PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.

1. Saya kerap dihubungi pengunjung blog ini secara berulang kali, permasalahan popular yang diutarakan oleh mereka kepada saya pula hanya berkisar kepada perincian mengenai fee guaman dan kos tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Mereka sangat bimbang kalau-kalau mereka ditipu oleh peguamcara yang mengendalikan kes mereka. Ini kerana sebahagian besar dari mereka langsung tidak tahu dan faham sepenuhnya apa itu fee guaman dan apa itu kos tindakan?.
 
2. Selain itu, mereka juga tidak faham apa itu perjanjian lisan dan apa itu kos tindakan?. Di sini saya akan huraikan secara ringkas maksud kedua-duanya sekali. Fee guaman adalah yuran guaman yang perlu dibayar oleh pelanggan disebabkan mereka telah menerima perkhidmatan profesional daripada pengamal undang-undang. Fee ini adalah meliputi untuk bayaran kerja konsultansi, berjumpa dan mengambil arahan pelanggan, memberi nasihat, melaksana arahan, membina, membangun, melindungi, menyusuli dan mempertimbangkan serta meneliti isu undang-undang atas dokumen, fakta dan keterangan.
 
3. Kos Tindakan pula adalah bayaran untuk perbelanjaan bagi membuka, membina, membangun dan menyelengggara sesuatu kes itu dari mula  ia dibuka sehingga kes itu selesai sepenuhnya. Contohnya kos dokumentasi, pengangkutan, alat tulis, telekomunikasi, pos dan kurier, fee mahkamah dan GST.
 
4. Dalam kes sivil biasa pelanggan dikehendaki menjelaskan bayaran bagi kedua-dua kos tersebut dan bil akan diserahkan kepada pelanggan pada setiap peringkat kes itu berjalan, dan pelanggan perlu terlebih dahulu menjelaskannya sebelum kes itu boleh memasuki fasa seterusnya. Tetapi sekiranya pelanggan gagal melunaskan bayaran seperti mana yang diminta, peguamcara boleh menarik diri dari mewakili pelanggan tersebut.
 
5. Pengendalian kes tuntutan kemalangan walaupun ianya juga adalah satu kes sivil tetapi ia mempunyai keistimewaan dan ciri berbeza, dimana peguam mengguna budi bicara yang mulia dan niat yang luhur semata-mata bagi melihat tertegaknya undang-undang dan bagi membolehkan mangsa kemalangan yang tidak ada kekuatan kewangan tetap mendapat pembelaan dan hak yang sewajarnya samarata  disisi undang-undang.
 
6. Justeru itu majoriti firma guaman yang mengendalikan kes tuntutan kemalangan akan menggunakan budi bicara, mengambilkira faktor keperluan dan kepentingan awam, mereka bersetuju untuk mengeluarkan semua perbelanjaan dan kos pengendalian kes itu, dengan terma dan syarat pelanggan perlu bersetuju membayar semula kepada mereka jumlah lebih kurang 25%-30% daripada nilai pampasan sebagai bayaran fee guaman dan kos tindakan. Akan tetapi sekiranya kes itu gagal dan tidak Berjaya, peguamcara bersetuju untuk melepaskan pelanggan dari sebarang bebanan membayar sebarang kos. Sila rujuk Ilustrasi Gambar A untuk mendapatkan gambaran dan perinciannya.
 
7. Malangnya, presiden ini tidak lagi diikuti pada masa kini, kerana sebahagian besar pengamal undang-undang tidak lagi memikirkan tanggungjawab sosial, tiada lagi sifat empati, prihatin dan langsung tidak melihat dari sudut keperluan dan kepentingan awam. Tetapi retina mata mereka lebih fokus kepada membuat keuntungan berlipat ganda seperti kapitalisme tanpa melihat tindakan ini akan memberi kesan buruk kepada mangsa, masyarakat, institusi pihak berkuasa, pengendali insuran dan bahkan kepada negara juga.
 
8. Tetapi lebih malang kerana semasa atau ketika berada dalam mana-mana peringkat proses untuk membuat duit atau mengaut keuntangan ini, pengamal undang-undang itu bersekongkol, bersubahat dan terlibat dalam aktiviti jenayah komersial seperti melakukan muslihat penipuan, menyembunyikan caj-caj perkhidmatan, memberi maklumat yang songsang, tidak telus, tidak jujur, menindas dan menzalimi pelangan.
 
