PEGUAM TIDAK KALAH DARI SEGI PROFESIONALISMENYA TETAPI TEWAS DARI SEGI KETELUSAN

Kenapa tajuk di atas menarik perhatian saya? dari sisi pandangan saya ramai orang keliru dan berprejudis kepada tugasan dan profesionalisme seorang peguam semasa mereka beramal dan menjalankan tugasnya sebagai pengamal undang-undang. Saya percaya 100% tanpa sedikit ragu dan menegaskan bahawa peguam di negara ini sangat profesional semasa mereka menjalankan tugas mereka. 

Hari ini saya mendapati ramai orang menghubungi saya semata-mata untuk mendapatkan pandangan mengenai jumlah kuantum pampasan, seolah-olah mereka tidak percaya atau setidak-tidaknya berasa ragu dan prejudis kepada kemampuan dan profesionalisme peguam yang mereka lantik sendiri untuk menangani kes mereka di mahkamah. 

Saya tidak mengalakkan sikap ini kerana kebimbangan ini tidak tepat dan tidak bertempat. Perlu anda memahami dan percaya bahawa peguam anda mempunyai segala kelebihan dan akses penuh kepada maklumat, dokumen dan bukti dalam kes anda, justeru itu anda sebenarnya tidak memerlukan lagi satu opinion kedua dalam situasi ini kerana opinion kedua itu sudah tentu tidak berpandukan kepada asas, bukti dan pemerhatian kepada dokumen dan fakta kerana ia dibuat hanya melalui kesimpulan biasa. 

Nah bagaimana anda boleh terfikir satu opinion biasa tanpa asas boleh dibandingkan kejituan dan ketepatannya dengan opinion dan dapatan profesional yang bersandarkan akses kepada dokumen, maklumat, bukti dan fakta. Ketika peguam anda memberitahu anda suatu jumlah pampasan bagi suatu kecederaan percayalah itu adalah nilai terbaik yang patut anda terima berasaskan kepada bukti, maklumat dan dokumentasi. Contohnya sekiranya peguam anda memberitahu anda di mahkamah sebelum suatu prosiding bicara dijalankan bahawa pihak insuran menawarkan satu tawaran penyelesaian sebanyak RM35k untuk patah kaki, saya fikir ini tawaran yang baik kerana ketika itu saya percaya peguam anda telah cermat meneliti dan mempertimbangkan tahap kecederaan anda bersama bukti-buktinya. Justeru itu sikap tidak percaya dan prejudis untuk mendapatkan opion kedua ini adalah tidak tepat dan tidak berasas. 

Saya tidak pernah meragui profesionalisme mana-mana peguam kes kemalangan jalan raya kerana rata-rata peguam yang saya temui mereka berjuang sehabis baik untuk mendapatkan jumlah pampasan tertinggi kerana mereka mendapat imbuhan bayaran berdasarkan nilai peratusan pampasan anda, maka mungkin mereka boleh dikompromikan oleh syarikat insuran dengan nilai yang rendah kerana apabila kes anda diselesaikan dengan nilai yang rendah, mereka juga terima upah yang rendah, ini amat merugikan mereka.

