Posts

Showing posts from August, 2017

SIJIL CUTI SAKIT DAN KEPENTINGANNYA DALAM KES LITIGASI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Amalan rutin sebelum pesakit dibenarkan keluar dari hospital doktor akan bertanya serba sikit berkenaan latar belakang pekerjaan pesakit. Ini penting sebagai kayu ukur atau pemeriksaan mudah bagi menentukan sama ada pesakit itu layak menerima sijil cuti sakit atau tidak. Biasanya bagi pesakit yang bekerja makan gaji sama ada di sektor awam mahu pun sektor swasta akan mudah diberi cuti sakit. Tetapi bagi pesakit yang bekerja sendiri atau berniaga sendiri perlu memohon secara khusus kepada doktor yang menyelia pesakit itu di wad. Malangnya ada pemikiran yang salah atau kekeliruan kepada pesakit jenis ini kerana mereka sendiri tidak pernah peduli sama ada mereka perlu diberi sijil cuti sakit atau tidak kerana bekerja sendiri. Perlu ditekankan di sini bahawa sijil cuti sakit ini adalah suatu dokumen penting dan mustahak dalam tuntutan gantirugi kehilangan pendapatan atau pun kehilangan upaya pendapatan masa depan. Tanpa dokumen ini, amat mustahil litigan dalam kes kemalan

BIL PERUBATAN HOSPITAL YANG DIBAYAR OLEH PIHAK KETIGA

Isu yang hangat dipertikaikan atau dibahaskan di mahkamah semasa perbicaraan ialah isu bil perubatan mangsa kemalangan jalan raya yang dibayarkan oleh pihak ketiga sama ada pesakit itu berhak atau tidak kepada gantirugi tersebut. Sebelum ini telah saya sebutkan bahawa prinsip undang-undang gantirugi kecuian tort ialah memberi pampasan seolah-olah mengembalikan kerugian tersebut kembali kepada tahap asal dan sediakala seperti sebelum kemalangan pada nilai yang setara dan adil. Kali ini kita memasuki satu lagi topik iaitu sama ada mangsa yang bil hospitalnya dibayar oleh pihak ketiga sama ada syarikat insuran yang mengendalikan perkhidmatan medical card atau majikan mangsa layak menerima pampasan itu?. Perlu diketahui undang-undang sivil di sini mencegah atau menghalangi sesuatu pampasan gantirugi itu dibayar secara berganda kepada penuntut. Mangsa yang telah menjelaskan bil perubatan secara sendiri berhak mendapatkan pampasan bagi gantirugi ini. Tetapi sekiranya bil tersebut bay

BIL RAWATAN PERUBATAN HOSPITAL AWAM VS HOSPITAL SWASTA

Mungkin ramai orang tidak faham dengan keadaan dan prinsip undang-undang tort bagi kecuaian dan gantirugi. Oleh kerana itu ada segelintir orang cuba mengambil kesempatan, manafaat dan faedah dalam kejadian kemalangan ini. Apakah prinsip undang-undang itu? mengikut prinsip ini apabila berlaku kerugian atau kehilangan pihak yang perlu bertanggungjawab membayar pampasan gantirugi hanya perlu bertanggungjawab setakat atau hanya pada tahap dan nilai serupa dan setara kepada keadaan asal sebelum suatu kerugian itu berlaku. Contohnya apabila A terlibat dalam kemalangan dan dia telah mengalami kerugian harta benda setakat bernilai RM10 pada masa kejadian itu berlaku, maka adalah kewajipan pelaku tort untuk mengembalikannya kepada keadaan asas dan asal iaitu RM10 itu, tidak lebih mahupun kurang dari jumlah itu. Ini bermakna mana-mana pihak yang mengalami kerugian itu cuma berhak untuk mendapat perlindungan yang setara, pada keadaan asas dan pada nilai minimum. Justeru itu bagi bil perub

APAKAH TINDAKAN SEMASA DAN SELEPAS DISCAJ HOSPITAL?

