APA BEZANYA TUNTUTAN INSURANS DENGAN LITIGASI KES NAHAS JALAN RAYA

Ramai orang fikir bahawa tuntutan insuran ini sama dengan litigasi kes nahas jalan raya. Tetapi hakikatnya kedua-dua tuntutan ini sangat berbeza dari segi praktikal dan prosedurnya. Mari kita lihat apa perbezaaan itu dan marilah sama-sama membetulkan kesilapan tersebut.

Tuntutan insuran diuruskan oleh seorang agen insuran berlesen yang menguruskan semua urusan polisi insuran sejak sebelum anda memiliki polisi insuran tersebut. Manakala perlindungan insuran itu merangkumi insuran hayat, takafut, medical card dan kemalangan diri.

SOSCO juga adalah dari jenis perlindungan insuran, tetapi ia dikhaskan bagi majikan dan pekerja sahaja. Apa pun jenis insuran perlindungan ia mempunyai syarat-syarat dan terma dalam polisi perlindungan, jika berlaku nahas atau perkara yang dilindungi serta ianya telah memenuhi, menetapi dan mencukupi syarat dan terma dalam polisi insuran, maka syarikat insuran yang melindungi perkara itu akan membayar pampasan mengikut nilai pampasan yang dinyatakan secara jelas dalam polisi berkenaan.

Tatacaranya mudah, apabila anda terlibat dalam kejadian nahas yang dilindungi insuran, anda cuma perlu menghubungi agen insuran. Selepas anda menyempurnakan borang tuntutan bersama-sama bukti yang dikehendaki, pihak akan membuat siasatan ringkas, kemudian bila berpuashati bayaran pampasan akan dibayar terus kepada sesuai dan mengikut nilai yang tersebut dalam polisi anda.

Sedangkan litigasi kes nahas jalan raya ini kendalikan dan diuruskan oleh seorang peguamcara yang berlesen dan bertauliah. Dia juga mungkin dibantu oleh seorang paralegal bagi meningkatkan kecekapan dan kelancaran pentadbiran, tatacara dan prosiding kes.

Litigasi kes nahas jalan raya bukan dibawa oleh insured (pemilik polisi insuran) tetapi oleh pihak ketiga yang mungkin telah mengalami kecederaan, kehilangan dan kerugian dalam suatu kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang dipandu atau dimiliki oleh pemilik insuran itu.

Perbezaan di sini ialah meskipun sekiranya kenderaan bermotor itu tidak dilindungi oleh insuran, seorang litigan itu tetap boleh membawa prosiding undang-undang terhadap pemandu dan pemilik kenderaan bermotor tersebut. Ini kerana kes ini bukan semata-mata bagi tujuan tuntutan insuran tetapi hakikatnya adalah bagi menuntut gantirugi akibat kecuaian pemandu kenderaan bermotor itu.

Perkara asas yang dipertikaikan atau dibicarakan adalah isu liabiliti iaitu tanggungjawab pihak-pihak dalam mengakibat atau menerbitkan kejadian nahas dan isu kuantum iaitu taksiran gantirugi.

Litigan perlu membukti atau melepaskan semua bukti secara prima facie yang dibebaninya bagi semua dakwaan dan pengataan yang diplidkan dalam prosiding litigasi tersebut.

Sekiranya litigan berjaya melepaskan beban pembuktian, mahkamah akan membenarkan litigasi kes ini dan juga sebaliknya jika litigan gagal melepaskan beban bukti itu.

Taksiran isu kuantum akan dibuat selepas mahkamah benar-benar percaya dan boleh menerima semua bukti, dokumen dan keterangan berhubung kecederaan, kehilangan dan kerugian yang dialami oleh litigan tersebut.

Nilai pampasan untuk kecederaan pula akan dibuat berdasarkan kepada atau terikat serta mengikuti nas-nas perundangan dalam kes-kes litigasi terdahulu di mahkamah yang lebih tinggi dari paras mahkamah yang sedang mengendalikan perbicaraan kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.