Tujuan dan objektif penulisan artikel saya yang lalu bertajuk "bagaimana pampasan anda ditaksirkan" telah disalah ertikan oleh kebanyakan pembaca blog ini. Saya berkongsi maklumat dan mendedahkan bagaimana prosedur dan tatacara pampasan itu ditaksirkan supaya anda celik mata dan dapat pengetahuan bagi mencegah anda digula-gulakan oleh agen dan runner. Saya tidak mahu lagi pembaca dikelirukan oleh agen atau runner ketika mereka menjalankan urusan niaga dengan anda. Majoriti agen atau runner tidak mempunyai latar belakang pengetahuan undang-undang berkaitan kes kemalangan, tetapi mereka memetik angka-angka tidak munasabah semata-mata untuk mempersonakan bakal pelanggan mereka. Jadi penulisan artikel itu objektifnya adalah membimbing anda supaya tidak dikelirukan oleh agen atau runner di hospital. 
Saya pernah diberitahu oleh mangsa kemalangan yang mengalami patah tulang femur berusia 45 tahun, tidak ada pendapatan tetap, beliau dijanjikan pampasan lebih 100K jika kes itu diuruskan oleh agen dan runner M. Saya menasihati dia supaya berhati-hati, bagaimanapun akhirnya umpan manis mengenai mangsa, dia setuju melantik peguam yang diuruskan oleh agen M kerana sudah termimpi-mimpi pampasan lebih 100K itu. Tetapi mimpi selalunya tidak seindah realiti, kerana realiti selalu berbeza dengan fantasi, akhirnya beliau cuma dapat lebih kurang 35K sahaja, lebih malang lagi selain pemotongan upah peguam sebanyak 30% daripada nilai pampasan, dia juga dikenakan pemotongan lain untuk caj-caj tambahan tersembunyi. Jumlah bersih yang beliau terima tidak lebih daripada 15K.
Saya mengajak anda untuk menilai dan mencari punca kejadian ini secara telus dan jujur. Apa yang berlaku ke atas mangsa yang dicontohkan tadi sebenarnya berpunca dari sikap tamak dalam dirinya sendiri dan enggan menerima maklumat yang betul secara terbuka dan berhati-hati. Saya merasa hairan mengapa orang kita (melayu) lebih suka hal-hal tahyul dan fantasi berbanding fakta dan kebenaran. Mereka suka dan percaya bila digula-gulakan oleh agen dengan jumlah pampasan ratusan ribu ringgit tetapi tidak bersandarkan kepada dokumen, bukti dan fakta terumanya medical report. Bagaimana anda boleh percaya dengan agen ketika itu?kerana ketika itu dia bukan sahaja bertindak menjadi peguam, malahan menjadi doktor, polis dan hakim yang boleh memutuskan award pampasan, tetapi realitinya ketika itu dia sebenarnya cuma seorang agen dan runner. 
Dari sisi agen pula mereka tidak rasa penipuan itu suatu yang salah dan bakal meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa kerana tugas hakiki mereka cuma mendapatkan tandatangan mangsa untuk perlantikan peguam. Mereka akan meningkatkan kreativiti, inovasi dan fokus hanya kepada bagaimana cara paling mudah untuk mendapatkan tandatangan mangsa, lain-lain perkara itu bukan urusan dan masalah mereka, biarlah peguam yang mengambil itu menangani masalah dikemudian hari. Apa yang penting bila mereka berjaya dapat tandatangan mangsa, maka berjaya mendapat ribuan RM dan penuhlah poket mereka dengan duit, itu sahaja. Inilah sebabnya mengapa agen dan runner selalu dicemuh, dihina dan dilabelkan sebagai penipu. Mereka cuma fokus kepada kepentingan diri tetapi mengabaikan kepercayaan dan harapan pelanggan mereka. 

Saya nasihatkan anda supaya dapat mempercayai peguam anda sepenuhnya kerana mereka adalah bertindak sangat profesional. Oleh itu bila anda diberitahu atau dinasihatkan oleh peguam anda berhubung apa-apa tawaran nilai penyelesaian adalah lebih tepat dan betul sekiranya anda dapat berbincang dengan rapat dengannya, dapatkan penjelasan penuh daripada dia kenapa jumlah itu dicapai. Ini lebih baik berbanding anda mendapatkan pandangan kedua daripada mana-mana pihak luar kerana pihak luar tidak ada akses kepada dokumentasi, fakta dan keterangan seperti yang peguam anda miliki, maka sudah tentu opinion luar sifatnya lemah dan mungkin tidak mencerminkan kepada keadaan sebenarnya kes itu. 

Akan tetapi, apabila anda mempertimbangkan untuk menerima apa-apa tawaran penyelesaian dalam kes anda, sebelum anda bersetuju dan menurunkan tandatangan persetujuan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan penjelasan penuh daripada peguam  anda mengenai beberapa perkara:-

1. Berapa peratuskah pemotongan yuran guaman?;
 
2. Adakah anda akan dikenakan pemotongan tambahan untuk caj-caj tersembunyi seperti kos mahkamah, kos kehadiran, kos dokumen, kos polis, kos GST dan lain-lain; 

Sekiranya apa yang dimaklumkan kepada anda sangat berbeza dengan perjanjian awal semasa perlantikan peguam, anda berhak untuk tidak bersetuju. Contohnya ketika anda hendak melantik peguam anda ditawarkan perkhidmatan guaman dengan perjanjian lisan oleh agen peguam sekiranya kes anda berjaya peguam akan ambil 30% daripada nilai pampasan sebagai upah dan kos, tiada pemotongan lain untuk apa-apa jua caj tambahan. Tetapi apabila kes anda hendak diselesaikan tiba-tiba peguam menutup cerita lama dan buka cerita baru, beliau jelaskan kepada anda bahawa mereka ambil 30% sebagai upah guaman sahaja, selain itu anda kena bayar dan bertanggungjawab untuk kos tindakan seperti kos mahkamah/saksi, kos dokumen/pengangkutan/pejabat/telefon/pos dan cukai GST 6%. Setelah dicampurkan upah peguam dan kos tindakan akhirnya peguam akan mengambil lebih 50% daripada nilai pampasan.
Ketika ini anda berhak untuk tidak bersetuju kerana peguam anda walaupun dia seorang peguam yang sangat profesional tetapi dia juga seorang peguam yang tidak telus dan tidak berintergiriti bila memungkiri janji awal dan memperdayakan pelanggan untuk mendapatkan habuan yang besar dalam kes itu. Kalau dirujuk kepada Akta Kontrak jelas peguam telah melakukan perlanggaran kontrak apabila memungkiri dan melanggar perjanjian lisan. Dalam situasi ini anda berhak untuk mempertahankan hak anda sama ada mendesak peguam anda akur kepada perjanjian lama ataupun anda boleh membatalkan perlantikan itu atas alasan penindasan dan perlanggaran perjanjian. 

