Posts

Showing posts from 2012

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Image
Ramai orang berpendapat bahawa kaedah pengiraan bagi award pampasan kecederaan badan adalah satu hitungan yang boleh dibuat atau dihitung secara mudah, ringkas dan semberono. Hakikatnya pengamal undang-undang akan mempertimbangkan segala sudut, kemungkinan, fakta dan mengkaji bukti yang dikemukan sama ada dalam bentuk bertulis, bergambar mahupun keterangan lisan. Kebiasaannya bukti dokumentasi dan bercetak yang diterima pakai dalam justifikasi ini adalah laporan perubatan awal, laporan pakar dan  gambar kecederaan yang disahkan benar.  Daripada fakta, keterangan dan bukti yang dikemukan tadi, barulah seorang pengamal undang-undang boleh merujuk dan memadankan kes ini dengan  nas undang-undang terdahulu bagi menetapkan satu nilai pampasan yang munasabah, adil, mengikut pasaran semasa dan terkini. Kriteria penting yang selalu diambil kira dalam pengiraan award pampasan adalah seperti berikut:- Umur Jantina  Pekerjaan Kecederaan sama ada ringan atau berat sesuatu kecederaan Kes

Hakikatnya Siapa Yang Mendapat Manafaat Berlebihan Dalam Kes Tuntutan Insuran?

Minggu lepas ada beberapa isu yang hendak saya kongsi dengan pembaca sekalian, pertama adalah mengenai nasib malang waris mangsa kemalangan maut yang mendakwa menjadi mangsa penipuan firma guaman yang mengurus dan mengendalikan kes tuntutan mereka. Isu kedua adalah prosedur, cara dan amalan yang betul dan sah mengikut undang-undang Malaysia jika anda berniat untuk bernikah di luar negara termasuklah di sempadan Thailand, bagi mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari seperti pendaftaran nikah bagi membolehkan anak pasangan diberi sijil lahir dan menjamin hak-hak isteri dan anak tersebut untuk mewarisi harta pusaka dari ayah dan suami. Oleh kerana isu kedua ini hanya melibatkan kepentingan dalam skala kecil iaitu hanya melibatkan kepentingan institusi kekeluargaan, maka saya lebih fokus dan berminat untuk berkongsi pengalaman, memberi tips dan nasihat untuk isu pertama iaitu bagaimana dan apakah cara yang betul untuk mendapatkan  pampasan bagi gantirugi dalam kes kemalangan jal

Apakah Sistem "WSS"

2 minggu lepas semasa menghadiri mesyuarat bersama rakan kongsi firma, dalam suasana yang begitu serius saya telah dimaklumkan, diberi arahan dan penegasan betapa sistem "WSS" telah mula aktif beroperasi di mahkamah rendah dalam lingkungan sekitar kawasan Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor dalam pengendalian perbicaraan kes "Runner Matters" (tuntutan insuran akibat kemalangan jalanraya). Bagaimanapun amalan biasa dalam sistem pengurusan mahkamah bahawa sistem ini pasti akan merebak dan diterima pakai sebagai presiden kes oleh mahkamah rendah di  negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.  Hasil daripada penerapan sistem ini, peguamcara plaintif (penuntut) mahupun peguamcara defendan (penentang) pasti mengalami tekanan kerja hampir 100% dari paras biasa kerana melalui sistem ini suatu kes yang telah disenaraikan dan ditetapkan untuk perbicaraan mestilah lengkap dan sempurna dari segi pengumpulan fakta-fakta, keterangan-keterangan, dokumentasi dan mengenal

Individu Yang Disaman Trafik Juga Berhak Membawa Tuntutan Sivil (Insuran) Terhadap Pihak Ketiga

Dalam suatu kemalangan jalanraya, Pegawai Penyiasat Trafik akan menjalankan siasatan berdasarkan kepada laporan polis pengadu, rakaman percakapan, lawatan segera ke lokasi kejadian untuk mencatitkan butiran dan untuk menjumpai seberapa banyak bukti yang wujud di tempat kejadian. Justeru, adalah penting di sini untuk dihujahkan bahawa Pegawai Penyiasat Trafik (IO) bukanlah individu yang mempunyai remedi atau hak yang sah di sisi undang-undang untuk memutuskan pihak manakah yang bersalah dalam suatu kejadian kemalangan jalanraya. Perlu diingatkan bahawa Pegawai Penyiasat Trafik hanya pegawai kerajaan yang menjalankan siasatan terhadap aduan kemalangan tersebut, beliau bertugas untuk menyiasat dan mencari seberapa banyak bukti untuk dijadikan asas kepada pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS). Apabila siasatan beliau lengkap, beliau perlu merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan pendakwaan sekiranya ada bukti dan asas yang mencukupi untuk tujuan tersebut.  Bagai