Sebelum anda dibenarkan keluar hospital, sila pastikan anda telah merekodkan semua data pelawat, tarikh lawatan, pelawat datang dari mana dan kekerapan lawatan. Rekod ini penting untuk membantu anda bagi tujuan tuntutan kos lawatan pelawat dan keluarga semasa anda menerima rawatan dalaman hospital. Tuntutan ini termasuk sebahagian dari gantirugi khas dalam kes kemalangan jalan raya. Mojoriti mangsa yang saya temui gagal menyediakan data lengkap dan teratur bagi tuntutan ini. Mungkin mereka memandang remah dan ambil mudah. Satu kes yang baik sudah semesti baik dan teratur sejak dari awal lagi. Sebelum meninggalkan hospital sila pastikan anda telah mendapat sijil cuti sakit, kad temujanji rawatan susulan, nota discaj dan mungkin surat rujukan hospital. Semua dokumen ini sangat penting bukan sahaja untuk proses permohonan laporan perubatan oleh peguamcara, tetapi juga penting untuk rekod gantirugi khas. Selepas anda dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat, baru

KENAPA PAGES INI DITULIS SECARA BERPERINGKAT?

Isu yang saya tulis sebelum ini adalah berkaitan apa yang anda perlu lakukan semasa dan ketika mendapat rawatan di hospital selepas terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya. Pembaca yang selalu mengikuti pages ini mungkin sedar saya menulis setiap artikel secara sambungan. Saya sengaja berbuat demikian supaya dapat membina kefahaman kepada pembaca secara berperingkat satu persatu. Objektifnya ia mungkin boleh menjadi rujukan dan sebuah nota ringkas bukan hanya untuk anda tetapi juga sebagai panduan mudah kepada diri saya sendiri. Saya akan terus menulis dengan gaya dan cara ini secara tersusun dan berkaitan.  Bagi orang awam mereka tidak perlu membaca buku ilmiah berat seperti Nathan On Negligence atau Compassion of Injury Awards kerana saya akan meringkaskannya untuk anda. Projek ini telah saya mulai sejak bulan Ogas ini semasa saya mengemaskini blog saya http://karlzkampau.blogspot.my. Perubahan paradigma ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pem

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA DI HOSPITAL?

Hospital ada suatu tempat untuk berehat dan mendapatkan rawatan terbaik. Apabila berada di sini anda seharusnya fokus kepada nasihat doktor supaya berehat dan menyediakan diri untuk keperluan dan proses rawatan. Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital, saya cadangkan anda supaya benar-benar berehat dari  segi fizikal dan mental. Bagaimana pun apa yang perlu anda lakukan ialah memberitahu doktor mengenai kecederaan anda secara menyeluruh supaya tidak berlaku peninggalan fakta kecederaan. Merekodkan kedatangan pelawat dan dari mana pelawat itu datang. Apabila anda dirapati tout/agen/runner/ulat/orang tengah tolaklah mereka dengan perkataan sopan dan jangan menolak mereka dengan kata-kata yang kasar dan nista. Selepas anda dibenarkan keluar hospital, ambil semua rekod dan bil perubatan. Jika belum pulih berehat dahulu di rumah dan pastikan anda benar-benar bersedia untuk proses membuat laporan polis, barulah membuat laporan polis

APAKAH PROSES AWAL SELEPAS KEMALANGAN?

