Posts

Showing posts from 2016

APA ITU LITIGASI FRAUD?

1. Mutakhir ini tuntutan palsu atau litigasi fraud berkaitan kes kemalangan jalanraya sudah kerap dikesan sama ada oleh pihak syarikat insuran, mahkamah, pegawai penyiasat dan  peguamcara sendiri. Kenapa ianya menjadi trendy? kerana ianya satu jalan mudah untuk mendapatkan wang pampasan yang banyak.   2. Definasi fraud merujuk kepada Kamus Undang-undang adalah nyataan palsu tentang sesuatu penyataan atau perlakuan yang dibuat dengan tujuan memperolehi kelebihan material. Justeru situ ecara mudah dan ringkasnya kes fraud ini  boleh dikatakan adalah satu tuntutan atau litigasi palsu atau bercanggah dengan undang-undang yang dibawa oleh litigan dengan tujuan untuk menipu pihak insuran bagi mendapat faedah material.   3. Objektif litigasi fraud dalam kes sivil accident adalah untuk mendapatkan pampasan gantirugi yang sebenarnya tidak sah dari segi undang-undang, tidak suci dari segi agama dan moral walaupun dibuat mengikut saluran undang-undang yang sah.   4. Siapakah litiga

PEGUAM TIDAK KALAH DARI SEGI PROFESIONALISMENYA TETAPI TEWAS DARI SEGI KETELUSAN

Kenapa tajuk di atas menarik perhatian saya? dari sisi pandangan saya ramai orang keliru dan berprejudis kepada tugasan dan profesionalisme seorang peguam semasa mereka beramal dan menjalankan tugasnya sebagai pengamal undang-undang. Saya percaya 100% tanpa sedikit ragu dan menegaskan bahawa peguam di negara ini sangat profesional semasa mereka menjalankan tugas mereka.  Hari ini saya mendapati ramai orang menghubungi saya semata-mata untuk mendapatkan pandangan mengenai jumlah kuantum pampasan, seolah-olah mereka tidak percaya atau setidak-tidaknya berasa ragu dan prejudis kepada kemampuan dan profesionalisme peguam yang mereka lantik sendiri untuk menangani kes mereka di mahkamah.  Saya tidak mengalakkan sikap ini kerana kebimbangan ini tidak tepat dan tidak bertempat. Perlu anda memahami dan percaya bahawa peguam anda mempunyai segala kelebihan dan akses penuh kepada maklumat, dokumen dan bukti dalam kes anda, justeru itu anda sebenarnya tidak memerlukan lagi satu opinion k

NEGARA KITA PERLU ADA LEBIH RAMAI ORANG BERBANDING SEORANG SHAHRIL

Negara kita tidak kekurangan orang yang baik dan mulia, tetapi ia tidak selalu menonjol kerana sikap dan pendirian kita yang mementingkan diri sendiri dan bersifat defensif. Buktinya apabila berlaku suatu kecelakaan jalanraya, lihatlah betapa ramai orang berpusu-pusu mengerumuni lokasi kejadian dengan pelbagai tujuan dan maksud tertentu. Ada yang datang sekadar memberi bantuan, ada yang melihat dan ada juga sekadar menjadi pemberita alam maya untuk menjadi orang yang pertama viral berita kemalangan itu.  Tetapi anda mungkin lupa bahawa selain daripada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, pertolongan yang paling utama diperlukan oleh mangsa selain daripada bantuan perubatan ialah bantuan untuk menjadi saksi kejadian. Kita tanya kepada diri sendiri betapa banyaknya kejadian langgar lari atau kes kemalangan yang tidak mempunyai bukti kerana ketiadaan saksi yang tampil untuk memberi bantuan keterangan. Sedangkan dalam apa jua kes keterangan dan bukti sangat diutamakan. Kesannya p

PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH ATAU SETTLEMENT OF ACTION

