Posts

Showing posts from June, 2011

Takungan Air, Kemalangan & Implikasinya

Hujung minggu lalu kebetulan hujan turun dengan lebatnya, ini mengakibatkan takungan air banyak di mana-mana kawasan termasuklah di laluan lebuhraya PLUS di sepanjang kawasan Slim River-Kuala Lumpur. Saya percaya antara faktor mengapa laluan ini mudah digenangi air adalah kerana faktor fizikal jalan yang tidak rata, cara pembuatan dan binaan lebuhraya itu terkeluar daripada standard biasa. Tidak perlu tunggu hujan lebat selama 1 jam, cukup sekadar 15 minit saya yakin laluan di situ pasti akan digenangi air dengan pantasnya. Salah satu kes yang dikemukan ke hadapan saya hujung minggu adalah kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal dan 2 biji m/kar. Saya sukar mempercayai bagaimana penunggang m/sikal itu boleh terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di beberapa anggota badan sahaja, sedangkan beliau sebenarnya telah diseret oleh sebuah m/kar sejauh 4 km jauhnya. Subahanallah!. Saya dimaklumkan kemalangan itu berpunca daripada kewujudan takungan atau lopak air di sepanjang