APAKAH TINDAKAN SEMASA DAN SELEPAS DISCAJ HOSPITAL?

Sebelum anda dibenarkan keluar hospital, sila pastikan anda telah merekodkan semua data pelawat, tarikh lawatan, pelawat datang dari mana dan kekerapan lawatan.

Rekod ini penting untuk membantu anda bagi tujuan tuntutan kos lawatan pelawat dan keluarga semasa anda menerima rawatan dalaman hospital. Tuntutan ini termasuk sebahagian dari gantirugi khas dalam kes kemalangan jalan raya.

Mojoriti mangsa yang saya temui gagal menyediakan data lengkap dan teratur bagi tuntutan ini. Mungkin mereka memandang remah dan ambil mudah. Satu kes yang baik sudah semesti baik dan teratur sejak dari awal lagi.

Sebelum meninggalkan hospital sila pastikan anda telah mendapat sijil cuti sakit, kad temujanji rawatan susulan, nota discaj dan mungkin surat rujukan hospital. Semua dokumen ini sangat penting bukan sahaja untuk proses permohonan laporan perubatan oleh peguamcara, tetapi juga penting untuk rekod gantirugi khas.

Selepas anda dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat, barulah anda mula berfikir tentang plan tindakan untuk tuntutan gantirugi akibat kemalangan ini.

Pada masa ini anda lebih stabil dari segi emosi, pemikiran dan fizikal, ini masa sesuai untuk anda mempertimbangkan mana-mana tawaran bagi perkhidmatan guaman dalam kes ini.


Ini juga adalah masa sesuai untuk anda mengatur pertemuan dengan wakil firma guaman bagi mendapat input, maklumat, cadangan dan nasihat berhubung kes ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.