Panik Bila Menerima Saman Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya?Apa Penyelesaian Mudahnya

Saya berterima kasih kepada pembaca budiman yang sudi memanjangkan masalah kepada saya, rata-rata semuanya berkisar kegusaran yang dialami oleh mereka yang disebabkan semata-mata dengan kehadiran dokumen saman daripada peguam yang berpunca daripada satu kemalangan jalanraya yang pernah mereka terlibat atau alami suatu ketika dulu. 

Sementara itu, sebahagian daripada mereka selalunya bertanya dan meminta nasihat, pandangan dan cara bagaimana masalah mereka ini dapat diatasi dan diselesaikan, walaupun sebelum ini saya pernah menulis dan menyentuh isu ini dalam artikel yang lalu, namun saya percaya disebabkan penulisan saya terlalu berat, lebih teknikal maka apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat umum ataupun secara tepatnya pembaca budiman tidak dapat mencapai maksudnya atau difahami dengan baik. 

Justeru, dikesempatan ini saya ingin meringkaskan penulisan saya yang lalu agar ia jadi lebih mudah dan santai supaya masyarakat umum dapat menerima dan memahaminya dengan mudah. Perkara utama yang ingin disentuh dengan lebih awal ialah mengenai dokumen saman itu. Secara teknikal dan perundangan, saman kes kemalangan adalah satu saman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah melalui permohonan oleh peguamcara pihak Plaintif sama seperti saman sivil dalam kes hutang, perbankan, pengusiran keluar dari premis, saman gantirugi kecuaian dan kerugian.

Oleh demikian, saman ini mestilah disampaikan secara sempurna kepada pihak Defendan (orang yang kena saman) samaada melalui penyampaian kediri (secara tangan) ataupun melalui penyampaian AR Pos Berdaftar. Sebaik sahaja Defendan merakui penyampaian saman itu samaada dengan menandatangani salinan saman ataupun kad akuan penerimaan pos berdaftar, peguamcara Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian ke dalam mahkamah bagi membolehkan apa-apa tindakan Penghakiman Ingkar dapat diambil ke atas Defendan jika beliau gagal hadir pada tarikh sebutan yang ditetapkan dalam saman itu.

Bagaimanapun, dalam kes saman kemalangan jalanraya, sekiranya kenderaan Defendan samaada m/sikal, m/kar atau apajua kenderaan bermotor ada perlindungan insuran pada masa matan (masa kemalangan), maka adalah kewajipan kepada peguamcara Plaintif untuk memberi Notis 96 (2) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 kepada syarikat insuran yang melindungi kenderaan berkenaan yang memaklumkan bahawa anakguamnya ingin memulakan satu tindakan undang-undang terhadap pemandu dan/atau pemilik kenderaan yang sedang dilindungi oleh syarikat insuran berkenaan. Tanpa penyampaian notis ini kepada syarikat insuran, maka saman ini yang diambil ini adalah tidak sah dan memberi apa-apa kesan kepada syarikat insuran tersebut.

 Apabila Defendan yang kenderaannya dilindungi oleh syarikat insuran berkenaan telah menerima dan memperakui penerimaan saman tersebut, beliau haruslah dengan segera yang mungkin memaklum ataupun memberi notis berkenaan kewujudan saman itu kepada syarikat insuran yang melindungi kenderaannya tersebut. Kebiasaannya atau amalan biasa dalam kes kemalangan jalanraya, sebaik sahaja syarikat insuran dimaklumi atau menerima notis berkenaan tersebut, mereka dengan segera yang boleh akan melantik peguamcara untuk melindungi semua kepentingan syarikat insuran berkenaan dalam kes tersebut sekaligus peguamcara ini akan bertindak mewakili Defendan dalam kes kemalangan itu bagi mengelakkan sebarang penghakiman interlokutori ataupun penghakiman ingkar dimasukkan ke atas Defendan pada tarikh sebutan yang ditetapkan dalam saman itu.

