Posts

Showing posts from June, 2017

SAKSI PERBICARAAN KES TUNTUTAN AKIBAT KEMALANGAN

Alhamdulillah di pagi 3 syawal Aidil Fitri 1438 H yang mulia ini, tiba-tiba ilham datang menerjah ke dalam minda selepas subuh tadi ketika saya sedang menikmati segelas susu segar di satu desa pedalaman dalam daerah Lipis, Pahang. Ilham dan idea ini boleh hadir pada bila-bila masa dan ia boleh berlalu begitu sahaja pun pada bila-bila masa. Saya tidak mahu ia berlalu tanpa saya merakamkan catitan dalam pages ini. Ramai orang biasa mendengar perkataan "saksi" tetapi tidak ramai yang tahu apa makna dan pengertian saksi itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, saksi membawa maksud: "Orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)". Oleh itu saksi adalah seorang yang mengetahui sesuatu peristiwa dramatik melalui pancainderanya (contohnya melihat atau mendengar), dan dapat membantu mengesahkan sesuatu perkara yang berlaku dalam suatu kejadian. Saksi sering dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Say

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438 HIJRAH

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.  Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1438 Hijrah. Semoga kita dapat menyambut ketibaan syawal ini dengan perasaan perhambaan dan penuh syukur ke hadrat Allah SWT. Amat besar harapan saya agar pendidikan di universiti Ramadhan ini akan dapat dipraktikan sepanjang tahun. Sambutlah syawal ini penuh rasa gembira, luangkan masa bersama keluarga, kunjungi saudara mara sama ada jauh mahu pun dekat. Ambil kesempatan syawal ini untuk mengeratkan silaturahim dan ikatan kasih sayang sesama kita. Kepada pembaca yang berpeluang beraya di kg halaman, patuhilah undang-undang jalan raya, amalkan pemanduan berhemah dan cermat, pupuklah kesabaran dan elakkan sikap tidak terburu-buru. Saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi anda. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana selalu memberi sokongan kepada saya. Maafkan salah dan silap s

BEBAN PEMBUKTIAN MESTI DILEPASKAN

Secara lazimnya apabila suatu kes dibawa untuk pendengaran dan pengadilan mahkamah, sudah tentukan pihak yang membawa kes itu wajib membuktikan atau melepaskan beban bukti yang dibebaninya secara prime facie.  Banyak kes di mahkamah menuntut dan mengguna pakai prinsip doktrin ini sebagai satu kaedah atau cara memeriksa dan memutuskan kesahihan kebolehan sesuatu kes itu dibawa. Apabila plaintif (pembawa kes) gagal melepaskan beban bukti yang dipikulnya, maka mahkamah tanpa ragu akan menolak kes tersebut.  Baru-baru ini tular di media sosial dan akbar tempatan mengenai seorang balu memenangi kesnya terhadap PLUS dan beliau diberi pampasan ratusan ribu ringgit akibat kematian suami dalam suatu kejadian kemalangan di Tapah kerana terlanggar bendasing di permukaan jalan.  Akan tetapi ribuan kes sebegini tidak menerima nasib yang sama. Kenapa dan apa yang berbeza antara kes itu dengan kes-kes yang lain? Sepertimana yang ditegaskan sebelum ini bahawa semua kes memerlukan beban pembuktia

RISIKO UNTUNG RUGI DALAM KES TUNTUTAN AKIBAT KEMALANGAN

Ketika sibuk mengemas rumah sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, dalam mood bercuti dan lari sedikit dari rutin harian. Saya menerima chat whatapps dari pembaca blog ini. Dia meminta opinion saya berkenaan masalah yang dihadapi olehnya ketika ini.  Saya diberitahu serba sedikit oleh pembaca tersebut, beliau telah terlibat dalam suatu kemalangan pada 03/05/2013. Akibat daripada kemalangan tersebut beliau telah mendapat cedera patah kaki dan telah memfailkan saman tindakan sivil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan pihak ketiga untuk mendapatkan suatu remedi bagi pampasan gantirugi khas dan am.  Malangnya selepas melalui proses perbicaraan yang panjang, akhirnya Mahkamah Sesyen Kuantan telah memutuskan untuk memihak kepada pihak lawannya (insuran) dan menolak tuntutan pembaca tersebut dengan kos.  Susulan daripada penghakiman itu, pembaca itu telah meminta peguamcara beliau untuk memfailkan satu rayuan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar