ISU DUAL REPRESENTASI, KITA HARUS BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

Apakah definasi representasi? representasi mengikut kamus undang-undang adalah bermaksud diwakili oleh peguambela atau peguamcara dalam suatu kausa tindakan mahkamah. Sementara itu pula dual bermaksud lebih dari satu, jadi maksud yang ingin dicapai bagi perkataan "Dual Representasi" adalah perlantikan perwakilan peguambela dan peguamcara melebihi dari satu peguam dalam suatu kausa tindakan.

Dalam artikel ini saya hanya bercadang untuk menyentuh isu dual representasi terhad kepada kes tindakan sivil sahaja, dimana Plaintif atau Defendan hanya dibenarkan direpresentasikan oleh seorang peguam sahaja pada satu-satu masa. Ini bermakna jika Plaintif atau Defendan diwakili oleh peguam A di peringkat awal kes, kemudianya jika beliau tidak berpuashati dengan prestasi, pencapaian dan perkhidmatan yang diberikan oleh peguam A, maka beliau boleh dan dibenarkan oleh undang-undang untuk melantik peguam baru bagi mengambil alih kes tersebut. Bagaimanapun beliau perlu terlebih dahulu memohon kebenaran dan persetujuan peguam A berhubung perlantikan peguam baru tersebut dengan menyelesaikan isu penting terutamanya yuran guaman dan kos tindakan setakat mana peringkat kes tersebut sedang berjalan.

Dalam situasi istimewa demi memelihara kepentingan dan mendaulatkan hak Plaintif, maka seorang Plaintif pada bila-bila masa dan pada mana-mana peringkat tindakan boleh membatalkan representasi peguamcaranya dengan alasan yang munasabah seperti berikut:-

  • Peguamcara itu tidak berupaya mengendalikan kes itu dengan adil;
  • Kes tidak dikendalikan dengan cekap, teratur dan efisian; 
  • Kes tertangguh terlalu lama tanpa jawapan dan penyelesaian; dan
  • Tidak mendapat layanan dan perkhidmatan yang baik dan memuaskan.
Apabila Plaintif berpuashati bahawa beliau benar-benar diprejudiskan dengan mengekalkan peguamcara lama, maka beliau bolehlah berfikir untuk melantik peguamcara baru untuk mengambil alih kes tersebut. Tetapi apa yang mustahak Plaintif perlu terlebih dahulu  melakukan tindakan berikut demi untuk mengelakkan sebarang penganiayaan dan kezaliman kepada mana-mana pihak termasuk kepada peguamcara lama tersebut:-
  • Menjelaskan bayaran fee guaman setakat mana peringkat yang dikendalikan oleh peguamcara lama; 
  • Menjelaskan bayaran kos dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh peguamcara lama seperti perbelanjaan mendapatkan dokumen, kos pengangkutan, kos penyampaian, kos telekomunikasi, kos fee pemfailan mahkamah, kos elauan saksi dan upah lain yang berkaitan;
  • Mengembalikan semula pinjaman jika ada pinjaman untuk bayaran bil hospital, pembedahan, implant dan membaik pulih kenderaan
Malangnya pada hari ini, kebanyakan orang lebih suka memilih untuk menzalimi orang lain apabila ada peluang berbuat demikian dengan memperdaya, menipu dan menafikan hak orang lain kerana kebanyakan kejadian pembatalan peguamcara ini selalu disusuli dengan sikap tidak bertanggungjawab Plaintif yang enggan, ingkar dan lari untuk menjelaskan hutang mereka sama ada untuk bayaran fee, kos tindakan dan pinjaman kepada peguamcara lama mereka. 