Sebaik sahaja peguamcara Defendan dilantik mereka akan menulis kepada peguamcara Plaintif berhubung perlantikan itu dan memohon pihaknya dibekalkan semua maklumat dan dokumen berkenaan kes berkenaan supaya mereka ada akses untuk membela tindakan tersebut. Sebelum memfailkan apa-apa Pernyataan Pembelaan, peguamcara Defendan akan menghubungi Defendan samaada secara langsung ataupun dengan memberi notis yang meminta Defendan hadir ke pejabat mereka untuk ditemuduga dan dirakamkan percakapannya berkaitan kemalangan itu. Anda dinasihatkan supaya bercakap benar, tidak menyembunyikan apa-apa fakta dan maklumat yang ada dalam pengetahuan anda berkenaan kejadian kemalangan itu, ini kerana keterangan dan maklumat anda adalah asas dan tiang kepada Pembelaan yang akan difailkan oleh peguam tersebut. Pliding Pembelaan mestilah tidak terkeluar dari landasan pada bila-bila masa sama ada ketika perbicaraan ataupun pengulungan hujah oleh peguam. Jika panduan tidak jelas bagaimana untuk memandu dan membela kes ini secara konkritnya.


Elakkan berbohong ataupun membohongi peguam anda kerana tindakan ini akan menjejaskan pliding Pembelaan yang akan difailkan serta akan melebarkan peluang anda untuk kalah secara teknikal dalam kes tersebut. Langkah seterusnya, selesai seisi temuduga itu, anda perlu sabar menunggu tarikh pendengaran atau perbicaraan kes. Anda diingatkan supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dan disoalbalas berhubung keterangan berkaitan kemalangan berpandukan kepada ekshibit laporan polis yang buat pada masa kemalangan tersebut. Jangan sesekali memandang ringan kepada notis meminta anda hadir ke mahkamah pada tarikh bicara berkenaan, kerana tanpa kehadiran anda, mahkamah boleh memutuskan kes tersebut dengan hanya menerima dan merujuk kepada keterangan dan versi Plaintif (penuntut) tanpa dipersoalkan. Ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada kes ini, dimana kemungkinan besar syarikat insuran terpaksa menjelaskan apa-apa bayaran penghakiman, kos dan lain-lain relif yang diputuskan kena bayar oleh mahkamah disebabkan kegagalan anda tersebut. 


Perlu anda ambil perhatian, meskipun syarikat insuran yang akan membayar apa-apa pampasan, penghakiman, kos, faedah dan lain-lain relif yang diakibatkan oleh liabiliti pemandu kenderaan yang dilindungi itu, tetapi anda tertakluk dan terikat kepada perjanjian polisi insuran yang menghendaki anda memberi kerjasama penuh, tidak mengaku salah dan akan bersama-sama syarikat insuran untuk melawan dan mempertahankan kepentingan insuran dalam apa jua prosiding yang terbit akibat kemalangan yang berpunca dari cara pemanduan kenderaan yang dilindungi tersebut. Ditegaskan disini, jika anda melanggar ataupun terkeluar dari maksud perjanjian polisi insuran ini, maka akhirnya syarikat insuran berhak untuk menuntut apa-apa kerugian yang mereka alami terutamanya berkenaan bayaran pampasan, penghakiman, kos, faedah yang terpaksa dibayar kepada Plaintif semata-mata disebabkan kelalaian dan kecuaian anda untuk hadir pada hari pendengaran kes tersebut daripada anda pemegang polisi insuran kenderaan yang disaman oleh peguamcara Plaintif tersebut. Lebih malang lagi saman yang diambil oleh syarikat insuran ini kesannya adalah secara terus kepada anda tanpa anda dapat mengalihkannya kepada pihak ketiga yang lain, dimana anda sendiri yang akan melantik peguam, menanggung kos tindakan dan membayar apa-apa bayaran penghakiman, faedah dan lain-lain relif kerana saman ini adalah saman hutang di antara anda dan syarikat insuran yang melindungi kenderaan anda itu.








