Posts

Showing posts from January, 2016

LANGKAH BIJAKSANA SEBELUM MELANTIK PEGUAM KES KEMALANGAN

Image
Saya berulangkali ditanya oleh pembaca tentang bagaimana cara dan tips yang betul serta bijaksana dalam proses melantik peguam dalam kes kemalangan. Mereka sangat prihatin dan bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau sekurang-kurangnya mereka tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan yang keterlaluan ke atas mereka.  Jujurnya pengambilan atau pemotongan jumlah sebanyak 25%-30%  daripada nilai cek pampasan pelanggan sebenarnya sudah amat memadai dan sangat menguntungkan peguam. Dalam keadaan ini mereka tidak perlu lagi melakukan pemotongan lain secara tipu helah, manipulasi, paksaan dan secara tersembunyi kerana apa yang mereka dapat lebih daripada mencukupi. Tetapi ada sesetengah daripadanya terpaksa melakukan pemotongan tidak telus ini kerana terpaksa menampung dan membayar kos komisen yang sangat tinggi dan tidak masuk akal yang diminta oleh pihak berkepentingan seperti agen, runner, orang tengah, informer dan polis demi memastikan survival perniagaan atau mengekalkan daya

POLIGAMI, PROSEDUR DAN IMPLIKASINYA

POLIGAMI Definasi poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan isteri berbilang dalam satu masa. Menurut Kamus Dewan Bahasa poligami adalah amalan beristeri lebih dari seorang dalam satu masa. Poligami ini sangat disukai dan dirindui oleh lelaki@suami, tetapi sangat dibenci dan musuhi oleh kaum hawa@isteri. Apa jua pandangan masyarakat terhadap isu ini, sebenarnya terpulang kepada kefahamanan dan pola pemikiran masing-masing. Dari segi hukum Allah SWT membenarkan amalan poligami ini kepada lelaki yang berkemampuan, diulang sekali lagi kepada lelaki yang berkemampuan bukan kepada semua lelaki. POLIGAMI DARI SEGI UNDANG-UNDANG Dari segi perundangan atau lebih tepat Enekmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga di Malaysia membenarkan amalan ini, tetapi mestilah melalui saluran dan prosedur yang betul dan dibenarkan. Permohonan kebenaran untuk berpoligami mesti dibuat kepada Mahkamah Syariah untuk diperiksa dan dibahaskan terutama dari sudut keadilan, kemampuan dan keupaya