Saya percaya perlakuan ini sebenarnya melanggar etika dan disiplin peguam, justeru itu peguam ini boleh dirujuk kepada lembaga disiplin Majlis Peguam untuk diadili. Selain itu saya juga percaya perlakuan ini adalah perbuatan jenayah penipuan yang dibuat secara halus dan terancang, jadi kes ini boleh dirujuk kepada pihak polis untuk siasatan dan juga kepada persatuan-persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang giat berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna. Untuk rekod PPIM pernah membawa isu penipuan peguam ini kepada pihak media untuk tindakan pihak berkuasa beberapa bulan yang lalu.

Saya percaya langkah paling bijak adalah mencegah sesuatu perkara itu lebih baik daripada mengubatinya. Kaedah dan cara pencengahan yang berkesan dan efisien dalam menangani masalah penipuan peguam kes kemalangan ini ialah:
(a) Jangan lantik peguam sekiranya dia enggan memberi dan membekalkan surat perjanjian jaminan pemotongan yuran yang jelas dan terperinci;
 
(b) Jangan percaya kepada janji-janji lisan agen peguam, selagi anda tidak berikan surat perjanjian jaminan pemotongan yuran yang jelas dan terperinci, jangan turunkan tandatangan anda pada waran dan jangan muktamadkan perlantikan itu;
 (c) Sekiranya anda dibekalkan surat perjanjian jaminan dan anda berpuashati dengan syarat dan terma-termanya, maka anda bolehlah meneruskan perlantikan dan memberi sepenuh kepercayaan kepada peguamcara anda.










Comments

  1. Saya ada pertanyaan tuan,sya baru ni berlaku kemalangan antara saya (kereta) dan motosikal. Baru ini saya menerima surat dari mahkamah bagi pihak plaintiff ke atas saya sebagai defendan. Kecederaan yang saya tahu dia patah 3 jari kaki dan mengalami kerosakan pada motor di mana peguam mereka telah mengemukakan kos bagi pembaikan motor tersebut sebnyak RM1800 (ave.). Termasuk ada lagi beberapa jenis kos yang lain ditambah (total 15) masih ditaksir!. Persoalannya, saya nak tahu, perlu ke saya hadir ke mahkamah majistret sedangkan guaman bagi pihak insurans saya mengatakan saya tidak perlu hadir dan biarkan syarikat insurans yang hadirkan diri? Persoalan kedua, apakah jumlah bagi patah 3 jari kaki? Persoalan 3, jika saya perlu hadirkan diri pada hari tersebut tetapi saya ada perkara yang perlu dibuat di mana pada hari tersebut saya ada exam yang penting. Oleh itu perlu ke saya buat surat? Tetapi di bawah arahan syarikat insurans saya mengatakan saya tidak perlu hadir. Harap berjawab terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya ada pertanyaan tuan,sya baru ni berlaku kemalangan antara saya (kereta) dan motosikal. Baru ini saya menerima surat dari mahkamah bagi pihak plaintiff ke atas saya sebagai defendan. Kecederaan yang saya tahu dia patah 3 jari kaki dan mengalami kerosakan pada motor di mana peguam mereka telah mengemukakan kos bagi pembaikan motor tersebut sebnyak RM1800 (ave.). Termasuk ada lagi beberapa jenis kos yang lain ditambah (total 15) masih ditaksir!. Persoalannya, saya nak tahu, perlu ke saya hadir ke mahkamah majistret sedangkan guaman bagi pihak insurans saya mengatakan saya tidak perlu hadir dan biarkan syarikat insurans yang hadirkan diri? Persoalan kedua, apakah jumlah bagi patah 3 jari kaki? Persoalan 3, jika saya perlu hadirkan diri pada hari tersebut tetapi saya ada perkara yang perlu dibuat di mana pada hari tersebut saya ada exam yang penting. Oleh itu perlu ke saya buat surat? Tetapi di bawah arahan syarikat insurans saya mengatakan saya tidak perlu hadir. Harap berjawab terima kasih

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam, kamu cuma perlu serahkan saman itu kepada pihak insuran untuk tindakan selanjutnya. Pihak insuran secara obligasi akan mengambil alih semua kepentingan kes selaku insurer

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam, kamu cuma perlu serahkan saman itu kepada pihak insuran untuk tindakan selanjutnya. Pihak insuran secara obligasi akan mengambil alih semua kepentingan kes selaku insurer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.