Jawapan atau jalan keluar kepada masalah ini adalah cukup mudah. Kita harus belajar untuk menilai diri sendiri, perlu jujur kepada hati dan jiwa, adakah kita gembira dan rela jika kita berada pada kedudukan dan tempat peguamcara yang dibatalkan itu dengan tanpa menjelaskan fee guaman dan kos tindakan mereka, sedangkan mereka telah mencurahkan sepenuh tenaga, jiwa, masa dan wang ringgit semata-mata untuk membela dan membawa kepentingan kita semua. Tetapi apabila kes kita berada pada tahap selesa kita mula lupa diri dan bertindak membatalkan mereka tanpa memberi sebarang bayaran upah dan kos perbelanjaan yang telahpun dikeluarkan oleh mereka

Mungkin anda gembira dengan wang pampasan yang banyak tetapi ingatlah sesungguhnya wang pampasan itu tidak diberkati malahan dicela oleh Allah SWT kerana sikap dan tindakan anda yang menipu dan menzalimi hak orang lain, sedangkan anda tahu setiap perkara, kerja dan tindakan dalam dunia ini tiada yang percuma semua perlu berbayar. Hutang kepada Allah SWT kita boleh jelaskan dengan bertaubat dan  beramal soleh, tetapi hutang sesama manusia akan dibawa ke akhirat untuk dihakimi dan dijelaskan secara tunai di hadapan Allah yang maha adil.  

Gejala membatalkan represtasi peguamcara secara semberono ini selalu didorong oleh faktor-faktor seperti berikut:-

  1. Plaintif seorang yang tidak berpendirian, goyah dan mudah dipujuk rayu oleh agen, wakil dan runner yang sentiasa berkeliaran di wad hospital; 
  2. Plaintif mudah disogok dengan pemberian wang ringgit (sebenarnya pinjaman dengan kadar faedah yang tidak tidak dimaklumkan oleh agen,wakil atau runner), walaupun kadangkala mereka sebenarnya tidak memerlukan pemberian wang ini; 
  3. Plaintif lebih berminat untuk mempercayai maklumat-maklumat yang longgar dan tidak berpaksikan kepada fakta, keadaan dan realiti yang wujud dalam kes itu, contoh seorang mangsa yang mengalami kepatahan tulang femur telah melantik peguam A, kemudian membatalkan peguam A semata-mata peguam tersebut memberi nasihat dan pandangan bahawa gantirugi yang sesuai untuk kepatahan femur adalah dalam anggaran nilai 30K - 45K, tetapi peguam B mendakwa dia boleh mendapatkan pampasan jauh lebih tinggi iaitu melebihi 100K untuk kecederaan yang sama. Justeru itu mangsa itu pun beralih arah melantik peguamcara B dan membatalkan peguamcara A.

Bagi mengindari gejala ini berleluasa pada masa depan, saya menasihati anda jika anda seorang mangsa kemalangan jalanraya dan ingin melantik represtasi peguamcara dalam kes, anda perlu mengambil langkah dan tindakan seperti berikut demi untuk kejayaan dan keberkatan wang pampasan anda:-
  • Membuka saluran informasi yang seluas-luasnya;
  • Menerima dan sudi berjumpa dengan mana-mana wakil atau peguam untuk mendapatkan pandangan, proposal dan maklumat yang mencukupi untuk perbandingan; 
  • Semak dan teliti semua maklumat dan proposal yang anda terima dengan secara terbuka dan mendalam;
  • Jangan tunduk dan takut kepada paksaan, tekanan dan ugutan mana-mana termasuklah oleh pegawai penyiasat trafik; 
  • Berhati-hati dengan maklumat yang berlebihan, over confident dan nilai atau angka pampasan yang tidak munasabah;
  • Buat semakan dan saringan terhadap firma guaman yang anda berminat untuk melantikya sebagai represtasi dalam kes anda;
  • Dapatkan jaminan bertulis mengenai pembayaran fee guaman dan kos tindakan sebelum anda bersetuju menurunkan tandatangan surat perlantikan represtasi peguamcara, berhati-hati dengan jaminan mulut atau lisan oleh agen, runner atau wakil firma guaman kerana selalu maklumat mereka selalu bercanggah dengan represtasi peguam anda.
Hakikat sebenarnya anda tidak beruntung apatah lagi mendapat pampasan yang berlipat ganda bila anda melakukan dual representasi peguamcara dalam kes anda, malahan isu ini akan menjejaskan kelicinan dan kelancaran kes anda kerana syarikat insuran biasa akan membekukan semua proses dan prosiding yang sedang berjalan untuk suatu tuntutan selagi isu dual representasi ini tidak diatasi dan dimuktamad oleh Plaintif. Selain itu anda juga terpaksa menanggung bayaran fee guaman dan kos tindakan secara berganda kerana perlu membayar fee guaman dan kos tindakan kepada peguamcara A dan peguamcara B, sedangkan kedua-dua mereka mengendalikan urusan dan masalah kes yang sama. Orang yang mendapat keuntungan dalam situasi dan gejala ini adalah penjual tahi minyak (agen, runner dan wakil guaman) yang mendapatkan keuntungan dengan perlantikan pelbagai dual representasi ini kerana mereka tidak terikat kepada satu firma guaman malahan mewakili pelbagai nama dan gaya firma guaman yang berbeza-beza. jadi fikir-fikirkan sebelum bertindak semoga anda mendapat hidayah dan petunjuk dariNya.
 



