Posts

Showing posts from August, 2016

NEGARA KITA PERLU ADA LEBIH RAMAI ORANG BERBANDING SEORANG SHAHRIL

Negara kita tidak kekurangan orang yang baik dan mulia, tetapi ia tidak selalu menonjol kerana sikap dan pendirian kita yang mementingkan diri sendiri dan bersifat defensif. Buktinya apabila berlaku suatu kecelakaan jalanraya, lihatlah betapa ramai orang berpusu-pusu mengerumuni lokasi kejadian dengan pelbagai tujuan dan maksud tertentu. Ada yang datang sekadar memberi bantuan, ada yang melihat dan ada juga sekadar menjadi pemberita alam maya untuk menjadi orang yang pertama viral berita kemalangan itu.  Tetapi anda mungkin lupa bahawa selain daripada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, pertolongan yang paling utama diperlukan oleh mangsa selain daripada bantuan perubatan ialah bantuan untuk menjadi saksi kejadian. Kita tanya kepada diri sendiri betapa banyaknya kejadian langgar lari atau kes kemalangan yang tidak mempunyai bukti kerana ketiadaan saksi yang tampil untuk memberi bantuan keterangan. Sedangkan dalam apa jua kes keterangan dan bukti sangat diutamakan. Kesannya p

PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH ATAU SETTLEMENT OF ACTION

Alhamdulillah setelah sekian lama hajat dan niat untuk menulis isu dan topik ini tertunda mungkin sudah tertunda sejak beberapa minggu yang lalu, akhirnya di pagi ahad yang damai ini saya menemui masa yang cukup baik untuk menulis.  Saya bukan penulis sepenuh masa ataupun dibantu oleh beberapa orang admin untuk menyelenggara dan mengemaskinikan blog ini. Saya menulis untuk menyampaikan visi, idealisme dan berkongsi pengetahuan dan maklumat yang saya ada dengan pengunjung blog ini. Oleh itu saya cuma dapat menulis isu atau topik baru apabila saya benar-benar bersedia dan lapang daripada sebarang aktiviti. Di sini saya cuma ingin membicarakan atau menyentuh isu berkaitan penyelesaian luar mahkamah cuma setakat bagi kes kemalangan jalanraya sahaja, kerana setiap kes sivil lain mempunyai kaedah, tatacara, proses, pendekatan dan isu undang-undang yang berbeza. Saya sengaja memilih isu dan topik ini kerana saya mendapati topik ini begitu popular, saya bukan sahaja ditanyai topik ini