BETAPA PERLUNYA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

Saya percaya dalam semua ketamadunan manusia sama ada masa kini dan masa lalu, atau pada mana-mana kebudayaan atau apa jua religion, sifat jujur dan ikhlas adalah suatu amalan yang mulia serta dipandang tinggi oleh semua ketamadunan.

Malangnya ada segelintir dikalangan kita, mereka cuma berharap, bergantung dan berdoa supaya orang lain melayani mereka dengan adil, ikhlas dan jujur. Mereka menaruh sepenuh pengharapan supaya mereka selamat dari segala bentuk penganiayaan, penindasan dan penipuan.

Tetapi malangnya amalan, sikap dan pengharapan ini cuma sehala kerana mereka ini tidak melayani orang lain pula secara adil,  jujur, ikhlas dan berterus terang. Ini sangat pelik kerana hukum alam ini bersifat adil dan saksama, anda akan mendapat balasan atas semua tindakan anda. Pointnya di sini, sekiranya anda mahu orang baik kepada anda, maka anda terlebih dahulu bersikap baik kepada orang lain, begitu untuk jujur, adil dan bertanggungjawab, kita kena lakukan dulu dengan ikhlas.

Tetapi sesuatu yang sangat mengecewakan dan amat menyedihkan, betapa orang melayu ini sangat lemah, tidak jujur dan selalu mengelak diri, apatah lagi untuk bercakap terus terus terang.  Saya hairan apa yang menyebabkan kelemahan ini cuma ketara kepada bangsa melayu, tetapi tidak pula kepada bangsa lain seperti cina atau pun india.

Kita selalu berbangga dan mendakwa kita bangsa yang menganuti agama tauhid yang suci, tidak kurang ada yang merasakan tempat kita adalah di syurga, sedangkan mereka lupa untuk sampai ke syurga itu kita perlu memantapkan akidah, memolekkan budi pekerti, memelihara hak manusia dan adil kepada mereka.

Melalui pengalaman sendiri, bangsa melayu mungkin adalah bangsa yang yang sangat bersopan santun, pemalu dan tidak suka berterus terang. Mungkin bangsa melayu suka berkias dan mahu orang lain memahami mereka dengan sendirinya tanpa mereka perlu bercakap dengan terus terang. Walaupun amalan sopan santun dan pemalu itu sesuatu yang baik, tetapi agama menyuruh kita bertindak seimbang pula dengan bersikap jujur, ikhlas, adil dan berterus terang atas nama kebenaran.

Orang melayu tidak seperti bangsa lain, mereka sangat malu, tidak menyatakan sesuatu secara jelas dan gemar tidak memberi kata putus dalam suatu perkara atau pun jika telah membuat kata putus tetapi takut dan segan pula memberitahu pihak-pihak yang terlibat.

Sikap buruk ini memberi kesan mendalam, menjejas, menganggu dan merugikan urusan, masa dan fokus orang lain, kadangkala sikap ini juga boleh disimpulkan sebagai kurang sopan, tidak menghormati dan menghargai keprihatinan pihak lain.

Dalam kes kemalangan, betapa banyaknya saya berjumpa dengan orang melayu bersifat jenis ini. Mereka menuntut orang lain prihatin dan bertanggungjawab kepada mereka, tetapi sebaliknya mereka pula lupa tanggungjawab mereka sendiri kepada masyarakat.

Alangkah bagusnya dan bijaksana sekiranya anda berjumpa dengan ramai orang sama ada mereka profesional atau tidak, bagus untuk mendapatkan pelbagai input, maklumat dan berbincang. Layanilah semua mereka dengan adil dan mereka pula pasti adil kepada anda.

Apabila anda telah memutuskan untuk melantik mana-mana peguamcara untuk mewakili kes anda, adalah adil dan bijaksana sekiranya anda dapat memaklumkan kepada semua pihak yang terlibat. Buang jauh sikap segan, takut dan tidak berani berterus terang.

Kerana dengan kejujuran, keikhlasan dan keadilan anda ini akan mempermudahkan urusan anda, tidak akan menimbulkan masalah dwi perwakilan, salah faham dan paling penting ia tidak menjejas dan merugikan pihak lain.

Saya melihat banyak berlaku isu dwi perwakilan peguamcara dan salah faham sehingga menimbulkan kesulitan, kerugian kepada pihak lain yang terjejas, berpunca semata-mata ada mangsa yang telah membuat perlantikan peguamcara tetapi tidak memaklumkan secara jelas, berterus terang, adil dan bertanggungjawab.

Sikap ini juga akan menjejaskan diri anda sendiri, sebenarnya anda tidak perlu menerima gangguan telefon, pesan ringkas atau kehadiran mengejut mana-mana wakil guaman sekiranya anda mulakannya dengan sikap jujur, ikhlas, adil dan bertanggungjawab.

Saya berdoa dan berharap sikap buruk ini dapat diubah, walaupun saya sangat benci kepada runner dan agen yang melakukan penipuan, manipulasi dan tipu daya, tetapi saya juga tidak menyokong dan memihak kepada anda sekiranya anda juga bersikap buruk dan tidak adil kepada mereka. Ingatlah kita akan dapat semua balasan atau hasil dari semua perbuatan kita. Justeru itu sila semak diri kita sendiri dan betulkan mana yang perlu, insha Allah, Allah SWT pula akan mempermudahkan semua anda semua, amin.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.