BIL RAWATAN PERUBATAN HOSPITAL AWAM VS HOSPITAL SWASTA

Mungkin ramai orang tidak faham dengan keadaan dan prinsip undang-undang tort bagi kecuaian dan gantirugi. Oleh kerana itu ada segelintir orang cuba mengambil kesempatan, manafaat dan faedah dalam kejadian kemalangan ini.

Apakah prinsip undang-undang itu? mengikut prinsip ini apabila berlaku kerugian atau kehilangan pihak yang perlu bertanggungjawab membayar pampasan gantirugi hanya perlu bertanggungjawab setakat atau hanya pada tahap dan nilai serupa dan setara kepada keadaan asal sebelum suatu kerugian itu berlaku.

Contohnya apabila A terlibat dalam kemalangan dan dia telah mengalami kerugian harta benda setakat bernilai RM10 pada masa kejadian itu berlaku, maka adalah kewajipan pelaku tort untuk mengembalikannya kepada keadaan asas dan asal iaitu RM10 itu, tidak lebih mahupun kurang dari jumlah itu.

Ini bermakna mana-mana pihak yang mengalami kerugian itu cuma berhak untuk mendapat perlindungan yang setara, pada keadaan asas dan pada nilai minimum.

Justeru itu bagi bil perubatan hospital, pihak insuran cuma atau wajib membayar jumlah penuh untuk semua jenis prosedur rawatan dan bil perubatan di hospital kerajaan. Semua orang dilayan secara sama rata dan adil.

Justeru itu, jika anda berniat untuk mendapat rawatan terbaik, kemudahan, keselesaan dan layanan mesra daripada pusat perubatan selain hospital awam milik kerajaan, maka anda perlu bersedia untuk bertanggungjawab sendiri atas lebihan bayaran itu.

Ini kerana semua kemudahan, prosedur dan perkhidmatan asas bagi merawat kecederaan anda sebenarnya ada dan telah tersedia di pusat perubatan awam dengan kos dan nilai asas yang munasabah.

Tetapi apabila anda memerlukan dan meminta sesuatu yang melebihi tahap asas itu sehingga meningkat ganda bil perubatan, maka semua lebihan itu hendaklah dipertanggungjawab kepada anda.

Pada masa kini semua prosedur rawatan dan bil perubatan di hospital kerajaan adalah dipersetujui dan dibayar penuh oleh syarikat insuran dalam kes kemalangan jalan raya.

Tetapi tidak bagi prosedur dan bil perubatan di hospital swasta, undang-undang tort hanya membenarkan pampasan setakat nilai 1/3 dari jumlah penuh bil tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.