Kelahiran Facebook Fan Page Karlz Kampau

Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan keizinan dari-Nya maka saya walaupun begitu sibuk dengan urusan pekerjaan tetapi masih dapat mencuri masa dan kesempatan untuk melahirkan satu medium baru untuk saya berinterasi secara efisien dengan pembaca iaitu di Facebook Fan Page Karlz Kampau. Selawat dan salam juga kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. 

Jutaan terima kasih kepada adik saya Muhammad Firdaus bin Zainun, pembantu saya Luqman Nul Hakim bin Mohd Zaini dan juga pembantu sambilan saya Muhammad Aiman Hakim bin Mohd Zaini kerana selama ini banyak memberi sokongan kepada saya sama ada dalam bentuk material, tenaga dan moral. 

Pembaca budiman, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Tanpa anda semua, blog ini termasuk semua artikel-artikelnya tidak akan menjadi bermakna. Kerana sokongan dan tindak balas daripada anda semua saya menjadi lebih bersemangat, lebih kuat dan berkeupayaan untuk meneruskan misi, visi dan objektif kepada perjuangan hidup saya. 

Demi kerana anda semua dan bagi memudahkan anda berhubung dan berinteraksi dengan saya, maka saya yang buta IT telah menjadi sedikit celik dengan mencuba wadah baru penulisan saya di Fan Page Karlz Kampau. Fan Page ini boleh dicapai melalui link https://www.facebook.com/karlzkampau75/. Saya berharap anda semua akan sentiasa memberi sokongan seperti biasa. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.