Posts

Showing posts from 2013

ISU DUAL REPRESENTASI, KITA HARUS BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

Apakah definasi representasi? representasi mengikut kamus undang-undang adalah bermaksud diwakili oleh peguambela atau peguamcara dalam suatu kausa tindakan mahkamah. Sementara itu pula dual bermaksud lebih dari satu, jadi maksud yang ingin dicapai bagi perkataan "Dual Representasi" adalah perlantikan perwakilan peguambela dan peguamcara melebihi dari satu peguam dalam suatu kausa tindakan.
Dalam artikel ini saya hanya bercadang untuk menyentuh isu dual representasi terhad kepada kes tindakan sivil sahaja, dimana Plaintif atau Defendan hanya dibenarkan direpresentasikan oleh seorang peguam sahaja pada satu-satu masa. Ini bermakna jika Plaintif atau Defendan diwakili oleh peguam A di peringkat awal kes, kemudianya jika beliau tidak berpuashati dengan prestasi, pencapaian dan perkhidmatan yang diberikan oleh peguam A, maka beliau boleh dan dibenarkan oleh undang-undang untuk melantik peguam baru bagi mengambil alih kes tersebut. Bagaimanapun beliau perlu terlebih dahulu memohon…

Takungan Air di Laluan Lebuhraya Mengakibatkan Kemalangan dan Implikasinya

Hujung minggu yang lalu, cuaca buruk melanda di kebanyakkan kawasan di semenanjung, hujan lebat dan tiupan angin yang kuat adalah perkara lazim diperkatakan mengenai cuaca buruk tersebut. Situasi ini biasanya akan mengakibatkan satu keadaan dimana paras air menjadi lebih banyak dari biasa dan satu kawasan takungan air wujud di beberapa kawasan di sepanjang lebuhraya PLUS Utara-Selatan.

Faktor utama kepada masalah kewujudan takungan air yang banyak di sepanjang lebuhraya PLUS terutamanya di laluan sepanjang Slim River-Kuala Lumpur adalah kerana kualiti turupan dan binaan lebuhraya tersebut berada di bawah standard biasa. Jelas kelihatan turapan tidak sekata, kualiti tar yang rendah dengan mudah mengakibatkan air bertakung dengan pantas terutamanya apabila hujan turun dengan lebat walaupun dalam tempoh masa yang singkat kerana aliran air tidak dapat bergerak dengan lancar masuk ke longkang di tepi laluan lebuhraya tersebut.

Takungan air yang banyak boleh mengakibatkan kemalangan yang b…

CEK PAMPASAN SAYA BILA NAK DAPAT...?

Siapa yang tidak suka kepada wang?Siapa yang tidak inginkan wang?Rasanya anda semua mungkin dapat bersetuju bahawa semua orang suka dan ingin wang, ini adalah hakikatnya. Selama saya terlibat dalam kerjaya ini kira-kira selama 16 tahun, cabaran getir dan sukar yang terpaksa saya yang melaluinya, walaupun sebenarnya saya amat-amat tidak sukakannya, ialah berdepan dengan pertanyaan pelanggan para pelanggan saya "bila cek pampasan saya nak dapat"?
Tetapi biasanya dalam situasi ini, saya selalu positif dan melayani pertanyaan pelanggan saya dengan cara berhemah dan membimbing mereka supaya mereka dapat memahami bahawa pengeluaran cek pampasan bukanlah suatu urusan mudah, ringkas dan semborono kerana ia perlu melalui proses perundangan serta dibuat secara teratur dan terperinci. Rata-rata mereka akan menghantui saya dengan soalan keramat ini seminggu atau paling lama 2 minggu  selepas kami merekodkan penghakiman persetujuan atau penghakiman lain oleh hakim perbicaraan. Sebenarnya …

ANDA BERPERANAN UTAMA, KITA MAMPU MELAKUKAN TRANSFORMASI INI

Apabila kita merujuk kepada suatu dimensi transformasi, agak janggal jika agendanya kita tidak mengemblengkan kepada kekuatan masyarakat sivil yang menjadi nadi dan tunjang kepada suatu sistem dalam negara ini. Dalam konteks isu gejala penipuan atau kecurangan dari segi pemotongan bayaran fee guaman dan kos tindakan yang dibuat secara curang, zalim, berganda dan melampau yang berleluasa pada hari ini oleh mana-mana firma guaman, kita sebenarnya ada jawapan dan penyelesaian untuk masalah ini tetapi gagal untuk diterjemahkan kepada bentuk tindakan yang lebih spesifik, jelas, teratur dan berkesan.