9. Modus operandinya tout, agen, runner dan wakil guaman akan berkeliaran sama ada di wad kecemasan hospital ataupun di ruang kaunter pertanyaan balai trafik untuk mencari pelanggan. Apabila bakal pelanggan dikenal pasti, mereka akan kunci dan log bakal pelanggan ini. Kemudian mangsa akan dilobi, dicuci, dirasuah, dijanjikan pelbagai keistimewaan, diugut dan dipaksa untuk bersetuju melantik peguamcara yang dicadangkan oleh taut, agen, runner dan/atau wakil guaman tersebut.
 
10. Paling menyedihkan mangsa kemalangan ini langsung tidak diberi taklimat, penjelasan dan konsultansi mengenai cara, kaedah dan jumlah bayaran guaman akan diambil atau dikenakan ke atas mereka jika dia ingin melantik peguam yang dicadangkan itu. Paling asas, popular dan biasa diamalkan oleh tout, agen, runner dan/atau wakil guaman, mereka memberi jaminan lisan bahawa peguam pilihan mereka cuma mengambil jumlah 25%-30% sahaja daripada nilai pampasan yang akan terima mangsa, tiada apa-apa caj lain yang akan diambil atau dikenakan ke atas pelanggan melainkan jumlah 25%-30% ini. Perjanjian ini pula tidak disusuli dengan jaminan bertulis untuk melindungi kepentingan pelanggan.
 
11. Akhirnya, seperti biasa, selalu dan popular mangsa akan dipaksa bertanggunggangjawab untuk menjelaskan fee guaman 25%-30% bersama caj-caj tambahan lain yang tersembunyi dan terselindung. Kesemua bayaran ini akan terus dipotong daripada pampasan pelanggan. Alasan popular yang diberikan untuk menafikan hak pengguna pelanggan ialah peguam tidak bertanggungjawab kepada kos tindakan dan GST kerana tidak perjanjian khusus yang dicapai atau dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini. Jadi pelanggan bersalah kerana tidak bertanya walaupun ada peluang untuk bertanya mengenai hal ini pada bila-bila masa sebelum ini. Lebih menyakitkan hati mereka akan menomahkan bahawa semua firma guaman yang mengendalikan kes kemalangan akan mengguna, menerima pakai cara dan kaedah ini sama seperti mereka. Tetapi realitinya masih wujud dan banyak lagi firma guaman yang jujur, ikhlas dan telus memberi perkhidmatan kepada orang ramai, cuma orang ramai perlu ilmu dan mencari mereka dengan sabar dan teliti. Sila rujuk Ilustrasi Gambar B untuk gambaran dan penjelasan yang lebih terperinci.
 
12. Pengguna harus bangkit, hentikan semua penipuan dan penindasan ini. Pengguna harus tahu bahawa  mereka ada hak, kemulian dan maruah yang dilindungi dan dijamin oleh undang-undang. Dalam isu ini sekiranya ketika pra perlantikan peguam tout, agen, runner atau wakil guaman menyakinkan anda bahawa peguam pilihannya cuma akan mengambil 25% daripada nilai pampasan, tanpa ada pemotongan caj-caj lain yang tersembunyi, maka dari segi undang-undang pelanggan cuma perlu bertanggungjawab untuk membayar dan menjelaskan jumlah sebanyak 25% sahaja sebagai bayaran fee guaman termasuk kos tindakan dan GST. TIADA caj-caj lain yang boleh diambil atau dipotong oleh firma guaman tersebut, sekiranya ada juga berlaku pemotongan lain, ini adalah satu jenayah komersial yang boleh disiasat oleh PDRM sekiranya ada aduan dan pihak SPRM kerana kemungkinan wujud salah guna kuasa, percanggahan kepentingan dan rasuah oleh pihak-pihak berkaitan.
 
