Posts

Showing posts from May, 2017

PENIPUAN DAN SALAH LAKU DALAM PROSES SETTLEMENT OF ACTION (PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH

Secara jujurnya saya selalu keliru apabila menerima pertanyaan dari pelanggan kami yang meminta kami menguruskan bayaran pampasan serta merta sejurus selepas suatu kes itu berjaya diselesaikan sama ada melalui mahkamah ataupun di luar mahkamah.   Saya merasa gusar kerana kami ini bukanlah institusi kewangan atau syarikat insuran yang mempunyai kapital kewangan yang tinggi dan mempunyai poket ajaib seperti Doreamon. Kami terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum cek pampasan itu diterima. Sebaliknya kami cuma sebuah firma guaman yang berskala sederhana, komited dan ikhlas dalam menjalankan amanah tugasan kami.   Akhirnya saya menjalankan siasatan sendiri dan menjumpai beberapa kes yang langsung tidak pernah terfikir boleh berlaku dalam kehidupan masyarakat kita yang masih lagi mengekalkan tahap kejujuran dan empati yang tinggi.   Semasa saya menjalankan tugas dan berjumpa ramai orang, melalui pendedahan mereka saya dapati ada kes terpencil yang menggunakan modus

URUSNIAGA KENDERAAN SAMBUNG BAYAR

Mutakhir ini urusniaga jual beli kenderaan bermotor secara sambung bayar menjadi satu trend yang popular, menarik, mudah dan ringkas. Mungkin ini didorong oleh keinginan materialistik, sikap bermegah dan ingin sanjungan tanpa mengambil kira kedudukan dan realiti kekuatan kewangan diri masing-masing.   Walaupun popular, ringkas, mudah dan menarik tetapi ramai orang yang terjebak dalam urusniaga ini akhirnya sedar dan insaf bahawa tiada jalan mudah, ringkas dan pantas untuk memiliki harta tanpa perlu mematuhi undang-undang.   Setiap hari ada saja orang baru yang menjadi mangsa penipuan sama ada mereka disaman oleh agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ, atau dikena tindakan perundangan oleh pihak bank dan agensi kewangan dan/atau disaman oleh mana-mana individu yang mengalami apa jua kerugian dan kecederaan akibat daripada penggunaan, pengawalan dan pemanduan kenderaan tersebut. Semua ini berlaku apabila kita segelintir rakyat meremehkan atau memandangkan ringan kepada ter

TUNTUTAN PERKESO (SOSCO)

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca atau peminat blog ini. Semasa mewujudkan blog ini saya sama sekali tidak pernah terfikir blog ini akan mendapatkan tempat di kalangan pembaca kerana saya menyedari penulisan ini adalah satu penulisan teknikal yang berat.   Bagaimanapun setiap tahun blog ini semakin diterima dan dijadikan rujukan banyak pihak. Melalui blog ini saya dapat mengenali dan membantu banyak pihak. Kadangkala ada juga pelanggan saya yang saya kenali dan capai bukan melalui medium media sosial ini, tetapi tetap memanggil saya dengan nama pena saya karlz kampau. Ini satu pengiktirafan kerana mereka menerima dan membaca penulisan-penulisan saya.   Kebelakangan ini saya banyak menerima panggilan telefon atau chat melalui applikasi whatapps bertanya isu dan masalah pampasan PERKESO.  Saya juga tertanya kenapa ramai orang berhubung dengan saya berkenaan tuntutan PERKESO ini.   Saya membuat semakan dan carian, rupa-rupanya apabila carian tuntutan pampasa