Psikologi manusia biasa apabila ditimpa kejutan secara mengejut kadangkala ia boleh menimbulkan panik, buntu dan celaru. Keadaan serupa juga boleh menimpa mangsa kemalangan jalan raya apabila kejadian itu berlaku secara mengejut tanpa disangka. Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya, berusaha sebaik mungkin untuk bertenang. Seboleh-bolehnya catit atau ingati no pendaftaran kenderaan terlibat, capai dan selamatkan barang berharga seperti pengenalan diri, telefon dan sebagainya. Sekiranya boleh rakam gambar di lokasi. Selepas itu segeralah pergi mendapat rawatan, jika tidak boleh bergerak sendiri minta bantuan kecemasan 999. Fokuskan fikiran kepada tindakan secara sistematik dan satu persatu. Kalau anda dirapati agen petunda kereta jangan benarkan kereta anda ditunda terus ke bengkel, sebaliknya cukup sekadar ke balai polis berdekatan atau pun jika perlu sangat tundalah ke pusat service berdaftar bagi syarikat pengeluar kereta anda. Semasa di hospita

SIAPAKAH LITIGAN BAGI KES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA?

Dalam kamus undang-undang definasi litigan adalah seseorang atau suatu pihak kepada suatu tindakan mahkamah. Justeru itu, litigan ini boleh dirujuk sebagai orang perseorangan, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau syarikat yang merupakan suatu pihak yang membawa tindakan mahkamah. Bagi kes nahas jalan raya litigan itu mungkin juga adalah seorang individu, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau pun syarikat yang telah terjejas teruk atau mengalami kehilangan dan kerugian yang diakibatkan oleh kecuaian satu pihak semasa mengendali, mengawal dan memandu kenderaan bermotor seperti bas, lori, van, motorkar atau pun msikal.

APA BEZANYA TUNTUTAN INSURANS DENGAN LITIGASI KES NAHAS JALAN RAYA

Ramai orang fikir bahawa tuntutan insuran ini sama dengan litigasi kes nahas jalan raya. Tetapi hakikatnya kedua-dua tuntutan ini sangat berbeza dari segi praktikal dan prosedurnya. Mari kita lihat apa perbezaaan itu dan marilah sama-sama membetulkan kesilapan tersebut. Tuntutan insuran diuruskan oleh seorang agen insuran berlesen yang menguruskan semua urusan polisi insuran sejak sebelum anda memiliki polisi insuran tersebut. Manakala perlindungan insuran itu merangkumi insuran hayat, takafut, medical card dan kemalangan diri. SOSCO juga adalah dari jenis perlindungan insuran, tetapi ia dikhaskan bagi majikan dan pekerja sahaja. Apa pun jenis insuran perlindungan ia mempunyai syarat-syarat dan terma dalam polisi perlindungan, jika berlaku nahas atau perkara yang dilindungi serta ianya telah memenuhi, menetapi dan mencukupi syarat dan terma dalam polisi insuran, maka syarikat insuran yang melindungi perkara itu akan membayar pampasan mengikut nilai pampasan yang dinyatakan secara j

LITIGASI TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA

Saya sengaja menyebutnya sebagai litigasi semata-mata untuk memberi perbezaan di antara tuntutan insuran hayat, tuntutan socso dengan tuntutan gantirugi akibat nahas jalan raya. Kerana mungkin dari nahas yang sama akan mewujudkan pelbagai tuntutan yang berbeza. Ini kerana ligatasi kes nahas jalan raya selalu disalah ertikan sebagai satu kes tuntutan insuran biasa sama seperti tuntutan insuran hayat, takaful mahupun sosco. Apa yang masyarakat faham adalah orang yang mengendalikan dan menguruskan kes ini adalah agen insuran. Hakikatnya taksiran dan dapatan awam ini sangat meleset. Litigasi kes nahas jalan raya adalah satu kes litigasi biasa yang dibawa oleh litigan di mahkamah. Objektifnya adalah mendapatkan remedi sivil dan gantirugi daripada pihak ketiga iaitu pemandu/pemilik kenderaan bermotor yang berkemungkinan cuai  mengakibatkan suatu nahas jalan raya, dimana litigan itu telah mendapat kecederaan/kerugian/kehilangan. Tidak seperti tuntutan insuran hayat, takaful,

