Posts

Showing posts from December, 2012

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Image
Ramai orang berpendapat bahawa kaedah pengiraan bagi award pampasan kecederaan badan adalah satu hitungan yang boleh dibuat atau dihitung secara mudah, ringkas dan semberono. Hakikatnya pengamal undang-undang akan mempertimbangkan segala sudut, kemungkinan, fakta dan mengkaji bukti yang dikemukan sama ada dalam bentuk bertulis, bergambar mahupun keterangan lisan. Kebiasaannya bukti dokumentasi dan bercetak yang diterima pakai dalam justifikasi ini adalah laporan perubatan awal, laporan pakar dan  gambar kecederaan yang disahkan benar.  Daripada fakta, keterangan dan bukti yang dikemukan tadi, barulah seorang pengamal undang-undang boleh merujuk dan memadankan kes ini dengan  nas undang-undang terdahulu bagi menetapkan satu nilai pampasan yang munasabah, adil, mengikut pasaran semasa dan terkini. Kriteria penting yang selalu diambil kira dalam pengiraan award pampasan adalah seperti berikut:- Umur Jantina  Pekerjaan Kecederaan sama ada ringan atau berat sesuatu kecederaan Kes