Alhamdulillah setelah sekian lama hajat dan niat untuk menulis isu dan topik ini tertunda mungkin sudah tertunda sejak beberapa minggu yang lalu, akhirnya di pagi ahad yang damai ini saya menemui masa yang cukup baik untuk menulis.  Saya bukan penulis sepenuh masa ataupun dibantu oleh beberapa orang admin untuk menyelenggara dan mengemaskinikan blog ini. Saya menulis untuk menyampaikan visi, idealisme dan berkongsi pengetahuan dan maklumat yang saya ada dengan pengunjung blog ini. Oleh itu saya cuma dapat menulis isu atau topik baru apabila saya benar-benar bersedia dan lapang daripada sebarang aktiviti. Di sini saya cuma ingin membicarakan atau menyentuh isu berkaitan penyelesaian luar mahkamah cuma setakat bagi kes kemalangan jalanraya sahaja, kerana setiap kes sivil lain mempunyai kaedah, tatacara, proses, pendekatan dan isu undang-undang yang berbeza. Saya sengaja memilih isu dan topik ini kerana saya mendapati topik ini begitu popular, saya bukan sahaja ditanyai topik ini

FAHAMILAH DULU INSPIRASI KARLZ KAMPAU

Marilah kita hidup sebagai muslim, beramal, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi juga sebagai muslim. Islam mendidik dan memberi  kita panduan dan tatacara hidup sebagai muslim, bukan hanya kepada imej luaran dan pemakaian semata-mata. Tapi Rasullah telah memberi guideline, panduan, nasihat dan contoh kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang komunikasi, adap dan etika, sosialogi, politik, bisnes, kepimpinan, peperangan dan ketenteraan. Islam bukan semata-mata hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga hubungan dan menjaga kepentingan manusia sejagat. Saya tidak menolak untuk berkerjasama dengan sesiapapun yang boleh memahami inspirasi dan menyokong objektif serta matlamat perjuangan saya. Saya percaya Rasulullah SAW telah memberi panduan, contoh, tauladan dan etika dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Apa yang saya fahami kita wajib memberi perkhidmatan atau menawarkan perniagaan dengan tujuan utama untuk kebaikan masyarakat dan keredhoan Allah, bukan demi untuk menjaga

RINGKASAN MUDAH BAGAIMANA PAMPASAN ANDA DITAKSIRKAN DALAM ISU LIABILITI DAN KUANTUM

Image
Persoalan popular yang sering diajukan oleh pembaca kepada saya berkisar dan berkaitan kepada berapa nilai pampasan yang adil, musabah dan patut mereka terima untuk kecederaan akibat kemalangan. Tapi mereka tidak pula ambil peduli berkaitan kepentingan transaksi dan perjanjian bertulis untuk pemotongan yuran guaman. Majoriti pembaca yang menghubungi saya memberitahu mereka tidak dibekalkan surat jaminan untuk pemotongan yuran oleh peguam dan mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah pemotongan itu. Tapi mereka sangat bimbang kalau award pampasan kecederaan yang ditawarkan itu lebih rendah dari nilai pasaran semasa.  Persepsi ini adalah satu persepsi yang salah, nilai pampasan kecederaan walaupun bukan bersifat tetap tetapi anjal, ianya masih dibuat atau setidak-tidak ditaksirkan dalam skala yang munasabah berdasarkan kepada kes-kes semasa yang dibicarakan pada semua peringkat mahkamah dari yang tinggi Mahkamah Persekutuan sehinggalah mahkamah rendah seperti Mahkamah Majistret. 

KENAPA KARLZ KAMPAU? APA OBJEKTIFNYA

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan dan mempunyai masa untuk menulis artikel terbaru atau mengemaskini blog saya. Seiring dengan bertambahnya usia, begitu juga tanggungjawab dan komitmen saya kepada kerjaya dan keluarga. Rutin dan jadual kerja saya begitu padat sehingga kadangkala terlajak sehingga ke hari minggu, walaupun isteri saya begitu memahami kerja dan kesibukan saya, namun kadangkala dia juga meluahkan rasa dan keprihatinannya bahawa saya perlu berehat untuk mengumpulkan kekuatan dan kecerdasan.  Sejak dulu lagi saya kerap disapa dan ditanya oleh pembaca, mereka keliru dengan nama pena saya Karlz Kampau. Paling lucu ada yang menyangka saya bukan orang melayu dan beragama islam. Tapi saya tidak pernah menjawab atau sekurang-kurangnya memberi maklum balas kepada pertanyaan dan persoalan itu. Tetapi apabila semakin kerap pertanyaan serupa berulang dan berputar dari seorang pembaca kepada pembaca yang lain, akhirnya memilih untuk menjawab pertanyaan anda semua dalam penu

