Posts

Showing posts from December, 2016

APA ITU LITIGASI FRAUD?

1. Mutakhir ini tuntutan palsu atau litigasi fraud berkaitan kes kemalangan jalanraya sudah kerap dikesan sama ada oleh pihak syarikat insuran, mahkamah, pegawai penyiasat dan  peguamcara sendiri. Kenapa ianya menjadi trendy? kerana ianya satu jalan mudah untuk mendapatkan wang pampasan yang banyak.   2. Definasi fraud merujuk kepada Kamus Undang-undang adalah nyataan palsu tentang sesuatu penyataan atau perlakuan yang dibuat dengan tujuan memperolehi kelebihan material. Justeru situ ecara mudah dan ringkasnya kes fraud ini  boleh dikatakan adalah satu tuntutan atau litigasi palsu atau bercanggah dengan undang-undang yang dibawa oleh litigan dengan tujuan untuk menipu pihak insuran bagi mendapat faedah material.   3. Objektif litigasi fraud dalam kes sivil accident adalah untuk mendapatkan pampasan gantirugi yang sebenarnya tidak sah dari segi undang-undang, tidak suci dari segi agama dan moral walaupun dibuat mengikut saluran undang-undang yang sah.   4. Siapakah litiga