ZN BIKERS ACCESSORIES & REPAIR

Berbanding artikel sebelum ini, penulisan kali ini memberi fokus promosi kepada rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan pertolongan kepada kami dalam menguruskan dan mengendalikan permintaan, keperluan, kerenah dan ragam pelanggan terutamanya apabila melibatkan urusan baik pulih motorsikal yang terlibat dalam kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini betapa pentingnya anda sebagai Paintif dalam suatu kes sivil untuk melepaskan beban bukti yang dipikul dibahu anda, ini termasuklah beban pembuktian untuk kos baik pulih motorsikal anda.



Anda semua sedia maklumkan bahawa pada masa kini kos untuk baik pulih sesebuah motorsikal yang rosak akibat kemalangan semakin mahal berbanding dahulu. Ini kerana ia bergantung rapat kepada tahap kerosakan, keperluan alat ganti, kerumitan, masa dan jenama motorsikal itu sendiri. Rata-ratanya pada masa ini jalanraya di Malaysia dilambaki dengan jenama Yamaha seperti model LC, 125ZR, Legenda, Novo. Manakala itu untuk jenama Honda, model paling popularnya adalah Honda Ex-5 Dream dan Honda Wave. Daripada semua ini model Honda Ex-5 adalah model yang paling efisian dan ekonomi dari segi penyelenggaraan dan kos membaik pulih, malangnya jenama ini semakin terpinggir akibat peredaran zaman dan kepesatan teknologi permotoran. 
 
Bagi melindungi dan memastikan setiap sen yang anda belanja untuk kos baik pulih motorsikal anda terjamin, anda perlu memilih bengkel yang sesuai, tepat dan mengetahui selok belok urusan insuran terutamanya melibatkan keperluan dari segi kemahiran dokumentasi, bukti, keterangan sama ada lisan mahupun bercetak dan paling utama bersedia dicabar dalam perbicaraan di mahkamah sebagai saksi Plaintif. Tidak perlu membazir wang hanya semata-mata untuk membaiki motorsikal yang rosak akibat kemalangan, tetapi kemudiannya gagal untuk mendapat balik wang dibelanjakan itu kerana masalah dokumentasi tuntutan yang lemah, tidak lengkap dan teratur. Memburukkan lagi keadaan sekiranya pembuat dokumen (bil baik pulih) itu takut dan/atau enggan hadir untuk diperiksa oleh mahkamah akan kandungan dan kesahihan dokumen tersebut.

Justeru itu, sekiranya anda ingin melindungi tuntutan kos membaik pulih motorsikal anda pada tahap tertinggi, kami mencadangkan anda untuk pergi berkenalan dan mengenali bengkel ZN BIKERS ACCESSORIES & REPAIR. Walaupun bunyinya agak janggal dan merujuk kepada motorsikal superbike, sebenarnya ZN BIKERS ACCESSORIES & REPAIR ini sinomin dengan motorsikal 150cc ke bawah. Premis ZN BIKERS ACCESSORIES & REPAIR terletak di No. 30B Bangunan MARA, Jalan Haji Mustaffa Raja Kemala, 35900 Tanjung Malim, Perak. No. Tel. 019-3596351. Mungkin masalah kos baik pulih motorsikal anda dapat di atasi di sini, Insyallah.


 


Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.