Comments

  1. assalamualaikum..

    Isteri saya terlibat dalam kemalangan hujung tahun lepas. ketika itu kereta beliau dibawah perlindungan insuran AM ASSURANCE.. kini beliau mendaftarkan kereta beliau dibawah perlindugan kurnia insuran. baru-baru ini beliau menerima saman sivil akibat kemalangan tersebut. pihak insuran manakah yang harus dihubungi? pihak insuran ketika kemalangan atau pihak insuran sekarang. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wasalam.,

    En perlu menghubungi Am Assurance untuk memanjangkan tindakan saman sivil ini. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk info yg amat bermanfaat.. saya akan menghadirkan diri ke mahkamah akibat kes kemalangan yang lalu...jadi sedikit risau kerana kemalangan ini akibat daripada kecuaian saya ketika memandu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh cerita apa yang berlaku di mahkamah time tu? Ayah saya dapat surah hadir mahkamah daripada JPJ akibat kemalangan.

      Delete
  4. tiada apa yang perlu puan risaukan,ini kerana pihak insuran akan melantik peguamcara untuk melawan kes ini dan akan menanggung segala liabiliti dalam tindakan ini.

    ReplyDelete
  5. sy terlibat dlm kemalangan di mana motor yang melanggar saya tiada cukai jalan yang sah (tamat tempoh) dn tiada insuran. kami sama2 buat repot di mana beliau mengaku kesalahan beliau. namun beliau enggan membayar ganti rugi kepada saya dn elakkan diri. apa yang harus saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara boleh memfailkan saman sivil di mahkamah

      Delete
  6. Mcm ne yea klu defenden 2 org tp salah sorang dh meninggal dunia..dan xdpt hadir mahkamah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman itu perlu diteruskan melalui pemilik berdaftar kenderaan tersebut

      Delete
    2. Defenden ke 2 wajib dtg ke?

      Delete
  7. saya akan hadir ke mahkamah minggu depan.bagaimana ye saya rasa kemalangan akibat kecuaian saya.adakah saya yg akan disaman.sy dibawah lindungan insurance.saya tak pernah masuk mahkamah dan saya benar2 takut.adakah saya perlu mengaku salah atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak penanggung insuran akan melantik peguam, saudari perlu beri kerjasama penuh, itu sahaja

      Delete
  8. salam en boleh tak saya nak minta no en. ada perkara yang saya nak tanya secara personal. ini mengenai kes saman penipuan terhadap saya yg disebabkan oleh orang tengah atau runner

    ReplyDelete
  9. Saya seorang pelajar yang baru kemalangan ..orang yang saya langgar merupakan polis tetapi dia tidak memakai pakaian polis semasa kejadian..apakah tindakan yang akan diambil oleh saya?apa langkah langkah yang perlu diambil lagi...ini merupakan kejadian pertama bagi saya..rasanya kena dalam 5k..boleh kah dikurangkan sebab adik beradik saya semua masih belajar dan gaji emak saya rm900 sebulan bagi menampung kami semua..boleh membuat rayuan?polis yang saya langgar itu telah dipotong kaki nya..harap balas..secepat mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada tindakan lain kecuali rujuk hal ini kepada syarikat yang melindungi kenderaan saudara

      Delete
  10. Salam en. Selalunya kes saman sivil kemalangan mengambil masa berapa lama perbicaraan kes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia subjektif bergantung kepada kecekapan & kelicinan pentadbiran kes oleh peguam, biasa dalam masa 15-24 bulan untuk penyelesain di mahkamah rendah

      Delete
  11. Bagaimana pulak pihak yg didapati bersalah dlm kemalangan itu memandu kenderaan yg bukan miliknya dan beliau juga tidak memiliki lesen memandu...ini situasi berlaku keatas diri saya dan sy bercadang ingin mengemukakan tindakan keatas kecederaan yg sy alami akibat kecuaian pemandu tersebut

