LANGKAH BIJAKSANA SEBELUM MELANTIK PEGUAM KES KEMALANGAN

Saya berulangkali ditanya oleh pembaca tentang bagaimana cara dan tips yang betul serta bijaksana dalam proses melantik peguam dalam kes kemalangan. Mereka sangat prihatin dan bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau sekurang-kurangnya mereka tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan yang keterlaluan ke atas mereka. 

Jujurnya pengambilan atau pemotongan jumlah sebanyak 25%-30%  daripada nilai cek pampasan pelanggan sebenarnya sudah amat memadai dan sangat menguntungkan peguam. Dalam keadaan ini mereka tidak perlu lagi melakukan pemotongan lain secara tipu helah, manipulasi, paksaan dan secara tersembunyi kerana apa yang mereka dapat lebih daripada mencukupi. Tetapi ada sesetengah daripadanya terpaksa melakukan pemotongan tidak telus ini kerana terpaksa menampung dan membayar kos komisen yang sangat tinggi dan tidak masuk akal yang diminta oleh pihak berkepentingan seperti agen, runner, orang tengah, informer dan polis demi memastikan survival perniagaan atau mengekalkan daya saing mereka.  

Tetapi ini tidak diketahui dan disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Justeru itu dalam hal ini saya menyeru masyarakat untuk melakukan perubahan besar dan kembali kepada asas yang sebenar dalam perkhidmatan profesional guaman ini. Adakah anda tahu bahawa anda sebenarnya tidak memerlukan agen, runner dan orang tengah semata-mata untuk menguruskan perlantikan peguam dalam kes ini. Tetapi cukup hanya sekadar tingkatkan pembacaan dan cari ilmu dalam bidang ini, kemudian berusaha mencari sendiri dan berjumpa secara terus peguam pilihan anda. Anda boleh melayari laman web Majlis Peguam Malaysia untuk mendapat direktori alamat lengkap pejabat peguam yang ada berhampiran kediaman anda.

Tindakan bijaksana ini sangat menguntungkan dan menjimatkan wang anda. Kini anda tidak perlu lagi membayar atau menanggung caj tambahan yang tersembunyi yang dikenakan peguam semata-mata untuk membayar komisen yang tinggi kepada pihak yang berkepentingan demi mengaut keuntangan tanpa mengira dan simpati atas kesusahan dan penderitaan anda. Itu pun mereka lakukan dengan cara tipu helah, tidak telus dan anda sebenarnya tidak rela. Jadi mengapa meneruskan tradisi ini? berubahlah...

POLIS

Saya tidak menafikan kemungkinan wujud persepsi negatif bahawa pegawai penyiasat trafik terlibat sebagai orang tengah dan melobi secara giat supaya pengadu atau mangsa kemalangan memilih atau melantik peguam yang dicadangkannya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan komisen dan keuntungan yang tinggi. Ada sesetengah daripada mereka mungkin mengenakan tekanan dan enggan memberi kerjasama kepada firma guaman yang bukan menjadi pilihan mereka. INI SEBENARNYA SALAH dan perbuatan ini TIDAK SEPATUTNYA TERJADI kerana pegawai penyiasat trafik adalah anggota keselamatan yang merupakan pelaksana undang-undang. Mereka sepatutnya melindungi, membela dan membantu rakyat terutamanya kepada mangsa kemalangan yang jahil undang-undang. 

Perlu diketahui pegawai penyiasat trafik tidak boleh ada kepentingan diri dan melakukan urus niaga untuk bagi mendapatkan habuan ganjaran wang untuk diri sendiri ketika beliau menjalankan tugasannya. Perbuatan dan tindakan ini SALAH di bawah AKTA SURUHJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009. Oleh demikian, masyarakat tidak perlu takut dan tunduk kepada tekanan, arahan dan gesaan mana-mana pegawai penyiasaat untuk memilih dan melantik peguam bagi pihak anda. SEBENARNYA anda BEBAS melantik peguam yang anda sukai sendiri kerana anda merupakan pelanggan berbayar kepada mereka. Tiada sesiapapun yang boleh mengambil kuasa perlantikan ini daripada anda. Justeru itu berhentilah tunduk kepada tekanan yang tidak sepatutnya ini.


ORANG TENGAH

Siapa orang tengah ini? anda perlu mengetahuinya dengan jelas. Orang tengah biasa adalah call man, agen, runner dan mungkin juga ahli keluarga anda, kenalan dan kawan rapat anda. Biasanya orang tengah ini pandai berlakon dan bermuka-muka, di depan anda dialah pembela nombor satu anda. Tetapi tanpa pengetahuan anda dan di belakang anda dia sebenarnya meminta bayaran komisen yang tinggi daripada peguam yang mengendalikan kes anda. Sekiranya bayaran nilai komisen itu tidak dipenuhi, maka dia mengalihkan perhatian dan tumpuan kepada peguam lain yang sanggup membayar pada pasaran harga yang tertinggi. JADI DI MANA NIATNYA UNTUK MEMBANTU ANDA? tiada...sebenarnya tiada, tumpuannya hanyalah duit dan keuntungan semata-mata. Apabila anda menghadapi kesusahan dan kerumitan akibat masalah pemotongan caj guaman yang tinggi, mereka akan lepas tangan daripada tanggungjawab untuk membela kepentingan anda dengan memberi pelbagai alasan. JUSTERU ITU, berhentilah membiarkan orang lain menentukan masa depan dan keputusan anda. Belajarlah berdikari dan memutuskan sesuatu perkara secara logikal dan berhati-hati.
DIRI ANDA SENDIRI

