Posts

Showing posts from September, 2016

PEGUAM TIDAK KALAH DARI SEGI PROFESIONALISMENYA TETAPI TEWAS DARI SEGI KETELUSAN

Kenapa tajuk di atas menarik perhatian saya? dari sisi pandangan saya ramai orang keliru dan berprejudis kepada tugasan dan profesionalisme seorang peguam semasa mereka beramal dan menjalankan tugasnya sebagai pengamal undang-undang. Saya percaya 100% tanpa sedikit ragu dan menegaskan bahawa peguam di negara ini sangat profesional semasa mereka menjalankan tugas mereka.  Hari ini saya mendapati ramai orang menghubungi saya semata-mata untuk mendapatkan pandangan mengenai jumlah kuantum pampasan, seolah-olah mereka tidak percaya atau setidak-tidaknya berasa ragu dan prejudis kepada kemampuan dan profesionalisme peguam yang mereka lantik sendiri untuk menangani kes mereka di mahkamah.  Saya tidak mengalakkan sikap ini kerana kebimbangan ini tidak tepat dan tidak bertempat. Perlu anda memahami dan percaya bahawa peguam anda mempunyai segala kelebihan dan akses penuh kepada maklumat, dokumen dan bukti dalam kes anda, justeru itu anda sebenarnya tidak memerlukan lagi satu opinion k