APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA DI HOSPITAL?

Hospital ada suatu tempat untuk berehat dan mendapatkan rawatan terbaik. Apabila berada di sini anda seharusnya fokus kepada nasihat doktor supaya berehat dan menyediakan diri untuk keperluan dan proses rawatan.

Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital, saya cadangkan anda supaya benar-benar berehat dari  segi fizikal dan mental.

Bagaimana pun apa yang perlu anda lakukan ialah memberitahu doktor mengenai kecederaan anda secara menyeluruh supaya tidak berlaku peninggalan fakta kecederaan. Merekodkan kedatangan pelawat dan dari mana pelawat itu datang.

Apabila anda dirapati tout/agen/runner/ulat/orang tengah tolaklah mereka dengan perkataan sopan dan jangan menolak mereka dengan kata-kata yang kasar dan nista.

Selepas anda dibenarkan keluar hospital, ambil semua rekod dan bil perubatan. Jika belum pulih berehat dahulu di rumah dan pastikan anda benar-benar bersedia untuk proses membuat laporan polis, barulah membuat laporan polis berkaitan kejadian kemalangan itu. Sekiranya belum bersedia tangguhkan dahulu proses ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.