat khidmat dari firma guaman tersebut. 2. Sampai pada satu tahap dan peringkat client saya letih, jemu dan bosan dengan gangguan tersebut. Setiap kali beliau diganggu, saya akan menjadi tempat dia bercerita, mengadu dan meminta pandangan, sampai saya pun kadang-kadang merasa tertekan dengan semua ini kerana privasi dan hidup berkeluarga saya turut terjejas. Ini disebabkan gangguan tersebut terjadi tidak kira hari dan waktu sama ada hari bekerja, siang mahupun malam. 3. Oleh kerana gangguan

Bagaimana Mangsa Kemalangan Berperanan?

Satu sistem berjaya atau dapat beroperasi di tengah-tengah masyarakat sekiranya masyarakat itu menerima, menyokong dan mengamalkan sistem itu. Sehebat dan sekukuh mana pun pengaruh sistem itu, jika ia dipaksikan oleh sifat-sifat yang negatif seperti penipuan, manipulasi, menolong orang yang zalim, menzalimi orang yang lemah, pasti suatu hari nanti sistem itu berkubur dan akan digantikan dengan satu sistem baru yang lebih adil, budiman dan ehsan asalkan sahaja masyarakat di sekelilingnya inginkan perubahan dan perubahan itu disokong dengan jitu dan tanpa jemu oleh masyarakat itu. Sebenarnya masalah ulat, broker dan agen yang berleluasa pada masa kini yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan bukan sahaja terhadap mangsa kemalangan tetapi juga terhadap pengamal undang-undang masih boleh diatasi sekiranya individu dan masyarakat sendiri dapat menjalankan peranan mereka dengan betul tanpa putus asa. Suatu sistem tidak akan aktif dan berperanan jika masyarakat tidak menerima dan menj

Anda Berperanan Mengubahnya Jangan Sampai Sikap Dan Amalan Ini Menjadi Habit Yang Berleluasa Dalam Masyarakat

Isnin lalu saya dimaklumkan oleh rakan-rakan berkenaan suatu kemalangan yang berlaku di satu lokasi dalam kawasan Slim River, berdasarkan maklumat awal penunggang dan pembonceng berkemungkinan mendapat kecederaan parah. Saya membuat semakan di balai polis dan hospital untuk mendapatkan pengesahan maklumat tersebut. Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu m/van pihak ketiga yang memasuki jalan sah m/sikal. Kedua-dua mangsa bekerja sebagai buruh ladang dan esoknya saya diperkenalkan kepada penyelianya, penyelia itu memberitahu saya bahawa dia diberi kuasa untuk menguruskan hal dan perkara berkenaan kes kemalangan ini oleh keluarga mangsa yang berada di luar kawasan serta diberi mandat oleh mangsa sendiri. Oleh kerana saya percaya bahawa beliau ada kuasa penuh, maka saya mula memberi taklimat dan konsultansi berkaitan kes ini. Selepas itu kami terus ke hospital untuk melawat mangsa untuk melihat kecederaannya dan bagi mendapatkan mandat daripadanya

Definasi 'Jalan' Mengikut Taksiran S(2)(a)APJ 1987

Selepas posting terakhir bertajuk 'Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada' yang diposkan pada 28 Januari, 2011, saya langsung tiada bersempatan ataupun masa untuk menulis cacatan baru kerana dikepong oleh kesibukan tugasan harian, saya bekerja dari awal pagi dan hanya pulang ke rumah hampir lewat malam. Hendak membawa anak isteri berjalan-jalan mahupun menikmati makan malam di luar amat jarang berpeluang, terpaksalah anak isteri saya makan malam di rumah tanpa ketiadaan saya. Apa yang saya perhatikan isteri saya sudah mula memberi ulasan-ulasan kurang enak dan meminta saya menjadualkan semula tugasan, perancangan dan tindakan yang akan saya ambil mengikut priority a tau keutamaan kepentingan kes. Malangnya kebanyakan kes kendalian saya semua hampir pasti memasuki zon priority kerana semua sudah memasuki zon bicara ataupun perundingan penyelesaian dan ada beberapa kes utama telah selesai serta hanya menanti pembayaran pampasannya. Dalam peringkat ini saya terpaksa membuat

Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada

Suatu hari dalam minggu yang lepas, saya mendapat maklumat mengenai satu kejadian kemalangan melibatkan m/sikal dan m/kar di pekan Sungkai, dimana penunggang m/sikal mengalami cedera patah kaki kanannya. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengesan mangsa sama ada merujuk kepada pihak polis mahupun pihak hospital. Akhirnya saya berjaya mengesan mangsa dan menghubungi keluarga terdekat beliau untuk memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini bagi menjamin kepentingan mangsa sama ada untuk tindakan sivil mahupun tindakan trafik tidak tergugat. Lazimnya apabila berlakunya suatu kemalangan, jika pihak polis ada dihubungi ataupun ada laporan polis dibuat berkaitan kemalangan sama ada laporan oleh pemandu yang terlibat ataupun laporan maklumat pertama oleh keluarga mangsa yang terlibat, pihak polis akan secepat mungkin pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti, mengambil data-data dan fakta yang relevan yang wujud di tempat kejadian, mengambil gambar tempat kejadia