13. Contoh mudah bila anda pergi ke pusat service kereta, sebelum atau pra pembaikan, eksekutif pusat service akan memberi taklimat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan yang bakal dijalankan, anggaran kos alat ganti dan anggaran upah. Selepas anda bersetuju dengan  terma dan syaratnya, anda akan diminta untuk menandatangani persetujuan dan tanggungjawab bagi urusan tersebut. Kemudian barulah kerja baik pulih akan dilaksanakan. Bila kerja tersebut selesai dan anda berpuashati dengan mutu alat ganti dan perkhidmatan di situ, barulah anda perlu membayar semua kos yang terlibat semua dengan persetujuan anda sebelum ini. Tetapi sekiranya semasa pra pembaikan anda langsung tidak diberi taklimat mengenai kerja penyelenggaraan yang bakal dilaksanakan, anggaran upah dan alat ganti dan persetujuan anda tidak diambil dan beri keutamaan, maka apabila kerja tersebut siap selesai, anda tidak perlu membayarnya kerana anda cuma perlu bertanggungjawab ke atas bayaran upah dan alat ganti yang anda tahu, anda setuju dan anda ada ditanyai sebelum sesuatu kerja penyelenggaran dilaksanakan atau alat ganti ditukarkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments

  1. Tuan
    Sykt insurance saya menolak tuntutan hilang upaya kekal atas Alasan saya masih bekerja Dan punya punca pendapatan.sedangkan jelas kecederaan saya wrist fracture dgn memasang plate besi.kesan dari kecederaan menyebabkan saya tidak Boleh mengangkat beban berat ,pergelangan tangan tidak Boleh dibengkok Dan kesakitan berterusan.
    Laporan perubatan jelas menyatakan kecederaan saya bersama Bukti Bergambar.
    Boleh Tuan bagi sedikit penjelasan dan tidakan Boleh diambil terhadap sykt insurance.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam blh sy bertanya..total sy dpt insuran dlm 300klbh tp pihak guaman dh menolak pinjmn sy sibuk rm11.200,dan guaman tolak kos dia sebyk 174,167,kos apa tu ye..sdgkn sy dpt suku dia dpt separuh satu resit pun tkdek dia BG,perbincangan pun tkdek..sy mntk terangkan langsung tkdek..col@wasup lglah..mntk UTK terangkan. Ms dia suruh sain tu urgent..sdgkn sy tgh dptkN rwtan dkt hosptl..sy BG jgk tp dia edit sndrila sbb dia ckp urgent..sy msj BLM tgok surat tu tgh MLM tu br sy dpt bc..

      Delete
  3. Saya baru saja kemalagan n kes guaman dh selesai tinggal tunggu cek sahaja.. So nnti saya tunggu adakah pihak guaman bersikap jujur atau sebaliknya .. Mmg betul tiada sebarang taklimat .. Yg diberi tahu hanya berapa jumlah yg peguam amik iaitu 20% itu pon kurang jelas jumlahnya antara ia atau pom tidak .. Saya akan share apa yg berlaku dan dengan syarikat mana saya berurusan selepas segalanya selesai insyaallah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh update kes terkini ,berapa jumlah yang diambil pihak guaman ?

      Delete
    2. Dia xupdate dh..hahaha..knyang dh kot dpt duit...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.sekiranya pihak peguam memotong lebih dari jumlah yang dipersetujui sebelum kes berjalan adakah boleh saya membuat aduan, laporan atau tindakan,ke pihak mana yang akan saya rujuk..

      Delete
    2. Ya boleh jika ada bukti yang nyata dan jelas. Boleh buat laporan polis, aduan salah laku peguam kepada lembaga tatatertib majlis peguam dan juga SPRM utk kesalahan pecah amanah

      Delete
  5. Salam tuan, saya ingin penjelasan untuk kes melibatkan kecederaan parah dimana mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital selama hampir setahun ( motosikal merempuh kereta), namun mangsa telah meninggal 2 tahun kemudian kerana diserang sawan. Jadi saya ingin tahu jika kematian mangsa masih disabitkan asbab dari kemalangan atau tidak? Dan adakah berlaku perubahan pada pendakwaan kes?

    Terima kasih-yg ingin tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rujuk post mortem jika kematian itu disebabkan sakit biasa maka ia tidak boleh dikaitkan dengan kes kemalangan, begitu juga sebaliknya

      Delete
  6. Assalamualaikum..boleh saya bertanya...bru2(9/10) ni peguam panggil saya untuk sign surat untuk dptkn duit pampasan...adkh beliau memberi cek kpada saya..dan berapa lma tempoh untuk tggu cek itu...