Comments

  1. salam saya ingin bertanya berkenaan agen/runner pihak guaman ini ?

    1) Bagaimana hendak memprofesional kan agen@runner ini ?

    2) Bolehkah agen/runner guaman ini bekerjasama dgn pihak hospital ?

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam En. Phua Chu Din, tentu saja boleh jika ada usaha dan kesungguhan untuk berbuat demikian. Tetapi perlu ada perubahan sikap dan keikhlasan. Saya fikir agen/runner guaman boleh diprofesionalkan sekiranya:-

    1. Agen/Runner bersedia menimba ilmu perundangan terutama teknikal dan teori kerana segelintir besar agen/runner ketika menjalankan urusniaga tidak memberi maklumat dan gambaran yang tepat. Maklumat yang diberi lebih kepada muslihat dan gula-gula supaya mangsa kemalangan bersetuju lantik peguam yang diwakilinya;

    2. Boleh asalkan dijalankan secara telus dan beretika demi sifat kemanusian dan bantu membantu

    ReplyDelete
  3. TAHUN BARU PINJAMAN TAWARAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI JESSICABROWNFINANCEFIRM !!!

    Kami ingin semua pelanggan kami yang dihormati tahun baru gembira, dan mengalu-alukan anda semua untuk syarikat pinjaman pinjaman global kami. Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja-pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini dalam tahun 2017 berbanding sebelum ini. Kami adalah sebuah organisasi syarikat pinjaman global; kita adalah yang paling cepat bahawa apa-apa pinjaman kepada individu yang layak, syarikat swasta dan orang ramai pada kadar faedah 4% tanpa cagaran.

    Hubungi kami hari ini untuk permintaan pinjaman anda melalui e-mel: jessicabrownfinancefirm@gmail.com PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    ========================== ======
    * Commercial Lending.
    * Pinjaman peribadi.
    * Perniagaan Kredit.
    * Pinjaman Pelaburan.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pinjaman Hasil.
    * Pembinaan Pinjaman.
    * Pinjaman Perniagaan Dan lain-lain lagi:
                                                                                BORANG PINJAMAN:
                                                                           =================
    DATA PERMOHONAN
    1) Nama Penuh:
    2) Tempoh pinjaman:
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Status perkahwinan:
    6) Tempat Kerja:
    7) Nombor Telefon:
    8) Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Nama Facebook:
    11) Agama:
    12) Tarikh lahir:
    13¬) Kemudian kaum kerabat

    Selamat sejahtera.
    Pengarah Pinjaman: MRS JESSICA BROWN
    Regional kepala ibu pejabat Alamat: Nehru Place 13th Floor Eros Corporate Tower New Delhi 110 019.INDIA
     


