BEBAN PEMBUKTIAN MESTI DILEPASKAN

Secara lazimnya apabila suatu kes dibawa untuk pendengaran dan pengadilan mahkamah, sudah tentukan pihak yang membawa kes itu wajib membuktikan atau melepaskan beban bukti yang dibebaninya secara prime facie. 

Banyak kes di mahkamah menuntut dan mengguna pakai prinsip doktrin ini sebagai satu kaedah atau cara memeriksa dan memutuskan kesahihan kebolehan sesuatu kes itu dibawa. Apabila plaintif (pembawa kes) gagal melepaskan beban bukti yang dipikulnya, maka mahkamah tanpa ragu akan menolak kes tersebut. 

Baru-baru ini tular di media sosial dan akbar tempatan mengenai seorang balu memenangi kesnya terhadap PLUS dan beliau diberi pampasan ratusan ribu ringgit akibat kematian suami dalam suatu kejadian kemalangan di Tapah kerana terlanggar bendasing di permukaan jalan. 

Akan tetapi ribuan kes sebegini tidak menerima nasib yang sama. Kenapa dan apa yang berbeza antara kes itu dengan kes-kes yang lain? Sepertimana yang ditegaskan sebelum ini bahawa semua kes memerlukan beban pembuktian yang ketat dan kukuh. 

Sehubungan itu kes melanggar bendasing seperti objek, kayu dan serpihan tayar ini memerlukan plaintif membuktikan:-
1. Kewujudan atau keberadaan bendasing itu benar wujud pada masa matan di lokasi kejadian;
2. Ciri, sifat, jenis, warna dan bilangan bendasing yang menjadi punca kemalangan;
3. Kewujudan bendasing itu mesti ada dalam dokumentasi neutral seperti rajah kasar kunci dan gambar-gambar yang dirakam di tempat kejadian.

Kebanyakkan kes yang ditolak mahkamah atau kes yang dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan lanjutan adalah berpunca daripada io trafik tidak hadir segera ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan. Apabila mereka sampai di lokasi, bukti dan barang kes telah diubah, tiada lagi kenderaan dan bendasing di situ kerana sama ada telah diambil atau dialihkan. Mereka tidak hadir segera bukan kerana mereka malas dan enggan tetapi mereka tidak menerima apa-apa laporan berkenaan kejadian tersebut. 

Oleh kerana itu io trafik tidak berupaya untuk memasukkan kedudukan dan jenis bendasing dalam rajah kasar kunci disebabkan kaedah pembuatan rajah kasar kunci ini mestilah selari, sama dan konsisten dengan gambar-gambar yang dirakam di lokasi kejadian. 

Apabila kes ini dibicarakan di mahkamah, sudah pastikan io trafik akan memberi keterangan bersetuju beliau tidak melihat dan merekodkan kewujudan bendasing dalam kertas siasatannya kerana  apabila beliau sampai di lokasi kejadian tiada wujud apa-apa bendasing yang menghalang lalulintas atau menjadi punca kemalangan sepertimana yang didakwa oleh plaintif.

Situasi ini menyebabkan kes plaintif akan gagal dan ditolak mahkamah kerana plaintif telah gagal untuk melepaskan beban pembuktian yang dipikulnya apabila mendakwa kewujudan suatu bendasing yang  menjadi punca kemalangan, tetapi keterangan ini tidak disokong atau tidak konsisten dengan keterangan io trafik atau mana-mana keterangan berbentuk dokumentasi lain seperti cctv dan laporan kemalangan oleh PLUS Ronda. Ini akan memberi satu infran atau kesimpulan buruk bahawa punca sebenar kemalangan itu disebabkan plaintif gagal mengawal motorsikal lalu terbabas sendiri, bukan seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Bagi mengatasi kelemahan ini saya mencadangkan apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan bendasing di lebuhraya. Saksi atau orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian perlulah segera melaporkan kejadian ini kepada pihak polis supaya io trafik boleh pergi dengan segera ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan merekodkan semua bukti sebelum ia dialihkan atau dilupuskan oleh mana-mana pihak.

Comments

  1. Bagaimana pula jika seseorg menyiarkan dokumen di media sosial. Tetapi apabila disemak ia disahkan adalah palsu dan pihak yang menyiarkan menyatakan bahawa dia telah ditipu mengenai dokumen tersebut. Adakah ia menjadi beban kepada penyiar dokumen tersebut?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.