    ReplyDelete
  7. Saya ingin update kes anak buah saya membuat tuntutan kemalangan dec2018. Hari ni end februari 2020 baru dapat claim setelah setahun kes dibicarakan. Setahun sebab lawyer lambat urus kes. Lagi pun kes kemalangan kecil saja. Lawyer maklumkan pecahan pembayaran kpd 3 bahagian. 1 fee guaman 2 kos mahkamah etc 3 lain2.total claim dapat rm3000 saja. lawyer kata total 3 bahagian rm2500. Maksudnya anak buah saya dapat rm500 saja. setelah discuss dia setuju diskaun lagi 500. Total rm1000 la anak buah sy dapat. rm2000 semua milik peguam. Bila minta bill/ resit dia kata tak boleh bagi. BTW Lawyer ni dapat dari balai polis yang uruskan report anak buah tu. Tak boleh nak cakap apa, ambil saja 1000 tu cash. Kalau kene tipu pun pasrah jela nak buat mcm mana. Lawyer Kaiser & co office dekat petaling jaya. Kepada yang tanya berapa lama masa nk dapat cheque claim tu. lebih kurang 3 bulan selepas final court tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu kejadian sedih, minta pembaca lebih berhati-hati dan jadikan kisah ini sebagai iktibar.

      Delete
    2. Biasanya polis dah berpakat dgn agen insurance.. Semua balai traffic diorg ada link. Lain kali jgn percaya dgn org x dikenali.

      Delete
    3. alamakk, saya baru lepas accident, patah tulang kaki dengan jari tangan, saya baru upah runner, sy dapat runner ni pun dari balai polis melaka, adakah sy akan ditipu juga ya, runner kata 20% untuk semua upah termasuk guaman dan bayaran runner, apa yang patut sy buat supaya sy tidak ditipu ya

      Delete
  8. Tuan, berapakah % caj yang boleh dicaj oleh lawyer? Adakah perlu caj diambil dari pampasan yg diterima oleh pelanggan?

    ReplyDelete
  9. Sama mcm sy..lpas setel mahkamah..akan dpt 14k..ms lantik lawyer dorang ckp ambik 20%..kelmarin bru msuk duit tp hnye dpr 8.9k je..haru sungguh..lari budget😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then redha jela..sy pampasan 13 000 tp dpt kat ka 7 066 je..mcm nonsense.

      Delete
    2. Dulu sy mcm tu jugak..ada wakil insurance dtg nk Seattle tepi tapi sy tolak sbb percaya pada peguam tapi syg kena potong melebihi sepatutnya. Alasan kos Seattle dgn polis dan upah runner. Menyesal sungguh.

      Delete
  10. Sy baru td peguam call bgtau pampasan dpt cuma 4k je.tp tak siap tolak lawyer fee.rusuk no 9 sy patah.tah berapa ringgit la dpt nnti agknye.jgn sy pulak yg hutang die nnti.kes dh dekat 2thun..dri thun 2018.dpt 4k je.hmmm ape nk buat ni.lepas tak agk2 nk beli rokok john.

    ReplyDelete
  11. td sye pegi amik duit.. total 4k tolak peguam 25% tolak lg duit dokumen polis apa smua 950.. yg sye dpt 2050 mmg ada caj dokumen mcmtu ke?

    ReplyDelete
  12. nak minta pendapat sikit sebab saya masih baru padal ni. baru lepas excident minggu lepas dn agent insuran dtg.kata mau tolong x payah bayar apa2. sy patah tulang kaki belah kanan atas buku lali,berapa pampasan dn % yg akan ditolak? saya curious sbb x diberi penerangan ttg ini.tq

    ReplyDelete
  13. Suami sy eksiden jan 2021.. kes baru selesai harini.. ankle kaki patah masuk plate dan skru.. ade kecederaan di legimen dan luka².. 100% menang sbb dlm report pihak lawan mengaku salah.. dpt rm120k belum tolak lawyer.. biasa klu tolak lawyer nk kira mcm mana ye.. katanya 20%..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 20% dapat dalam 96k. Macam saya lawyer ambik 30%. Huhu

      Delete
    2. 20% belum tolak laporan pakar, pinjaman, laporan hospital dan sebagainya. kalau caj x mengarut boleh setuju. x perlu nk bising2 mcm tukang tulis blog ni