    ReplyDelete
  12. en..maaf sy nk brtnye.suami sy trlibat kemalngan moto yg mnyebabkn beliau mngalami kecederaan teruk di kepala,buta sblh mata,dan skrg trpksa dirujuk di psikiatri.kesalahan bkn dr pihak suami namun beliau xde lesen moto.namun pihak peguam kami ad fight utk pihak insurans moto y melanggar suami. sudah 3 thn berlalu dan akn masuk prbicaraan x lame lg. adakah kes suami sy bole menang? suami sy dah di sahkn mngalami kecacatan kekal..

    ReplyDelete
  13. en..maaf sy nk brtnye.suami sy trlibat kemalngan moto yg mnyebabkn beliau mngalami kecederaan teruk di kepala,buta sblh mata,dan skrg trpksa dirujuk di psikiatri.kesalahan bkn dr pihak suami namun beliau xde lesen moto.namun pihak peguam kami ad fight utk pihak insurans moto y melanggar suami. sudah 3 thn berlalu dan akn masuk prbicaraan x lame lg. adakah kes suami sy bole menang? suami sy dah di sahkn mngalami kecacatan kekal..

    ReplyDelete
  14. salam,

    Saya kemalangan pada Feb tahun lepas. Baru2 ini, saya menerima surat daripada lawyer (dilantik oleh ejen insurance kereta saya) untuk hadir ke mahkamah bagi process perbicaraan.
    Saya sedang mengandung 9 bulan & saya menetap di KL (perlu hadir ke mahkamah di JB). Ibu saya adalah pemilik kereta tersebut & tidak berapa sihat. Saya adalah pemandu semasa kejadian kemlangan. Ketika itu saya memandu berseorang & tiada saksi.

    (1) Wajibkah saya hadir ke mahkamah? Ibu saya pula tidak berapa sihat.
    (2) Adakah saya akan disoal seperti penjenayah di mahkamah? Atau peguam akan menjawab semua soalan bg pihak saya?
    (3) Berapa lama kes ini akan selesai?
    (4) Adakah selepas ini kes akan ditutup selepas bayaran dibuat?

    Harap dapat menjawab soalan saya. Saya tidak mahu susahkan ibu saya.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  15. salam tuan, baru2 ni kereta suami saya terbabit dlm kemalangan antara kereta dan motor. tetapi bukan suami saya yang bawa kereta tp org yang tidak dikenali kerana dia meminjam kereta suami saya dgn kawan suami kerana pada masa itu kereta suami berada dgn kwn. Jd suami saya dipanggil polis utk buat statment kerana polis kata org yang kena langgar nak claim insuran, jd suami saya mls nak panjang cerita dia pun bgtau polis yang dia bg kebenaran bawa kereta. kami ingatkan benda dah settle tp rupanya lps 6 bln kejadian org yg kena langgar saman suami saya,dia menuntut pampasan. Pening memikir jumlah tuntutan yang diminta. suami saya terjerat dengan statment yg dibuat iaitu dia memberi kebenaran org tu bawa kereta dia. apa yang perlu suami saya buat. Sedih jgk bila memikirkan bukan kesalahan suami tp suami terpaksa menanggung. Harap pihak tuan dpt memberi sedikit pandangan.