    Jessicabrownfinancefirm - Copyright © 2017. Hak Cipta Terpelihara

    ReplyDelete
  4. KABAR BAIK
    Pertama saya ingin mengatakan jika Anda takut akan berhasil, Anda tidak akan berhasil bahkan jika kesempatan datang murah dan gratis, semuanya dimulai pada malam yang dingin sementara di tempat tidur saya pergi melalui internet hanya untuk lelah sehingga saya bisa tidur setelah lama hari di bank mencoba untuk mengamankan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru bagi mereka yang mungkin tahu bank ini, saya mencoba dan setelah dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam waktu 30 hari yang bagi saya seperti selamanya jadi sementara pada saya ranjang berpikir mungkin tindakan berikutnya saya menemukan cerita tertentu tentang cara mendapatkan pinjaman dan pada tingkat yang sangat rendah 2% dengan nama-nama perusahaan sebagai perusahaan pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu nyata jadi saya menyelidiki lebih jauh dan datang di seorang wanita bernama Nadia Sisworo bersaksi bagaimana dia mendapatkan pinjaman dengan rincian banknya semua ditampilkan jadi saya mengirim email dan kami berbicara, kami mengobrol dan dia meminta saya untuk menghubungi perusahaan ibu rossa bahwa jika rumah saya nyata dan identitas saya mungkin beruntung mendapatkan pinjaman jadi saya mengirim email ke ibu Rossastanleyloancompany@gmail.com Whatsapp + 19145295708tentang kondisi saya dan formulir pinjaman diberikan saya mengisi dan mengajukan permohonan pinjaman sebesar Rp350.000,00,00 dan sisanya untuk Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari perusahaan induk rossa sehingga orang-orang terkasih jika Anda memiliki beban keuangan yang tulus atau ingin mengembangkan bisnis Anda jangan ragu untuk bertemu ibu rossa untuk bantuan saya yakin Rp350.000.000,00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika Anda masih ragu-ragu biaya untuk menelepon atau WhatsApp saya di +6282385590743 atau menulis saya di hadiemi64@gmail.com dan facebook di Hadi emi dan saya akan membuktikan kepada Anda ibu nyata

    ReplyDelete
  5. Selamat Datang di Perusahaan Pinjaman Rossa Stanley

    Hubungi perusahaan pinjaman dengan rekam jejak pencairan pinjaman dan daftar global pemberi kredit di seluruh dunia, di perusahaan peminjaman rossa stanley stabilitas keuangan Anda adalah tujuan kami, kami memberikan pinjaman kepada

    1) Individu
    2) Bekerja sama badan
    3) Perusahaan terbatas.
    4) Pinjaman pribadi.
    5) Pinjaman investasi.
    6) Pinjaman Konstruksi.
    7) Pinjaman Hipotek.
    Hubungi kami sekarang melalui media berikut,

    Email: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Direktur Telp: +1(914)529-5708
    Whats-app: +1(914)529-5708
    Manajer operasi Tel: (+1) 2133153118
    Instagram Resmi: rossastanleyloan
    Twitter Resmi: Rossastanlyloan
    Facebook Resmi: Rossa Stanley Favor
    Alamat kantor pusat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
    Kode pos: 32801
    Terdaftar di bawah pengawasan hukum industri Florida,
    ATAU
    Isi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan segera membalas Anda, Kami tersedia 24 jam setiap hari.

    DATA PEMOHON
    1) Nama Lengkap:
    2) Tanggal lahir:
    3) Alamat:
    4) Nomor jaminan sosial:
    5) Nomor Aplikasi Whats:
    6) Pekerjaan:
    7) Nomor Telepon:
    8) Posisi di tempat kerja:
    9) Penghasilan Bulanan:
    10) Jumlah Pinjaman yang Diperlukan:
    11) Durasi Pinjaman:
    12) Nama Facebook:
    13) Status Perkawinan:
    14) Agama:
    15) Negara:
    16) Jenis Kelamin:
    17) Kecacatan Apa Pun
    18 Sudahkah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya? Jika ya, sebutkan nama perusahaan pinjaman tersebut

    SALAM,
    Favor Mrs.Rossa Stanley
    CEO ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    Email rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  6. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.