CATITAN PENGEMBARA

03 jun yang lalu saya sempat menaiki bas awam untuk perjalanan destinasi Medan - Pekanbaru yang memakan masa 16 jam perjalanan. Saya boleh menaiki pesawat, tetapi saya sengaja memilih menaiki bas awam ini semata-mata untuk mendapat pengalaman perjalanan dan menikmati panaurama alam, meninjau cara hidup dan kegiatan masyarakat serta melihat kemudahan infrasuktur yang disediakan di oleh pemerintah Indonesia. Saya insaf di Malaysia kita menikmati kemudahan infrasuktur yang baik, bagus dan selesa. Kerajaan telah menyediakan jaringan lebuhraya dan jalan raya yang baik dan selesa. walaupun akhir-akhir ini kualiti turapan jalan agak kurang memuaskan, tetapi ia masih selesa   dan baik berbanding apa yang ditawarkan di sini. Meskipun begitu pengguna jalan raya di sini mempunyai sikap toleransi, timbang rasa dan consideration yang sangat tinggi. Jaringan jalan raya yang sempit dan sesak dengan kenderaan bukanlah alasan untuk mengaitkannya dengan kekerapan berlakunya kemalangan jalan raya.

LANGKAH BIJAKSANA SEBELUM MELANTIK PEGUAM KES KEMALANGAN

Image
Saya berulangkali ditanya oleh pembaca tentang bagaimana cara dan tips yang betul serta bijaksana dalam proses melantik peguam dalam kes kemalangan. Mereka sangat prihatin dan bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau sekurang-kurangnya mereka tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan yang keterlaluan ke atas mereka.  Jujurnya pengambilan atau pemotongan jumlah sebanyak 25%-30%  daripada nilai cek pampasan pelanggan sebenarnya sudah amat memadai dan sangat menguntungkan peguam. Dalam keadaan ini mereka tidak perlu lagi melakukan pemotongan lain secara tipu helah, manipulasi, paksaan dan secara tersembunyi kerana apa yang mereka dapat lebih daripada mencukupi. Tetapi ada sesetengah daripadanya terpaksa melakukan pemotongan tidak telus ini kerana terpaksa menampung dan membayar kos komisen yang sangat tinggi dan tidak masuk akal yang diminta oleh pihak berkepentingan seperti agen, runner, orang tengah, informer dan polis demi memastikan survival perniagaan atau mengekalkan daya

POLIGAMI, PROSEDUR DAN IMPLIKASINYA

POLIGAMI Definasi poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan isteri berbilang dalam satu masa. Menurut Kamus Dewan Bahasa poligami adalah amalan beristeri lebih dari seorang dalam satu masa. Poligami ini sangat disukai dan dirindui oleh lelaki@suami, tetapi sangat dibenci dan musuhi oleh kaum hawa@isteri. Apa jua pandangan masyarakat terhadap isu ini, sebenarnya terpulang kepada kefahamanan dan pola pemikiran masing-masing. Dari segi hukum Allah SWT membenarkan amalan poligami ini kepada lelaki yang berkemampuan, diulang sekali lagi kepada lelaki yang berkemampuan bukan kepada semua lelaki. POLIGAMI DARI SEGI UNDANG-UNDANG Dari segi perundangan atau lebih tepat Enekmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga di Malaysia membenarkan amalan ini, tetapi mestilah melalui saluran dan prosedur yang betul dan dibenarkan. Permohonan kebenaran untuk berpoligami mesti dibuat kepada Mahkamah Syariah untuk diperiksa dan dibahaskan terutama dari sudut keadilan, kemampuan dan keupaya