Posts

Showing posts from August, 2012

Apakah Sistem "WSS"

2 minggu lepas semasa menghadiri mesyuarat bersama rakan kongsi firma, dalam suasana yang begitu serius saya telah dimaklumkan, diberi arahan dan penegasan betapa sistem "WSS" telah mula aktif beroperasi di mahkamah rendah dalam lingkungan sekitar kawasan Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor dalam pengendalian perbicaraan kes "Runner Matters" (tuntutan insuran akibat kemalangan jalanraya). Bagaimanapun amalan biasa dalam sistem pengurusan mahkamah bahawa sistem ini pasti akan merebak dan diterima pakai sebagai presiden kes oleh mahkamah rendah di  negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.  Hasil daripada penerapan sistem ini, peguamcara plaintif (penuntut) mahupun peguamcara defendan (penentang) pasti mengalami tekanan kerja hampir 100% dari paras biasa kerana melalui sistem ini suatu kes yang telah disenaraikan dan ditetapkan untuk perbicaraan mestilah lengkap dan sempurna dari segi pengumpulan fakta-fakta, keterangan-keterangan, dokumentasi dan mengenal