Suka ditegaskan sekiranya anda pembaca budiman sekalian terlibat dalam suatu kemalangan dan anda pula berhasrat untuk memulakan apa-apa prosiding sivil bagi mendapatkan remedi gantirugi sama ada bagi kerugian, kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan dan kematian daripada syarikat insuran pihak ketiga, maka hak anda untuk melantik mana-mana peguamcara yang mungkin anda sukai adalah te…

ZN BIKERS ACCESSORIES & REPAIR

Image
Berbanding artikel sebelum ini, penulisan kali ini memberi fokus promosi kepada rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan pertolongan kepada kami dalam menguruskan dan mengendalikan permintaan, keperluan, kerenah dan ragam pelanggan terutamanya apabila melibatkan urusan baik pulih motorsikal yang terlibat dalam kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini betapa pentingnya anda sebagai Paintif dalam suatu kes sivil untuk melepaskan beban bukti yang dipikul dibahu anda, ini termasuklah beban pembuktian untuk kos baik pulih motorsikal anda.


Anda semua sedia maklumkan bahawa pada masa kini kos untuk baik pulih sesebuah motorsikal yang rosak akibat kemalangan semakin mahal berbanding dahulu. Ini kerana ia bergantung rapat kepada tahap kerosakan, keperluan alat ganti, kerumitan, masa dan jenama motorsikal itu sendiri. Rata-ratanya pada masa ini jalanraya di Malaysia dilambaki dengan jenama Yamaha seperti model LC, 125ZR, Legenda, Novo. Manakala itu untuk jenama Honda, mod…

Bagaimana Anda Boleh Berjaya Mendapatkan Pampasan Gantirugi Khas Secara Maksima

Kebanyakan orang yang saya temui semasa saya menjalankan tugasan saya setidak-tidaknya berfikir ataupun ada anggapan bahawa tuntutan insuran akibat kemalangan adalah satu tuntutan yang mudah, ringkas dan paling utama mesti dapat nilai pampasan yang amat tinggi tanpa perlu pemeriksaan ke atas dokumen, keterangan dan bukti yang nyata. Umpamanya bila mereka ingin pampasan maksima ke atas kos membaiki motorsikal, mereka berpendapat adalah cukup sekadar kemukakan bil atau resit membaiki motorsikal semata-mata. Sebenarnya pendapat ini adalah satu pendapat yang salah dan amat bertentangan dengan prinsip undang-undang dan prosedur tuntutan.
Perlu diingatkan bahawa satu-satu dokumen yang diterima atau dipersetujui dalam kes ini ialah bil dan resit perubatan itupun hanya yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan. Saya masih ingat ketika saya bertugas sebagai paralegal di firma guaman yang menjadi panel utama syarikat insuran terkemuka di negara ini pada tahun 2004 - 2009, tugas hakiki dan utama…

Apabila Kezaliman Semakin Berleluasa, Adakah Kita Mempunyai Pilihan Yang Secukupnya?

Agak lama saya tidak menulis apa-apa catitan dalam blog ini, bukan merajuk atau tidak berminat untuk menulis tetapi ada kekangan kerja dan jadual tugasan yang padat. Saya kembali terpanggil untuk menulis atau sekurang-kurang ada minat yang kuat untuk menulis apabila menerima kiriman e-mail dari pembaca blog ini, beliau memaklumkan permasalahan beliau seperti berikut:- 
"salam ,

saya ada satu petanyaan .sy telah melantik satu syarikat guaman bagi menguruskan kes kemalangan bagi isteri saya

dan pihak insurans telah bersetuju untuk mebuat bayaran pampasan sebanyak 80000 ,kes settle tanpa perbicaraan .

masalahnya sy kurang bersetuju dengan kos yg dikena kn pihak guaman iaitu sebanyak 42500

detail kos yg dikenakan ada seperti berikut :

settlement :rm 80000
fees             :rm16000
6% tax         :rm 960


1:Traveling expenses,miscellaneous
(POSTAGE,FAXES,TELEPHONE CALL ETC:RM 5500
2:LOAN                                                …