Posts

Showing posts from September, 2011

Panik Bila Menerima Saman Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya?Apa Penyelesaian Mudahnya

Saya berterima kasih kepada pembaca budiman yang sudi memanjangkan masalah kepada saya, rata-rata semuanya berkisar kegusaran yang dialami oleh mereka yang disebabkan semata-mata dengan kehadiran dokumen saman daripada peguam yang berpunca daripada satu kemalangan jalanraya yang pernah mereka terlibat atau alami suatu ketika dulu. 
Sementara itu, sebahagian daripada mereka selalunya bertanya dan meminta nasihat, pandangan dan cara bagaimana masalah mereka ini dapat diatasi dan diselesaikan, walaupun sebelum ini saya pernah menulis dan menyentuh isu ini dalam artikel yang lalu, namun saya percaya disebabkan penulisan saya terlalu berat, lebih teknikal maka apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat umum ataupun secara tepatnya pembaca budiman tidak dapat mencapai maksudnya atau difahami dengan baik. 
Justeru, dikesempatan ini saya ingin meringkaskan penulisan saya yang lalu agar ia jadi lebih mudah dan santai supaya masyarakat umum dapat menerima dan memahaminya dengan mudah. Perka…