BIL PERUBATAN HOSPITAL YANG DIBAYAR OLEH PIHAK KETIGA

Isu yang hangat dipertikaikan atau dibahaskan di mahkamah semasa perbicaraan ialah isu bil perubatan mangsa kemalangan jalan raya yang dibayarkan oleh pihak ketiga sama ada pesakit itu berhak atau tidak kepada gantirugi tersebut.

Sebelum ini telah saya sebutkan bahawa prinsip undang-undang gantirugi kecuian tort ialah memberi pampasan seolah-olah mengembalikan kerugian tersebut kembali kepada tahap asal dan sediakala seperti sebelum kemalangan pada nilai yang setara dan adil.

Kali ini kita memasuki satu lagi topik iaitu sama ada mangsa yang bil hospitalnya dibayar oleh pihak ketiga sama ada syarikat insuran yang mengendalikan perkhidmatan medical card atau majikan mangsa layak menerima pampasan itu?.

Perlu diketahui undang-undang sivil di sini mencegah atau menghalangi sesuatu pampasan gantirugi itu dibayar secara berganda kepada penuntut.

Mangsa yang telah menjelaskan bil perubatan secara sendiri berhak mendapatkan pampasan bagi gantirugi ini. Tetapi sekiranya bil tersebut bayar oleh pihak ketiga secara automatik beliau dicegah untuk menerima manafaat tersebut.

Kelayakan itu sepatutnya berubah kepada pihak ketiga yang membuat pembayaran dan menjelaskan semua jumlah bil perubatan tersebut. Ini kerana jika ia dibenarkan mangsa itu didapati mendapat manafaat berganda dengan bil perubatan percuma tetapi kemudiannya secara licik menuntut semula bil itu dalam kes ini, sedangkan beliau sama sekali tidak pernah menanggung kerugian ini kerana bil itu sebenarnya dijelaskan oleh pihak lain.

Comments

  1. Assalamualaikum tuan, jika kita terlibat kemalangan jalan raya yg melibatkan kecederaan, tetapi bil hospital dibayar oleh pihak insurans mangsa, apa yg mangsa dapat claim terhadap insuran defenden?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.