FEE GUAMAN KES LITIGASI KEMALANGAN & HAKIKAT SEBENARNYA

Kes litigasi yang lahir daripada suatu nahas jalan raya adalah satu cabang perkhidmatan yang menjadi rebutan ramai. Ia melibatkan semua pihak sama ada peguambela, tout (agen/runner/orang tengah) polis dan kakitangan hospital yang bertugas di jabatan kecemasan. Mengapa kes litigasi kemalangan ini jadi rebutan dan idaman ramai orang yang terlibat industri ini. Hanya satu sebab iaitu di sini, dalam sektor dan industri ini, banyak ruang, peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan mencari duit secara mudah tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang pemantaun dan sebarang gangguan. Kenapa ia jadi begitu?kerana orang ramai tidak bertindak dan terus memberi peluang, kesempatan dan ruang kepada pihak terlibat untuk sentiasa mengambil kesempatan. Akhirnya majoriti orang yang terlibat dalam industri ini sukar berubah, sudah sebati dan ada ketagihan mencari keuntungan dengan cara yang salah, melampau dan menindas. Masalah ini saya percaya akan dapat dibendung, dicega

DEFINASI KEMALANGAN

Ramai orang merujuk kemalangan sebagai satu kejadian yang malang atau kecelakaan. Tetapi definasi kemalangan sebenar adalah merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku. Kejadian malang ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan dalam jua keadaan. Dalam proses perundangan ada sesetengah kejadian kemalangan ini boleh dikaitkan dengan tort kerana mungkin ia disebabkan oleh kecuian dan kelalaian manusia. Contohnya kejadian bangunan runtuh, nahas jalanraya, nahas kapal laut, nahas kapal terbang dan kecelakaan di tempat kerja. Di

KENAPA ANDA PERLU PEGUAM YANG TEPAT

Dalam penulisan sebelum ini saya telah membincangkan secara ringkas mengenai kepelbagaian kepakaran dalam amalan guaman. Saya memberi opinion supaya anda melantik peguam yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang anda perlukan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.  Ketepatan dalam menangani isu ini sangat mustahak. Justeru jika anda bercadang melantik peguam, sila amalkanlah sikap berhati-hati, buatlah sedikit kajian dan capailah segala maklumat berkenaan subjek firma guaman tersebut.  Kesan kesilapan dalam melantik peguam yang tepat dan berpengalaman itu sangat mendalam. Bagi kes accident matters, kesilapan dalam melantik peguam yang tidak tepat akan menyebabkan kes anda berjalan sangat perlahan, mungkin berjalan secara merangkak kerana berlaku banyak kesilapan dalam tatacara, susun atur, prosiding dan kelemahan rundingan dengan pihak-pihak yang berkaitan. Paling bahaya ialah apabila kes anda tidak ditangani secara tertib dan tepat, akhirnya ini akan memberi kesan buru

PENDAHULUAN

Lazimnya ramai orang tidak tahu bahawa accident matters (tuntutan akibat kecelakaan jalanraya) adalah satu dari cabang kepakaran atau kehadalan dalam praktis amalan guaman di negara ini. Sama seperti doktor perubatan yang mempunyai pelbagai doktor dengan bidang pengkhususan kepakaran yang lebih mendalam seperti pakar bius, pakar mata, pakar ENT, pakar orthopedik, pakar neurologi, pakar bedah dan pakar perubatan am. Mana mungkin kita akan mendapat rawatan terbaik untuk diskripsi ENT kalau kita sebenarnya berjumpa dengan seorang doktor pakar mata. Hakikatnya doktor pakar itu sememangnya adalah doktor perubatan bertauliah, tetapi diagnosis dia mungkin tidak berapa tepat dan tidak sesuai kerana beliau bukanlah seorang pakar ENT tetapi adalah pakar mata, walaupun kedua-duanya adalah seorang doktor pakar. Nah begitulah juga dalam bidang amalan undang-undang atau praktis guaman. Anda kena berjumpa atau merujuk kepada peguam yang tepat dengan keperluan anda. Memang sesuatu tidak t