    ReplyDelete
  16. Salam. Kereta isteri telah dilanggar dari belakang oleh seorang pemuda menaiki motor. Kos pembaikan adalah sekitar RM2k. Jadi saya rasa lebih baik saya baiki sendiri tanpa membuat tuntutan insurans kerana tidak mahu mengganggu NCD 55%. Soalan saya, bagaimana saya hendak dapatkan ganti rugi daripada pemunya motor tadi?
    Saya ada terlihat tentang saman sivil tapi bagaimana caranya? Apa pilihan saya yang lain, sekiranya ada?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Salaam tuan. Sy terlibat dgn kemalangan pada 20/1/2017 lepas akibat kecuaian pihak lain yang melanggar lampu isyarat merah. Keputusan polis sudah diperolehi dan dia telah disaman. Masalah timbul apabila insurance sy declare kereta sy total lost dan maximum coverage cuma rm26000. Sedangkan loan bank ada lagi rm34000. Jadi untuk mengelakkan kerugian pada pihak sy, bolehkah sy failkan saman sivil terhadap pesalah terbabit untuk menuntut pihaknya agar menaggung kerugian yg saya alami disebabkan kecuaian pihaknya?

    ReplyDelete
  18. Salam tuan. Saya telah terlibat fengan kemalangan iaitu sebuah motosikal melanggar dari belakang. Ketika itu saya masih berhenti di lampu syarat hendak masuk ke kanan .
    Saya menerima surat dr pihak peguam supaya hadir ke mahkamah.
    Pihak yg melanggar itu cedera dan dia menuntut insuran saya.
    Dia telah mengubah statement agar kesalahan itu puncanya dr saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan..sy juga telah mendapat nsib seperti puan..boeh puan kongsikan kpada sy pengalaman puan utk menyelesaikan masalah ini

      Delete
  19. Terima kasih tuan atas penerangan

    ReplyDelete
  20. Tuan,

    saya telah menerima satu waran hari ini menyatakan saya telah terlibat dalam kemalagan di pulau piang.

    namun saya tidak pernah terlibat dalam kemalagan dan tidak pernah ke pulau pinag padahal pada tarikh tersebut saya telah berkerja di salak tinggi selangor habis shift malam n pulang ke rumah pada padi 4am dan pulang ke shift pagi pada pukul 8am .

    saya tidak faham dan memerlukan nasihat.

    sekian harap pihak tuan/puan dapat membantu saya.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  21. As salam tuan, sy telah terlibat kemalangan motorsikal di Batu Tiga Shah Alam pd 7.10.2015 dan telah menerima surat saman utk hadir perbicaraan pd bln 1 thn dpn.. Persoalannya skrg kenapa slps dua tahun baru hendak dibicarakan? Kenapa tidak pd thn kemalangan itu terjadi? Minta pendapat dan penjelasan agar sy faham ttg keadaan ini.. Teima Kasih..

    ReplyDelete
  22. as salam encik,,kawan saya(perempuan)ada masalah kemalangan pada tahun dec 2014,semasa hendak parking di kawasan rumah kedai,dan kawasan tersebut sedikit berbukit dia terlanggar kereta yang telah parking,kereta tersebut merupakan kereta singapore dan mewah,,semasa perbincangan,pemilik kereta singapore mengajak kwn sy settle tepi,dan menyatakn dia settle kereta dia dan kwn sy settle kwn sy,,tetapi 2 2 membuat laporan polis tentang kejadian terbabit,,skrg ada surat menuntut byran sebanyak rm42k dari plaintif,,perlu ke kwn sy hadir ke mahkamah pd tarikh yg di sebut?apakah cara2 utk membantu kwn sy memandangkn jumlah yg di saman terlalu banyak.,kereta yg dilanggar hanya tayar bocor dan tiada calar.

    ReplyDelete
  23. Assalam..sya ada kes kemalangan 5 tahun lepas. Hari ini terima saman sivil. Tuntutan dr syarikat sekolah memandu. Mmng kemalangan berlaku ats kecuaian sya. Sya pun dh lupa berkenaan kemalangan tersebut samada kenderaan sya pd masa tersebut ada roadtax atau tidak. Mohon bantuan

    ReplyDelete
  24. Baru2 ni sy terlibat dlm kemalangan di mana kereta yang melanggar saya tiada cukai jalan yang sah (tamat tempoh) dn tiada insuran 3 tahun. pada mulanya beliau ingin mbayar ganti rugi kereta sy sblm kwn2nye smpai.N then selepas kwn2 beliau smpai, kwn2 beliau ckp xpe dia buat report. beliau enggan membayar ganti rugi kereta saya . Kereta sy totallost. Apa yang harus saya lakukan?

