CATITAN PENGEMBARA


03 jun yang lalu saya sempat menaiki bas awam untuk perjalanan destinasi Medan - Pekanbaru yang memakan masa 16 jam perjalanan. Saya boleh menaiki pesawat, tetapi saya sengaja memilih menaiki bas awam ini semata-mata untuk mendapat pengalaman perjalanan dan menikmati panaurama alam, meninjau cara hidup dan kegiatan masyarakat serta melihat kemudahan infrasuktur yang disediakan di oleh pemerintah Indonesia.

Saya insaf di Malaysia kita menikmati kemudahan infrasuktur yang baik, bagus dan selesa. Kerajaan telah menyediakan jaringan lebuhraya dan jalan raya yang baik dan selesa. walaupun akhir-akhir ini kualiti turapan jalan agak kurang memuaskan, tetapi ia masih selesa   dan baik berbanding apa yang ditawarkan di sini.

Meskipun begitu pengguna jalan raya di sini mempunyai sikap toleransi, timbang rasa dan consideration yang sangat tinggi. Jaringan jalan raya yang sempit dan sesak dengan kenderaan bukanlah alasan untuk mengaitkannya dengan kekerapan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya di sini saling bekerjasama untuk mengelakkan kecelakaan. Umpamanya ketika bas yang saya naiki sedang memotong sebuah lori di jalan yang sesak dan sempit, lori itu memperlahankan kelajuan, bergerak ke tepi, manakala kereta dari arah depan juga memperlahankan kelajuan dan memberi laluan kepada bas saya untuk memotong dengan selamat.

Ketika itu saya berfikir alangkah baiknya, jika pengguna jalan raya di Malaysia juga dapat didik untuk menjadi pengguna yang sopan dan bertimbang rasa seperti apa yang saya alami di sini. Rasanya modul pelajaran sekolah memandu yang disediakan oleh JPJ dan undang-undang jalan raya di negara kita sudah cukup baik, tapi malangnya kita sebagai pengguna tidak mahu mengaplikasikan pemanduan berhemah dan consideration sama seperti di sini.

Mungkin rakyat di sini takut dan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya kerana bukan semua kenderaan dilindungi insuran. Tambahan pula proses yang sukar, prosedur yang mahal dan kerenah birokrasi yang tinggi menyebabkan mangsa kemalangan sukar mendapatkan pembelaan apabila berlaku kehilangan nyawa, cedera anggota badan dan kerosakan harta benda apabila terjebak dalam kecelakaan jalan raya.

Oleh itu satu-satunya langkah mudah yang boleh diambil oleh mereka ialah bersama-sama dan berkerjasama untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku. Amat jarang kelihatan truk penunda di sini. Sepanjang 16 jam dalam perjalanan itu saya langsung tidak melihat satu pun truk penunda, apatah lagi menyaksikan kejadian yang tidak diingini. Apakah keadaan ini boleh dilihat dan dipraktikan di negara ini terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal kita sambut dalam masa beberapa hari lagi, mungkinkah boleh begitu?

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.