Kenapa saya? saya cuma mangsa yang buta undang-undang dan tidak tahu apa-apa dalam kes ini. Sebenarnya anda terlupa! mari kita semak kembali, anda lupa sikap, perbuatan dan tindakan anda juga menjadi penyumbangkan kepada masalah ini. Ketika ada pihak yang sudi memberi anda maklumat, informasi dan menunjuk cara bagaimana masalah boleh diatasi tanpa anda ditipu dengan ikhlas dan jujur, ketika itu apa yang anda lakukan?menutup telinga, hati dan pemikiran. Anda tanam sebesar-besar prejudis. Tetapi ketika orang tengah yang berkepentingan datang menaburkan ribuan RM, anda terus terpesona, langsung tidak memeriksa dan bertanya, terus dengan gembira mengambil wang tersebut dan menurunkan tandatangan perlantikan peguam. Tetapi di akhir kes, anda cuma mendapat baki pampasan yang terlalu sedikit, anda bising dan menuduh semua orang salah, orang itu salah, orang ini salah, akan tetapi anda lupa kesalahan diri, anda lupa anda gopah dan tamak. Anda lupa anda tidak adil kepada diri sendiri dan tidak membuka mata dan minda kepada semua maklumat. Paling sedih anda gagal dan hilang harga diri bila tidak tahu membuat keputusan untuk diri sendiri, akibatnya anda gagal melindungi masa depan anda.
TIPS

Saya ringkaskan di sini bersama rajah bergambar untuk membantu anda membuat keputusan. Apabila terlibat kemalangan apa yang patut anda lakukan adalah seperti berikut:-
  1. Bertenang
  2. Fokus kepada rawatan
  3. Kumpulkan maklumat dan bukti kemalangan
  4. Apabila beransur pulih dan stabil barulah fikirkan tentang tuntutan atau peguam
  5. Berjumpalah dengan seramai mana yang boleh peguam, paralegal, agen dan runner
  6. Buka pemikiran, positif dan fikir yang terbaik
  7. Kemudian lantik peguam yang boleh memberi jaminan bertulis kepada anda
  8. Jangan lantik peguam hanya bersandarkan jaminan lisan dan mulut..BAHAYA
Anda boleh melantik peguam A seperti dalam rajah bergambar dan bukannya peguam B kerana peguam A memberi anda perlindungan dan jaminan tentang kos guaman dan kos tindakan secara telus. Insyallah sekiranya ikhlas dan jujur pasti Allah akan membantu dan memberi petunjuk. Wassalam.






Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam. Pernah kemalangan bulan 10/19. Kes baru selesai baru² ni. Agen jumpa di balai polis. Dia tawarkan diri utk urus. Katanya wakil satu lawyer firm. Kos guaman dimaklumkan 25%. Kos² lain tidak dijelaskan. Sangkaan saya dh termasuk dlm 25%. Sebaiknya tuan² yg eksiden dn boleh fight dapatkn salinan dokumen yg tuan² sign dgn egen. Jumpa lawyer baru² ni kata xde lantik sapa² jd agen. Pelik². Habis tu awak dpt kes saya dr mana?
    Utk makluman tuan, 25% ni market rate kata lawyer. Kos tambahan xtermasuk. Dapatkn laporan² hospital, laporan balai polis, rawatan lanjutan di klinik, kos turun naik court, dll ini semua kos tambahan, tolak tuntutan nanti. Akhirnya, hampir² 50% kos bayar lawyer.
    Kali pertama pendengaran kes dpt 20k tuntutan, lawyer bwk kali ke 2 dpt 30k.
    Cadangan saya kpd tuan² yg bleh buat tuntutan, mintk lawyer tuan² bwk kes beberapa kali sbb kos tambahan yg tuan² kena bayar byk utk dptkn laporan hospital n polis shj.
    Nak tanya lawyer... boleh ke? :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas kongsian dokumen atas. Kes saya yg lepas dpt lawyer B. Kos² tambahan semua tolak tuntutan. Sedih...gst mereka pn saya bayar.

    ReplyDelete
  4. Salam , saya kemalangan 1/10/2020 selepas mmbuat laporan polis dia suruh saya mengambil lawyer dan kedai moto yang disyorkan oleh polis tersebut . Padahal pada masa yang sama saya telah ada lawyer saya sendiri tetapi disebabkan ayat dan cakap manis polis tersebut saya bersetuju , tetapi sampai 22/10/2020 masih tiada berita kerosakkan motosikal saya setelah 22hari bertanya masih diam lawyer macam tak tahu apa² jadi 23/10/2020 saya telah bertukar lawyer adakah saya akan dikenakan tindakan atas kesalahan saya menukar lawyer tanpa memberi tahu beliau . Sebab lawyer Yang polis bagi macam tak serious dalam kes kemalangan saya . Minta pemdapat tuan , terima kasih .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.