Posts

Showing posts from January, 2017

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.

Image
1. Saya kerap dihubungi pengunjung blog ini secara berulang kali, permasalahan popular yang diutarakan oleh mereka kepada saya pula hanya berkisar kepada perincian mengenai fee guaman dan kos tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Mereka sangat bimbang kalau-kalau mereka ditipu oleh peguamcara yang mengendalikan kes mereka. Ini kerana sebahagian besar dari mereka langsung tidak tahu dan faham sepenuhnya apa itu fee guaman dan apa itu kos tindakan?.   2. Selain itu, mereka juga tidak faham apa itu perjanjian lisan dan apa itu kos tindakan?. Di sini saya akan huraikan secara ringkas maksud kedua-duanya sekali. Fee guaman adalah yuran guaman yang perlu dibayar oleh pelanggan disebabkan mereka telah menerima perkhidmatan profesional daripada pengamal undang-undang. Fee ini adalah meliputi untuk bayaran kerja konsultansi, berjumpa dan mengambil arahan pelanggan, memberi nasihat, melaksana arahan, membina, membangun, melindungi, menyusuli dan mempertimbangkan serta meneliti isu undang-

LAPORAN PERUBATAN PAKAR (SPECIALIST REPORT)

 1. Orang kita memang diakui gemar kepada perkara yang pantas, laju dan ekspres. Orang kita sangat alah kepada masa, dalam serba serbi mereka ingin cepat dan pantas. Umpamanya makan cepat, solat cepat, belajar cepat, pokoknya dalam semua urusan dan perkara masa dan kecepatan adalah perkara utama yang diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Tetapi mereka terlupa kepada persoalan kualiti.   2. Justeru itu, oleh kerana kita begitu obses kepada semua perkara dan hal yang cepat dan ekspres, jadi tidak hairanlah sekiranya ramai orang kita juga jadi mangsa penipuan dengan cepat dan ekspres, sebagaimana kita suka kepada hal dan perkara ekspres, begitulah natijah akhir yang kita terima iaitu kena tipu juga dalam keadaan secara cepat dan ekspres.   3. Masyarakat kita menolak untuk memberi sedikit masa dan ruang bagi meneliti, menyemak dan menimbangkan sesuatu perkara itu secara rasional, asalkan apa yang mereka dengar atau pun lihat itu sesuatu yang untung dan cepat, mereka terus percaya