SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438 HIJRAH

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.  Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1438 Hijrah.

Semoga kita dapat menyambut ketibaan syawal ini dengan perasaan perhambaan dan penuh syukur ke hadrat Allah SWT. Amat besar harapan saya agar pendidikan di universiti Ramadhan ini akan dapat dipraktikan sepanjang tahun.

Sambutlah syawal ini penuh rasa gembira, luangkan masa bersama keluarga, kunjungi saudara mara sama ada jauh mahu pun dekat. Ambil kesempatan syawal ini untuk mengeratkan silaturahim dan ikatan kasih sayang sesama kita.

Kepada pembaca yang berpeluang beraya di kg halaman, patuhilah undang-undang jalan raya, amalkan pemanduan berhemah dan cermat, pupuklah kesabaran dan elakkan sikap tidak terburu-buru. Saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi anda.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana selalu memberi sokongan kepada saya. Maafkan salah dan silap saya, semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. amin

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.