Posts

Showing posts from October, 2012

Hakikatnya Siapa Yang Mendapat Manafaat Berlebihan Dalam Kes Tuntutan Insuran?

Minggu lepas ada beberapa isu yang hendak saya kongsi dengan pembaca sekalian, pertama adalah mengenai nasib malang waris mangsa kemalangan maut yang mendakwa menjadi mangsa penipuan firma guaman yang mengurus dan mengendalikan kes tuntutan mereka. Isu kedua adalah prosedur, cara dan amalan yang betul dan sah mengikut undang-undang Malaysia jika anda berniat untuk bernikah di luar negara termasuklah di sempadan Thailand, bagi mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari seperti pendaftaran nikah bagi membolehkan anak pasangan diberi sijil lahir dan menjamin hak-hak isteri dan anak tersebut untuk mewarisi harta pusaka dari ayah dan suami. Oleh kerana isu kedua ini hanya melibatkan kepentingan dalam skala kecil iaitu hanya melibatkan kepentingan institusi kekeluargaan, maka saya lebih fokus dan berminat untuk berkongsi pengalaman, memberi tips dan nasihat untuk isu pertama iaitu bagaimana dan apakah cara yang betul untuk mendapatkan  pampasan bagi gantirugi dalam kes kemalangan jal