"Abang Tak Patut Saman Saya Sebab Saya Sudah Jual Kereta Ni Sebelum Kemalangan"

"Abang tak patut saman saya sebab saya dah jual kereta ni sebelum kemalangan" kata seorang Defendan dalam suatu tindakan Mahkamah berkaitan kemalangan. "Saya dah jual kereta 3 bulan sebelum kemalangan ini" jelasnya lebih lanjut. Saya terus bertanya "Encik ada buat pindah milik kepada pemilik baru, kalau tidak ini bermakna pada masa kemalangan itu dan juga masa kini encik adalah pemilik yang sah yang di sisi undang-undang ke atas kereta tersebut". "Encik bukan sahaja telah melanggar Akta Sewa Beli Kenderaan, tetapi juga telah melanggar kontrak dalam perjanjian Polisi Insuran dengan syarikat insuran yang menanggung risiko pihak ketiga ke atas kereta encik". "Oleh demikian, kami tidak melakukan kesilapan apabila kami menyaman encik berkaitan kes kemalangan ini kerana encik adalah pemilik yang sah kereta berkenaan, dimana encik perlu menanggung liabiliti kecuaian oleh pemandu yang memandu kereta encik walaupun encik tidak kenal ataupun tidak tah

"En. BK, Apa-apa Hal Saya Ikut Polis"

"En. BK, apa-apa hal saya ikut polis, saya dinasihatkan oleh kawan supaya semua urusan ikut polis" ini ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang pelanggan saya semasa saya menjalankan konsultansi berkaitan kes kemalangan yang melibatkan beliau baru-baru ini. Saya terdiam sejenak dan mula berfikir bagaimana keadaan ini boleh berlaku ke atas beliau, sedangkan dari segi penampilan beliau kelihatan terpelajar, segak dan berjawatan besar. Saya terus bertanya"ada sarjan cadangkan mana-mana firma guaman untuk En". beliau menjawabkan "tiada, sarjan suruh saya cari sendiri, sebenarnya saya tunggu sarjan buka mulut beritahu saya firma guaman mana yang perlu saya lantik, tapi dia langsung tak cakap apa-apa". "Oleh sebab En. BK pernah jumpa saya, saya tiada pilihan lain kecuali ambil firma En. sebagai peguam saya". Saya menarik nafas lega kerana rakan saya AIO yang mengendalikan kes berkenaan langsung tidak menyebut ataupun mencadangkan firma saya ke

Anjakan Baru Membudayakan Persefahaman dan Kepercayaan Antara Peguam dan Anakguam

Sejak 1996 saya ketika saya mula menjalankan tugasan saya, saya berpeluang berjumpa, mengenali, menyelami dan memahami beberapa karektor manusia, di sini terdapat pelbagai kelompok manusia, ada yang baik, jujur, ikhlas dan sentiasa patuh kepada nasihat yang diberikan. Tetapi wujud juga sekelompok manusia yang tidak jujur, tidak ikhlas, penipu dan sentiasa dikurung oleh sikap negatif iaitu prasangka buruk, tutur kata, pemikiran, bahasa badan dan tingkah laku mereka ini yang sentiasa penuh dengan aura prasangka dan ketidakpercayaan. Golongan ini sentiasa membelakangi nasihat dan panduan yang diberikan untuk memandu mereka ketika prosiding tindakan berlangsung, tetapi lebih teruk mereka ini bertindak sendiri dan membelakangi peguam apabila membuat laporan polis berkaitan kemalangan sendiri tanpa memberitahu, berbincang dan merujuk kepada peguam, memberi maklumat dan dokumen kes sesuka hati kepada mana-mana pihak tanpa nasihat dan pengetahuan peguam. Di sini saya ingin menekan betapa sikap

2011 Apakah sasaran Gol Anda?

2010 selamat melabuhkan tirainya pada 31.12 jam 11:59:59, muncul pula 2011 genap jam 12:00 membuka tirai menandakan masa tetap berlalu seperti semalam, hari ini dan esok, apa yang berubah hanyalah catitan tarikhnya, namun detik dan masa tetap sama terus laju meninggalkan kita. Flashback atau menyorot kembali ke belakang, 2010 penuh duri dan ranjau, terlalu banyak peristiwa pahit yang mendatangkan satu pengalaman baru dan merupakan ujian hebat umpama satu peperiksaan setiap hujang tahun bagi pelajar. Alhamdullih bagaimanapun hebat, getir dan besar ujian tersebut, akhirnya saya berupaya melepasinya dan sekali lagi pada 2011 ini saya bersedia untuk menerima ujian dan cabaran-cabaran baru dalam bentuk pelbagai variasi sama ada dalam kehidupan peribadi, karier dan kerjaya saya. Saya sudah bertekad membulatkan hati dan mempertingkatkan motivasi diri selain berserah dan bertawakal kepadaNya, saya percaya saya akan mampu keluar dari apa jua kemelut dan menguruskan apa jua bentuk risiko serta