    ReplyDelete
  25. salam saya nak baru2 kereta saya di langar oleh lori pungut sampah dan majlis tersebut tidak mahu bertangung jawab dan driver yg bertugas telah di buang kerja ada patut saya bt saman sivil terhadap majlis daerah

    ReplyDelete
  26. Mengapa begitu banyak soalan tidak dijawab? Komen saya jika ada insurans sila hubungi pihak insurans anda selepas menerima saman sivil berkaitan kemalangan. Sebarang kemusykilan boleh tanya peguam syarikat insurans. Saya baru menerima saman tuntutan bayaran kecederaan dan ganti rugi dari pihak motosikal yang melanggar kereta saya. Beliau yang melanggar lampu merah tetapi sudah tentu beliau mengatakan saya yang melanggar lampu merah. Saya serahkan kepada Syarikat Insuran untuk menguruskannya. Anda tidak semestinya hadir dimahkamah dan boleh wakilkan kepada peguam syarikat insurans anda. Bagaimanapun untuk membantu kes and mungkin diminta hadir. Kes saya yang lepas hanya peguam insurans yang hadir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saya nk tanya ape kesudahan untuk kes nie ya, ape yg akan jadi keputusan mahkamah? Apa Akan jadi jika pihak defenden(peguam insurance) itu kalah dalam dgn pihak plaintif (penyaman)

      Delete
  27. assalamualaikum..tuan/puan..maaf nk bertanya..mcm mana yaa kes tuan/puan itu di selesaikan?situasi yg tuan/puan pnh hadapi ini sama dgn kes kakak sy skrg..lps 3 tahun pegawai polis dari ipd call beritahu kes masih blm selesai dan esk pegawai mereka akn beri surat utk di bicara..mohon tuan/puan kongsikan dgn sy knp boleh jd begini dan mcm mana tuan/puan handle..terimakasih

    ReplyDelete
  28. salam tuan , ayah saya dapat surat saman sivil dari budak yang melanggar kereta ayah saya,. dlm repot jelas kecuaian budak yg langgar dari belakang kereta ayah sy, tp sekarang budak tu pula ambil tindakan nk claim insuran ayah. Untuk tindakan seterusnya ayah sy kena berjumpa dgn syrikat insurannya dan ada apa2 kos yang dikenakan oleh pihak insuran ke utk urusan itu, atau pihak insuran yg uruskan semuanya termasuk urusan peguambela tanpa dikenakan bayaran kepada defenden .

    ReplyDelete
  29. SALAM TUAN, macam mana jika kes kecuaian motosikal terhadap kereta, boleh saman ke atas kecuaian motosikal tersebut? tapi saya telah buat claim atas insurans kereta saya. cuma agak terkilan apabila owner motosikal seolah melarikan diri apabila saya mintak dia pergi buat akuan sumpah untuk menyelamatkan NCD 55% saya transfer daripada kereta lama. sekarang saya terpaksa tanggung NCD tersebut selama 7 tahun atas kecuaian owner motosikal tersebut.

    ReplyDelete
  30. Selamat petang Tuan
    Tuan masa MCO tadi sy telah terima surat saman dari firma Guaman saman sivil kemalangan, Abg ipar sy terbabit dlm kemalangan pd tahun 2016 mengunakan kereta atas nama wife sy. Pihak yg terbabit kemalangan telah menuntut ganti rugi diatas Abg ipar sy(pemandu dependent 1dan wife sy depend 2) kereta ini ada pelindungan insurance soalan sy kenapa pihak plantif buat tuntutan kpd kami, Harap tuan dpt memberi pandangan.. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.