      Delete
  14. Saya punya tuntutan br setel, x la teruk mana pun kecerderaan saya, lawyer yg handle tu ckp o.k dapat claim 7.5k, tp bila dpt check dia tlis 3750 means dari 20% yg dia ckp dia akan ambl dah jd 50% gak dkt situ, cost pg refer pakar je dia tlis 2000 lbh, mcm x logik je, padahal klinik biasa je kot, and lg bkn check proper pun, just gitu2 je.. fight blik, then mintak discount dpt la 4k, so dkt situ je nampak sgt dah ada charge tersembunyi, kos runner la, kos report hospital la.. ptt nya time dia ckp akan ambil 20% tu je kena tanya blik ada xtra charge ke x, then kita record. Senang nanti nak fight blik and buat report... hurmm pasrah je la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jngn nk cakap mengarut la ya. klinik biasa pun kalau dah dia pakar pun blh jadi 2k. minta je la resit dngn dia. saya confirm dia berani tunjuk resit laporan pakar. kos report hospital rm40 kau nak bising? kos runner 200-300 pun nak bising? nampak macam kes salah je kau ni... kes liabiliti x cantik x leh bunyi sngt...

      Delete
  15. Kes suami sy bru je selesai setelah 2tahun menunggu.. Tuntutan 39k dgm piham insurans..pihak loyar menjanjikn 20% akan ditolak dr nilai tuntutan... Tp mse proses duit tu tiba2 suami hanya dpt 23k shj.. Ade tax.. Dh caj upah2 bnde lain2 betul ke ape yg loyar tu buat? Sedih sbnrnye xdpt amaunt yg djanjikn.. Bole x sy pm tuan utk tahu lebih lanjut?

    ReplyDelete
  16. As salam, macam saya ada peguam call and beritahu dia boleh tolong. Dia dpt details saya daripd polis. memandangkan saya 1st time dan tak tahu jadi saya setuju untuk terima. ada runner dtg ke rumah saya untk minta document dri sy seperti report polis & ic, dia minta saya sign black & white yg mengatakan fee guaman 20% tak termasuk cas tambhan. memandangkan saya tak tahu mengenai fee guaman jadi saya setuju dan sign. dalam surat tu lawyer mengatakan tak boleh tukar lawyer lain dan sekiranya tukar akan dikenakan cas 10k. Boleh kah saya dapatkan pandangan encik? ada tak cara lain untuk saya tolak peguam ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik, saya sebagai peguam ingin memberi nasihat. kalau caj disbursements/ caj lain-lain memang dah menjadi kebiasaan. cuma caj tambahan tu x boleh la caj mengarut. contoh, laporan perubatan, laporan pakar, travelling, jpj rajah kasar, elaun kehadiran saksi. semua ni kita boleh setuju jika x mengarut. kalau yang dokumen polis caj 3-4 ribu tu dah kira mengarut. laporan pakar ada resit. lain2 ada resit blaka. yang kehadiran polis ke court pun blh tngk penyata saksi ada tulis berapa kos untuk beliau hadir. mohon bermanfaat. jngn percaya sngt tukang penulis blog ni.. banyak sngt mengarut sampai mangsa ketatukan.

      Delete
  17. aku baru malu membaca posting2 kau di facebook. terlalu banyak posting yang pukul rata dan menganggap semua peguam cuma nak kaut untung dan nak khianati mangsa kemalangan. aku nk cakap ilmu kau cetek pun x brapa cetek jugak berdasarkan posting. cuma kurang exposure yang lebih mendalam. asyik2 duk ratib 25% all in je keje kau. kalau client kes kecederaan parah dari awal nk 25% all in memang kami suruh dia cari peguam lain. dalam market memang takde yang 25% all in kalau untuk kes besar especially yang melibatkan banyak pakar-pakar. apabila pakar perlu hadir bicara, elaun pakar adalah 3-4k. ada juga yang 5k. saya x nak cakap nama pakar tapi memang ada laporan pakar yang 2-3k dan kehadiran 4-5k. cuba kira kalau ada 3 pakar yang perlukan kehadiran ke mahkamah? kalau all in macam ya karlz lampau yang terlalu melampau? minta jawab. saya pun nak tau mana lawyer yang buat all in 25% dan yang memang betul2 buat kerja dan fight sampai jumlah yang setimpal. sebab so far geng2 25% all in ni geng direct settlement dan takde nya nak panggil saksi pakar nak drag kes lama2.

    ReplyDelete
  18. Ni untuk kes anak Sy..nk minta pencerahan sikit.insuran anak layak rm8k..Lowyer minta rm4200..25% bermaksud rm2k..yg balance tu adakah maksud charge tersembunyi..sebab bil klinik dgn duit repair moto kami guna duit sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan