DEFINASI KEMALANGAN

Ramai orang merujuk kemalangan sebagai satu kejadian yang malang atau kecelakaan. Tetapi definasi kemalangan sebenar adalah merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan.

Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku.

Kejadian malang ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan dalam jua keadaan. Dalam proses perundangan ada sesetengah kejadian kemalangan ini boleh dikaitkan dengan tort kerana mungkin ia disebabkan oleh kecuian dan kelalaian manusia. Contohnya kejadian bangunan runtuh, nahas jalanraya, nahas kapal laut, nahas kapal terbang dan kecelakaan di tempat kerja.

Di negara ini suatu kejadian malang seperti nahas jalan raya ia boleh membawa kepada implikasi perundangan jenayah dan sivil. Tindakan kes jenayah akan diambil oleh timbalan pendakwaraya selepas berpuashati wujudnya kecuaian yang munasabah oleh seseorang individu semasa mengawal, memandu dan mengendalikan kenderaan bermotor dan kecuaian ini pula mengakibatkan korban nyawa dan kecederaan parah kepada mangsa nahas jalan raya. Contohnya kes dibawah tuduhan dan sabitan Sek 41(1) APJ 1987 dan Sek 43(1) APJ 1987.

OKS mempunyai hak untuk membela diri dan mempertahankan diri dengan melantik peguambela di mahkamah. Prinsip kes jenayah ialah suatu tuduhan itu mestilah melepasi tahap keraguan yang munasabah, kerana itu terdapat banyak kes dimana OKS berjaya dibebaskan dari pertuduhan dan sabitan kerana pihak pendakwaraya gagal untuk membuktikan kes itu secara prima facie dan wujud banyak elemen keraguan dalam proses teknikal, dokumentasi dan siasatan.

Bagaimanapun mangsa nahas yang tercedera masih boleh mengambil hak perundangan dan perlindungan sivil yang dimiliki untuk menuntut suatu remedi atau gantirugi daripada OKS melalui satu writ saman sivil yang diambil melalui peguamcara.

Tujuannya meskipun seorang OKS terlepas untuk tuduhan dan sabitan jenayah tetapi dalam kes sivil mungkin tidak berjaya melepaskan diri dari bertanggungjawab kepada pampasan gantirugi kerana prinsip perundangan sivil lebih mudah iaitu menerima prinsip imbangan kebarangkalian.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.